Tingkatkan Nilai Sebagai Pendidik Dengan ‘Triple Module System’
“Cipta Nilai anda sebagai Pendidik melalui ‘Value Ladder’ untuk mendaki level seterusnya dalam bidang pendidikan.”
Dengan content dan knowledge yang ada pada anda, boleh convert kepada:
1. Ebook/Buku
3. Online course/Produk Digital
Kembangkan knowledge ada dengan membina ‘framework’ Modul
Petikan dari salah satu perkongsian Coach Mohd Noor, Speaker Utama #STPM2022 & merupakan pengasas serta pencetus idea bagi Simposium Tutor & Pendidik Profesional Malaysia #STPM.
Apa kata kita kenali serba sedikit latar belakang beliau!
Coach Mohd Noor yang dilahirkan dalam keluarga guru & pendidik, memulakan perjalanan karier dalam bidang pendidikan sebagai guru sekolah rendah dan menengah, sebelum menjadi Pensyarah di sebuah IPT.
Pelajar cemerlang yang pernah mendapat 5 kali Anugerah ‘Dean’s List Award’ semasa belajar di MSU ini juga telah dianugerahkan ‘Pensyarah Berkaliber’ di sebuah IPT dan Anugerah Pengajaran ‘Best Subjects’ (4 semester berturut-turut). Semasa bertugas di sana, beliau juga berpengalaman mengendalikan program motivasi, teknik belajar & ceramah kerjaya di sekolah-sekolah.
Kini, beliau yang merupakan Pengasas bagi CMN Digylearn, CMN Academy & Komuniti Tutor Profesional Malaysia, juga merupakan Peneraju Modul ‘Beyond Expectation Tutor’ dan ‘Success Tutorpreneur Mentorship’ (STM) yang telah membantu lebih 1400 Tutor & Usahawan Pendidikan mengajar dan menguruskan bisnes dengan lebih sistematik & profesional.
Beliau yang juga peneraju Bengkel Bina Modul ‘Legend Blueprint Mentorship (LBM)’, juga merupakan penasihat & peneraju kepada beberapa modul pembelajaran seperti modul Funtastic Sains & Matematik serta modul Tajwid Infografik.
Beliau bersama team CMN telah membantu, melatih dan menjalankan ‘coaching’ lebih 2000 orang tutor dan Usahawan Pendidikan di Malaysia secara live dan online dan membantu usahawan tuisyen dan learning centre untuk berkembang.
Beliau juga membantu para pendidik dan usahawan untuk membina dan menyebarkan Modul dan Produk Digital sendiri melalui Platform Digital www.digylearn.com
Beliau telah dianugerahkan ‘Tutorpreneur Icon 2016’ melalui undian oleh Tutor & Usahawan Pendidikan Malaysia & telah menerajui team CMN Funtastic sehingga dianugerahkan Silver Award dalam ‘Computational Thinking Games Design’ semasa The 1st National STEM Seminar di Universiti Malaya, & semasa Teachers’ Innovation Carnival (T-NOVATE) di UIA, juga semasa di EDUINNOVATION UKM 2018, serta terbaru Silver Medal dalam KNOVASI 2021 anjuran UKM.
Beliau telah dijemput untuk berkongsi dalam Bengkel Funtastic STEM dan sekolah-sekolah , serta perkongsian bersama guru-guru Sains & Matematik di PPD Rompin, PPD Kuala Selangor, PPD Kuala Pilah, PPD Baling serta JPN Selangor.
Beliau juga telah dijemput untuk menyumbang idea dan pendapat dalam Jawatan kuasa Kajian Dasar Pendidikan (Bahagian STEM Sekolah) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melaksanakan Pembelajaran STEM di sekolah-sekolah serta menjalankan bengkel bersama Pegawai Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia dari segi pembinaan Modul Digital untuk Buku Teks.
Selain itu, beliau telah dijemput berkongsi di Fakulti Pengajian UPM tentang Pembelajaran Digital serta ‘Funtastic Teaching’ Bersama Pensyarah-pensyarah MSU dan bekerjasama dengan University of Cyberjaya untuk memberikan Seminar BEST SPM kepada pelajar-pelajar SPM seluruh Malaysia.
Beliau turut dilantik sebagai rakan industri untuk MARA Japan Industrial Institute serta penasihat dan pakar kepada Mahasiswa Phd yang ingin membina Modul.
Nak ikuti perkongsian dari Coach Mohd Noor dan 4 speaker lain dengan lebih dekat?
Coach Mohd Noor akan berkongsi pada #STPM2022 yang akan berlangsung 3 Disember ini.
Anda nak join STPM2022?
Info lanjut/Pendaftaran :
Whatsapp https://www.wasap.my/601113172015/STPM2022
atau klik www.digylearn.com/stpm2022
Responses