MASIH MENCARI KELAS HAFAZAN AL-QURAN YANG MENARIK MINAT ANAK-ANAK, TAPI BELUM JUMPA?
Adakah anda mahu anak-anak anda menghafaz Al Quran dari usia seawal 7 tahun?
Adakah anda ingin tahu teknik hafalan yang terbukti berkesan dan boleh bertahan lama di ingatan?
Adakah anda teringin untuk mencari kelas hafalan separuh masa untuk anak-anak anda yang lengkap dengan modul, guru berpengalaman serta bersistem?
MEMPERKENALKAN MODUL SIRI HAFAZAN SMART AL FATEH JUZUK 30 + MODUL AKTIVITI HAFAZAN JUZUK 30
Modul Siri Hafazan Smart Al Fateh Juzuk 30
Modul ini bakal membantu anda untuk lebih yakin dengan hafalan seterusnya dapat menyimpan hafalan ayat-ayat alquran dengan lebih lama dan tidak mudah lupa InsyaAllah dengan Elemen Pembelajaran seperti berikut :-
KAEDAH 5 JARI
Kaedah 5 Jari adalah merupakan kaedah Visualisasi susunan maklumat-maklumat bagi setiap perkara yang di hafaz selari dengan pendekatan fungsi otak menyimpan dan memproses dan mengeluarkan maklumat yg di hafaz
GUNDALAN ANGKA 5
Angka 5 adalah merupakan angka ganjil untuk proses pengecaman, penghafalan, pemantapan dan pengukuhan hafalan ayat Alquran. Berdasarkan kesesuaian masa untuk sesi kelas dijalankan selama tempoh 1 – 2 jam beserta pengulangan Hafalan mampu dicapai. Sangat sesuai utk mereka yang baru bermula atau ingin mencuba. Cth Surah An Naba’ 40 ayat mampu di hafaz dalam 8 sesi kelas dengan 5 ayat persesi.
RODA HAFALAN
Direka bagi mengawal proses Hafalan dengan Bersistematik dan Berstruktur. 5 langkah Hafalan mudah bermula hafalan carta jari, hafalan ayat, semakan bacaan dan hafalan sehingga pengulangan hafalan dalam solat 5 waktu. Ianya juga dapat membantu guru belajar dan mengajar secara disiplin selari dengan Objektif setiap sesi kelas yang ingin dicapai.
PENGULANGAN HAFALAN SOLAT 5 WAKTU
Kewajiban solat dan tanggungjawab menjaga hafalan perlu selari utk tempoh jangkamasa pendek mahupun panjang. Kefahaman tentang ilmu wajib beramal dengan Al-Quran akan terzahir dan dapat membentuk syakhsiyyah para penghafaz.
SIJIL PENGESAHAN HAFALAN
Penguasaan hafalan perlu kepada motivasi, sokongan dan dorongan dari semua pihak samada para penghafaz, guru mahupun masyarakat. Pengesahan setiap hafalan oleh para guru akan meliputi setiap proses roda hafalan bewarna yang ditandakan sebagai bukti kesungguhan dan ketelusan.
ANTARA PESERTA YANG SEDANG MENGIKUTI PROGRAM HAFAZAN KAMI
BAGAIMANA PROGRAM SIRI HAFAZAN INI DAPAT MEMBANTU ANDA?
Teknik Pengajaran Hafazan Smart Al Fateh Modul Hafazan Smart Al Fateh ini menerapkan pembelajaran hafazan secara mudah mengikut tahap dan kemampuan pelajar. Bermula dengan proses semakan bacaan sehingga hafalan ayat bersama-sama guru. Selain itu, teknik gundalan angka 5 menggunakan jari memudahkan proses hafalan ayat secara sistematik dan berdisiplin. Sebagai latihan pengulangan yang baik pula, teknik pengulangan hafalan solat 5 waktu perlu digunakan secara konsisten bagi menjamin hafalan jangkamasa pendek dan panjang.
Selain itu program hafazan ini juga dapat membina beberapa kemahiran seperti:-
- Keupayaan membaca Al Quran secara bertajwid
- Kemahiran menguasai perkaitan isi kandungan penting setiap setiap surah secara holistik iaitu kedudukan surah dari segi juzuk, bilangan ayat, penurunan surah, asbabun nuzul, pengajaran ayat dan juga isi penting.
- Kemampuan membaca dan menghafaz ayat Al Quran.
- Kemahiran mengingat turutan ayat dan surah.
- Kemampuan mengulang bacaan dalam solat .
