Tip Menang Gold Award Pertandingan Inovasi
Modul Hybrid ‘Burujkids Finger Multiplication Table’ berjaya merangkul Gold Award & 1st Place dalam UPM Innovation Showcase 2023 daripada lebih 100 penyertaan.
Just kongsi sikit tip untuk anda yang berminat masuk Pertandingan Inovasi.
- Inovasi memberikan impak terutamanya kepada masalah yang sedia ada. Manfaat inovasi mudah di akses dan diperolehi. Ada dalam bentuk fizikal dan digital adalah Bonus sebab boleh cater different market dan target audience.
- Boleh tunjukkan bahawa Inovasi tersebut kepunyaan kita contohnya ada Sijil, daftar copyright, daftar ISBN dan lain-lain.
- Sudah digunakan oleh audien yang mempunyai masalah tersebut dan dapat feedback positif. Kalau ada data pre dan post yang dah gunakan inovasi tersebut sangat bagus.
- Ada potensi untuk dikomersialkan atau ada pihak yang berminat bekerjasama. Kalau dah jual markah Bonus.
- Perlu design poster dan masukkan input yang penting dan perlu sahaja mengikut format organizer. Boleh menulis abstract berkaitan inovasi. Format ini semua akan diberikan oleh mereka.
- Practise untuk present dan pitching di hadapan juri. Kalau boleh tahu apa yang mereka nak nilai sebelum Pertandingan.
- Ada slide pitching atau bahan boleh membantu yakinkan juri. Cuba search kat YouTube tentang ‘Elevator Pitch’
- Kita sendiri perlu yakin dengan inovasi kita. Jika half-hearted orang pun boleh perasan.
- Masukkan elemen emosi semasa present dan highlight ‘Grand Why’ anda.
- Jika kita tidak mampu buat semua, kita boleh setup team dan bahagikan tugasan ikut kelebihan masing-masing.
Apa pun masuk je dulu untuk dapat pengalaman.
Sebelum ni pun saya biasa dapat Silver sahaja. Bila ada Teamwork lebih mudah. Yang bestnya jika anda masuk confirm dapat Medal 😃
Selain tu dapat tingkatkan branding dan kredibiliti anda dan inovasi.
Nak dapat Gold Medal sport sekarang ni tak mampu. Ini jelah yang boleh diusahakan 😃
Semoga dapat berikan Inspirasi untuk yang berminat buat yang berminat memberikan manfaat melalui Modul dan Inovasi insyaAllah.
Yakin Sebelum Berjaya.
Responses