Tingkatkan Kualiti & Bina Positioning Dengan Formula Ini

Apakah yang dimaksudkan dengan branding?

Kebanyakan orang merasakan bahawa branding itu adalah sekadar logo dan nama.

Branding bukan sekadar logo. Logo hanyalah ibarat ‘the tip of iceberg’ bagi sesuatu branding.

logo branding usahawan

Branding adalah apa yang orang lain atau klien fikirkan apabila mereka mendengar nama brand anda. Ia juga menyebabkan klien memilih untuk berurusan dengan kita atau sebaliknya 

Brand termasuklah logo, pemilihan warna tema syarikat, tulisan, imej, target market, mesej yang disampaikan, perkhidmatan, integriti, sejarah dan banyak lagi.

Menaikkan branding yang bagus mengambil masa dan ada fasa-fasanya. Sampai suatu tahap, orang akan memilih anda bukan kerana produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, tetapi brand yang ada pada bisnes anda.

Bagaimana menjadikan kita diyakini oleh klien?

Bagaimana menjadikan servis kita nampak profesional walaupun baru bermula?

Antara strategi mem’BRANDING’ servis/produk:

1. Menjadi yang pertama atau terawal dalam sesuatu ‘niche’ bisnes. Cuba cari bidang spesifik yang orang lain masih belum terokai.

2. Memiliki ciri-ciri yang unik (attribute ownership) yang tidak dimiliki oleh bisnes lain.

3. Menjadi ‘leader’ dalam industri. Kita menjadi pemimpin dalam bidang itu dan bisnes lain menjadikan brand kita sebagai benchmark.

4. Menjadikan ‘heritage’ sebagai kelebihan. Contohnya menjadikan pengasas atau kisah bagaimana bisnes tersebut bermula sebagai daya tarikan.

5. Menjadi ‘specialist’ dalam niche tersendiri kerana kebanyakan orang hanya akan mencari pakar atau ‘orang lama’ dalam sesuatu bisnes.

6. ‘Polarity Positioning’- Melakukan perkara yang berlainan dengan market dan melawan arus semasa.

Kisah Benar: Bagaimana Buku Beliau laku sebanyak 14,000 pcs dalam masa 7 hari!

Tuan Nik Affenddy adalah merupakan mantan seorang guru yang berpengalaman dalam ilmu KBAT terutamanya untuk pembinaan soalan KBAT bagi subjek Pendidikan Syariah Islamiah di peringkat peperiksaan SPM.

Beliau antara individu yang terawal mengikuti latihan KBAT di peringkat Lembaga Peperiksaan Malaysia bersama Pengarah LPM ketika itu.

Kepakarannya ini telah membawa dirinya untuk mengasaskan satu jenama seminar KBAT yang telah menjadi fenomena luarbiasa di Malaysia iaitu Seminar KBAT HAVOC.

Rekod cemerlang beliau ialah berjaya mencatatkan jualan 14,000 unit buku MAHIR KBAT hanya dalam masa 7 hari jualan sahaja.

Ikuti perkongsian beliau bagi yang ingin meningkatkan kualiti sebagai Pendidik atau Trainer

Jika anda berminat untuk memiliki Buku atau Modul sendiri, mungkin ini sesuai untuk anda. Klik Bina Branding Trainer & Pendidik

Related Articles

Responses

Your email address will not be published.

× Boleh kami bantu? :)