MODUL AKTIVITI HAFAZAN JUZUK 30
Modul Aktiviti Hafazan Smart Al Fateh (SAF) Juzuk 30 ini adalah merupakan siri latihan bagi Modul Hafazan Smart Al Fateh Juzuk 30 yang mempunyai beberapa elemen pembelajaran visual, auditori, kinestatik seperti carta jari, roda hafalan dan jadual pengulangan hafalan solat 5 waktu. Antara objektif yang ingin dicapai adalah :
a) Membantu pelajar menguatkan hafalan juzuk 30 dengan kaedah yang berkesan dan menyeronokkan.
b) Membantu pelajar memahami isi penting surah untuk dijadikan panduan dalam kehidupan.
c) Meningkatkan kemahiran membaca, menghafaz, menulis, mengetahui makna kalimah dan mengetahui hukum tajwid bagi setiap surah.
d) Memberikan bahan bantu belajar yang mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan efektif bagi guru dan pelajar.
6 AKTIVITI MENARIK, JOM LIHAT !
Aktiviti Tulis Isi Penting Surah
Objektif
· Pelajar dapat menulis semula isi penting surah
· Pelajar dapat merefleksi diri masing-masing sebagai penghayatan ayat Al Quran
Aktiviti Isi Tempat Kosong
Objektif
· Membina kemahiran mengenalpasti kalimah yang tiada.
· Melatih pelajar menulis kalimah Al Quran dengan betul dan baik
· Melatih ingatan hafazan pelajar
Aktiviti Tuliskan Tanda Baris
Objektif
· Membina kemahiran mengenalpasti tanda dan baris ayat Al Quran
· Melatih pelajar menulis tanda dan baris kalimah Al Quran dengan betul dan baik
Aktiviti Susun Semula Kalimah
Objektif
· Membina kemahiran mengenalpasti kalimah mengikut ayat dengan betul
· Melatih pelajar mengingati nombor setiap ayat dengan tepat
Aktiviti Tuliskan Hukum Tajwid
Objektif
· Membina kemahiran mengenalpasti hukum tajwid pada kalimah yang digariskan.
· Meningkatkan keupayaan membaca dan menghafaz Al Quran dengan tajwid yang tepat.
Aktiviti Suai Padan Makna Kalimah
Objektif
· Meningkatkan pengetahuan makna dan kefahaman bagi kalimah ayat Al Quran yang diberikan.
· Meningkatkan daya hafalan melalui kaedah makna ayat.
KENALI PENYUSUN MODUL PROGRAM SIRI HAFAZAN SMART AL FATEH
Profil
Mengikuti Kursus Perguruan Asas Al Quran
Mengikuti Kursus Perguruan Asas Hafazan
Mengikuti Bengkel Perguruan Asas Tajwid
Mengikuti Bengkel Perguruan Asas Talaqqi
Graduan Sijil Asas Perguruan Al-Quran (Ulum Quran, Qiraat, Tarannum, Dabtul Quran dan Rasm Uthmani, serta Ilmu Tajwid)
Graduan Sanad Al-Quran 30 juzuk daripada Sheikh Redha Ali Darwish Al’Ilwani dalam Riwayat “HAFS AN ‘ASIM” dalam Thoriq Shatibiyyah.
Pengarang 3 Modul Kemahiran Pembacaan Al Quran Smart Al Fateh iaitu Asas Al Quran 01, Asas Al Quran 02 dan Asas Tajwid
Graphic Designer
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Research and Development
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Research and Development
Universiti Utara Malaysia (UUM)
VIDEO HAFALAN PELAJAR
SIAPA YANG SESUAI UNTUK DAPATKAN MODUL INI BESERTA KELAS, DAN PROGRAM YANG DISEDIAKAN?
Guru-guru yang mencari kaedah atau teknik yang mudah dan berkesan untuk pelajar-pelajar dalam matapelajaran hafazan
Ibu Bapa yang bercita-cita tinggi untuk mendidik anak-anak menghafaz alquran dari seawal usia 7 tahun
Para trainer hafazan yang ingin mengadakan program hafazan pada para peserta sebagai slot program dan sebagainya
ANTARA ISI KANDUNGAN MODUL AKTIVITI HAFAZAN JUZUK 30
FEEDBACK MODUL AKTIVITI HAFAZAN JUZUK 30
BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN MODUL SERTA MENGIKUTI PROGRAM INI?
Dapatkan melalui platform di Digylearn ataupun hubungi kami di www.wasap.my/60135843857/modulhafazan dengan harga mampu milik beserta group support telegram yang disediakan
ADA SEBARANG PERTANYAAN ATAU MASALAH? BOLEH WHATSAPP KAMI DIBAWAH
www.wasap.my/60135843857/pertanyaanhafazan
Mudah dan Senang difahami, meningkatkan daya hafazan