Strategi Gabungkan Modul & Program Anda Untuk Kesan Berimpak
Ada yang tanya, “Apa lagi kelebihan modul untuk jika saya bina Modul sendiri?”
Benda paling best yang kita boleh buat dengan modul, bila kita nak buat program, kelas atau sertai sebarang event, kita boleh gabungkan modul dengan program!
Kesan gabungan ni pun, akan jadikan program tu lebih berimpak dan ‘trusted’!
Macam Ustaz Azizol yang dah buat program ni, beliau gabungkan dengan modul beliau yang ‘complete’ semasa Bengkel Bina Modul anjuran Digylearn yang layak mendapat Gold Award kerana berjaya menyiapakan Modul dalam #60DaysChallenge.
Selain itu beliau turut diiktiraf sebagai Tutor Profesional Malaysia Certification & TVET Pendidikan dengan tugasan yang berjaya di sempurnakan dengan baik.
Ustaz Azizol merupakan Founder kepada Easy Ngaji, yang mana telah membantu ribuan pelajar untuk mempelajari Al-Quran dan Tajwid & kini mempunyai 5 Modul istimewa dalam bidang Al-Quran, Tajwid dan Hafazan dalam bentuk Buku dan Modul Digital.
Baru-baru ini juga buku beliau juga telah mendapat tempat sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 dan Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2022. Bukan senang nak letak buku di event yang besar seperti PBAKL & SIBF.
Selain itu, modul beliau bukan sahaja digunakan oleh pelajar, tetapi oleh Guru Al-Quran juga.
Selain itu, beliau telah menjalankan program Pensijilan Guru Hafazan 5 Jari yang digabung dengan modul Teknik Hafazan 5 Jari beliau bagi mereka yang berminat menggunakan teknik yang mudah serta menarik ini.
Peserta bengkel beliau juga terus dapat ‘apply’ dan dinilai dalam program tersebut.
Dengan ini beliau telah diiktiraf untuk memperolehi ‘The Legend Trainer Certification’ oleh Tutor Profesional Malaysia dan Digylearn dan kini telah bekerjasama dengan organisasi untuk mengembangkan Modul serta Buku beliau.
Macam mana nak gabung & serlahkan impak Modul atau Program anda?
Jemput tonton video ini 🙂
Anda ingin kembangkan ilmu serta kemahiran anda dan jana pendapatan darinya?
Info lanjut boleh klik di Kembangkan Harta Intelektual Anda.
.
Responses