Terpaksa Menamatkan Kerjaya Kerana Bapa Yang Sakit, Bangkit Semula Sebagai Seorang Speaker

Digylearn

Bagaimana tutor ni kembangkan kerjaya tutoring beliau, selepas…

Nak dengar kisah seorang tutor yang dapat kembangkan kerjaya pendidik beliau?

Moga dapat beri inspirasi & peniup semangat untuk anda juga dapat peningkatan dalam kerjaya.

Kita nak menelusuri kisah insan bernama Siti Zulaikha Mohd Yusof atau lebih mesra dikenali sebagai Teacher ZY.

Teacher Zy pernah menjadi tutor pada 2018, telah menamatkan sementara kerjaya tutor beliau setahun kemudian kerana menjaga abahnya yang menghidap kanser.

8 bulan kemudian…

Beliau kembali ke arena pendidikan dengan ‘job’ pertamanya sebagai Speaker Sains untuk Program Creative Critical Thinking Skills selama 4 bulan bersama Cikgu Aisamuddin dari Jom Pandai Matematik di Asrama Bait Al-Hasanah, Lembaga Zakat Selangor.

Ini adalah hasil daripada semangat & usaha beliau yang hadir ke Simposium Tutor Profesional Malaysia 2019, seterusnya Ukhwah Day bersama Tutor Profesional Malaysia (TPM), serta beberapa program lain anjuran TPM, selepas keadaan abah beliau beransur baik.

Rezeki datang lagi…

Teacher Zy dijemput pula oleh Lembaga Zakat Selangor sebagai private tutor untuk membimbing lima orang pelajar mereka yang ingin memasuki pertandingan Asian Youth Innovation Award (AYIA2020) anjuran Malaysia Technology Expo (MTE) di PWTC, sehingga berjaya mendapat Gold Medal dan The Best Award daripada 40 penyertaan dalam dan luar negara.

Teacher Zy juga terpilih untuk ‘join’ team CMN Academy sebagai fasilitator untuk Bengkel KBAT STEM Funtastic Add Maths bersama guru-guru Pejabat Pendidikan Daerah Baling.

Beliau turut membantu dalam penganjuran program seperti Program Cuti Sekolah Mac 2020, Seminar Beyond Expectation Student Tuition (BEST) Online, Bengkel Hebat SPM, Bengkel Funtastic Maths & Add Maths, Seminar BEST Sains SPM, Bengkel Guru STEM Selangor dan berkongsi tentang ‘Gamification’ bersama Pensyarah Kolej Komuniti Ledang.

Alhamdulillah kini beliau menjalankan dua kelas bersama Funtastic Online Tuition iaitu Funtastic Sains PT3 dan Funtastic Sains SPM yang dijalankan 100% secara online.

Beliau sentiasa ‘upgrade’ & ‘up-to-date’ dalam gaya pengajaran & pendekatan kepada pelajarnya.

Tak hairanlah kalau beliau amat disenangi & disayangi oleh pelajar2 beliau.

Daripada belajar menggunakan buku dan video, kini beliau menggunakan Fun-Based Learning, Game-Based Learning, Gamification, Inquiry-Based Learning, Critical Thinking dan eksperimen dalam sesi P&P-nya, & ini melayakkan beliau untuk menerima Anugerah The Best Online Tutor pada bulan September 2020.

Kini Teacher Zy masih lagi berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pelajar dengan membawa pelbagai Elemen Kreatif & Inovatif dalam pengajaran, yang membawa kepada penghasilan modul beliau, EaZY Science.

“Bila Tutor jadi The Best, Student pun jadi The Best!”

Kini, Teacher Zy telah mengembangkan lagi kerjaya beliau sebagai speaker Sains bagi Seminar BEST KBAT SPM yang dianjurkan oleh CMN Academy & University of Cyberjaya.

Rasa terkesan dengan cerita Teacher Zy ni?

Anda pun nak kembangkan kerjaya Pendidik,

Atau nak jadikan ilmu dan kemahiran anda sebagai seumber pendapatan aktif dan pasif?

Info lanjut di Modul Power

Related Articles

Responses

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Boleh kami bantu? :)