Sale!

NAK ANAK SERONOK HAFAZ AL-QURAN?

RM35.00

MODUL AKTIVITI HAFAZAN JUZUK 30

Modul Aktiviti Hafazan Smart Al Fateh (SAF) Juzuk 30 ini adalah merupakan siri latihan bagi Modul Hafazan Smart Al Fateh Juzuk 30 yang mempunyai beberapa elemen pembelajaran visual, auditori, kinestatik seperti carta jari, roda hafalan dan jadual pengulangan hafalan solat 5 waktu. Antara objektif yang ingin dicapai adalah :

a) Membantu pelajar menguatkan hafalan juzuk 30 dengan kaedah yang berkesan dan menyeronokkan.

b) Membantu pelajar memahami isi penting surah untuk dijadikan panduan dalam kehidupan.

c) Meningkatkan kemahiran membaca, menghafaz, menulis, mengetahui makna kalimah dan mengetahui hukum tajwid bagi setiap surah.

d) Memberikan bahan bantu belajar yang mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan efektif bagi guru dan pelajar.

Description

Modul Siri Hafazan Smart Al Fateh Juzuk 30
Modul ini bakal membantu anda untuk lebih yakin dengan hafalan seterusnya dapat menyimpan hafalan ayat-ayat alquran dengan lebih lama dan tidak mudah lupa InsyaAllah dengan Elemen Pembelajaran seperti berikut :-

KAEDAH 5 JARI

Kaedah 5 Jari adalah merupakan kaedah Visualisasi susunan maklumat-maklumat bagi setiap perkara yang di hafaz selari dengan pendekatan fungsi otak menyimpan dan memproses dan mengeluarkan maklumat yg di hafaz

GUNDALAN ANGKA 5

Angka 5 adalah merupakan angka ganjil untuk proses pengecaman, penghafalan, pemantapan dan pengukuhan hafalan ayat Alquran. Berdasarkan kesesuaian masa untuk sesi kelas dijalankan selama tempoh 1 – 2 jam beserta pengulangan Hafalan mampu dicapai. Sangat sesuai utk mereka yang baru bermula atau ingin mencuba. Cth Surah An Naba’ 40 ayat mampu di hafaz dalam 8 sesi kelas dengan 5 ayat persesi.

RODA HAFALAN

Direka bagi mengawal proses Hafalan dengan Bersistematik dan Berstruktur. 5 langkah Hafalan mudah bermula hafalan carta jari, hafalan ayat, semakan bacaan dan hafalan sehingga pengulangan hafalan dalam solat 5 waktu. Ianya juga dapat membantu guru belajar dan mengajar secara disiplin selari dengan Objektif setiap sesi kelas yang ingin dicapai.

PENGULANGAN HAFALAN SOLAT 5 WAKTU

Kewajiban solat dan tanggungjawab menjaga hafalan perlu selari utk tempoh jangkamasa pendek mahupun panjang. Kefahaman tentang ilmu wajib beramal dengan Al-Quran akan terzahir dan dapat membentuk syakhsiyyah para penghafaz.

SIJIL PENGESAHAN HAFALAN

Penguasaan hafalan perlu kepada motivasi, sokongan dan dorongan dari semua pihak samada para penghafaz, guru mahupun masyarakat. Pengesahan setiap hafalan oleh para guru akan meliputi setiap proses roda hafalan bewarna yang ditandakan sebagai bukti kesungguhan dan ketelusan.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “NAK ANAK SERONOK HAFAZ AL-QURAN?”

Your email address will not be published.