Tip Persediaan Untuk Masuk Ke MRSM

Digylearn

Anak anda sudah daftar permohonan ke MRSM?

Pastinya anak anda akan melalui UKKM nanti.

Digylearn

Apa tu UKKM?

UKKM adalah singkatan bagi Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM, yang mana setiap pelajar yang memohon untuk masuk ke MRSM, perlu melalui & lulus ujian ini.

Ia merupakan salah satu tapisan untuk anak anda terpilih ke MRSM.

Ujian ini merangkumi beberapa subjek, antaranya Bahasa Melayu, Sains & Matematik.

UKKM perlu diduduki untuk pemohonan ke Tingkatan 1 & Tingkatan 4.

Bagi UKKM ke Tingkatan 1, soalan merangkumi silibus sekolah rendah tahun 4, 5 & 6.

Bagi pengambilan sesi 2024, UKKM sesi 1 akan diadakan pada 27 November – 16 Disember 2023.

Anak anda akan dapat sesi antara tarikh tersebut.

Anak anda perlu mahirkan diri untuk menjawab soalan- soalan dalam masa yang ditetapkan dengan memperbanyak latihan & menguasai topik-topik tahun 4, 5 & 6.

Boleh dapatkan hingga 200 soalan Matematik & Sains di Modul Digital KBAT UKKM

Apa dokumen yang perlu dibawa bersama semasa UKKM?

🔹2 salinan Surat Panggilan Menduduki UKKM atau ujian khas lain (bagi calon Program Ulul Albab, IGCSE, dan Teknikal).

🔹Kad Pengenalan calon (MyKad / MyKid).

🔹1 salinan slip gaji ibu bapa / penjaga terkini atau borang pengesahan pendapatan ibu dan bapa yang disahkan (jika tiada slip gaji / bekerja sendiri / lain-lain).

🔹1 salinan keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi subjek Matematik, Sains, dan Bahasa Inggeris yang disahkan.

Bagaimana pula Persediaan nak Lulus ujian UKKM ini?

✅ Fahami Format

Kenal pasti struktur dan format ujian UKKM termasuk mata pelajaran yang diuji, jenis soalan, bilangan bahagian, dan masa yang diberikan.

✅ Kaji Silibus

Pastikan anda memahami silibus dan konsep asas dalam setiap mata pelajaran yang diuji. Luangkan masa untuk mengulangkaji nota dan buku teks.

✅ Latihan Soalan

Banyakkan percubaan menjawab soalan-soalan latihan dan ujian lepas (tahun-tahun sebelumnya). Ini dapat membantu dalam memahami jenis soalan yang mungkin muncul.

✅ Urus Masa

Latih kemahiran pengurusan masa semasa ujian agar dapat menjawab semua soalan dalam masa yang ditetapkan. Ia boleh dilakukan dengan latihan menjawab soalan dalam tempoh masa yang ditetapkan bagi melatih kecekapan dalam menjawab.

Nak lebih 200 soalan Sains & Matematik persediaan menghadapi UKKM?

Modul Digital ‘KBAT MATEMATIK & SAINS (PERSEDIAAN UKKM)’

Digylearn

✅ Kemahiran Berfikir Kritis

Latih kemahiran menganalisis dan menjawab soalan dengan bijak kerana ujian ini mungkin menguji kemahiran berfikir kritis anak anda.

✅ Bimbingan & Dorongan

Bimbingan dari anda sebagai ibu bapa serta keluarga amat penting bagi mewujudkan rasa positif & semangat berterusan untuk berusaha. Sekiranya boleh, cari bimbingan tambahan daripada guru atau guru tuisyen yang mahir dalam mata pelajaran yang diuji.

Semoga bermanfaat dan mohon share 😊

Related Articles

Responses

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Boleh kami bantu? :)