Dari ‘Salesgirl’ Jadi Trainer Pendidik’ Dengan Modul Digital & Fizikal

Digylearn

Dari Salesgirl, Kini Dirisik Jadi Trainer Pendidik!

Nurul Nabihah yang lebih mesra dengan panggilan Chegu Beeha dulunya pernah rasa nak putus asa sebab tiada panggilan temuduga dari mana-mana syarikat yang beliau apply.

Beliau kemudiannya ‘terpaksa’ untuk tak memilih pekerjaan & bekerja sebagai jurujual pakaian.

Atas usaha beliau, ilham dari Yang Esa, berbekalkan doa & kata-kata semangat dari ibu bapa, beliau ‘transform’ dari jadi salesgirl, kemudian tutor sambilan, dan kini dah jadi Trainer bermodul digital & fizikal.

Digylearn

Perjalanan beliau berkembang bukan mudah.

Beliau bermula dengan program Beyond Expectation Tutor, seterusnya program lain yang dianjurkan oleh CMN Digylearn.

Beliau juga turut berkongsi bersama guru-guru Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Pilah & Baling serta Pensyarah Kolej Komuniti Ledang.

Digylearn

Perkongsian Chegu Beeha dalam Bengkel Funtastic KBAT STEM bersama Guru-guru PPD Baling

Digylearn

Perkongsian Chegu Beeha dalam Bengkel ‘Inovasi Gamifikasi Dalam PdP’ bersama Pensyarah Kolej Komuniti Ledang.

Banyak kali beliau berulang alik dari Melaka ke Bangi untuk menimba ilmu & mengembangkan kemahiran yang beliau ada.

Idea kreatif yang beliau terjemahkan dalam modul & kelas beliau telah menarik perhatian, bukan saja pelajar & ibubapa, malah ada yang sunting untuk buat training kepada tutor.

Digylearn

Jadi beliau mencipta sejarah tersendiri dengan kerjasama Team CMN, berjaya menjalankan program training bersama tutor-tutor di bawah satu institusi pendidikan.

Seronok kita baca kisah ini bukan?.

Semoga dapat menjadi inspirasi kepada anda untuk terus berusaha capai impian.

Ini kisah beliau..

Related Articles

Responses

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Boleh kami bantu? :)