Startup Worldcup
Bangun sepertiga malam.
Hari ini ada misi yang harus diselesaikan.
2 hari sahaja persediaan, tapi peluang biasanya memang datang di saat kita belum bersedia sepenuhnya.
5:30am keluar rumah sebab nak elakkan jam ke KL, berhenti solat Subuh di R&R.
Kelihatan orang pakai baju batik, hari Khamis rupanya.
Sampai KL dalam 6:40am, terus check tempat JumpStart@65 milik Hong Leong Bank, dekat dengan Masjid Jami’ rupanya.
Cari breakfast dulu, pendaftaran pukul 10am, sempat study Buku Amazon, macam nak ambik exam pula Dapat satu point tentang mindset Amazon dalam membina Tech company iaitu dengan invest untuk software.
Dalam pukul 9am start gerak dan cari parking. Wow, sejam pertama RM15, rasa macam jutawan jap
Sampai di Jumpstart@65, register dan tengok media tengah datang. Tempatnya bekas Hong Leong Bank, bangunan milik keluarga.
Sekarang dijadikan pusat komuniti, co-working dan siap ada Urban Garden dan Cafe untuk latihan Barista. Dorang sediakan Projek untuk anak muda serta school dropout. Breakfast disediakan, tapi tak lalu nak makan pun so ambil kopi je.
Sempat berbual dengan En Syafiq, Team Hong Leong Foundation dan 4 orang team mereka yang buat community project tersebut. Maklumkan kena tunggu turn pitching sejam setengah, rancak berbual dengan mereka sebab menyentuh aspek education and community. Ramah semuanya sampai saya terlupa ada pitching sekejap lagi
So pitching ni sebenarnya adalah Pra Pemilihan untuk wakil Malaysia ke Startup Worldcup. Dari ratusan penyertaan, 50 terpilih untuk masuk round ni termasuk Digylearn Hanya 32 menyatakan kesediaan untuk join samaada secara fizikal atau online. Satu je company yang saya kenal, Pandai. Dorang ni memang level Legend dah
Saya pilih pitching secara fizikal sebab nak ambil pengalaman serta networking. Kami tak mengharap nak layak pun sebab kita tahu level kita belum masuk world lagi So kira underdog jelah..tenang sikit
Kali ni tak nak hafal skrip sangat, akan gunakan point dan context. Macam tu plannya..underdog kan, apa nak risau
Di Malaysia, Penganjur Startup Worldcup ini adalah Hong Leong Bank, Maxis dan Sunway iLabs. Kami pernah memohon untuk menyertai HLBLaunchPad which is untuk Startup juga, tapi tak ada rezeki.
Alhamdulillah rezeki elemen baru yang kami masukkan kali ni untuk membantu Course Creator siapakan Online Course Dan Produk Digital dengan lebih pantas dan efisyen sedikit sebanyak membantu.
Bila nak dekat sampai waktu pitching, Crew bawa ke bilik persediaan. Ada 2 bilik pitcing. Ada pitching dari peserta online sedang berlangsung. Salah satu tu tentang mesin yang guna AI. Terus adrenalin memainkan peranan. Baca selawat dan doa Nabi Musa dan robbi yassin wa’la tuassir.
Pujuk diri supaya bersyukur dulu, jangan letakkan harapan pada diri sendiri atau manusia. Niat nak belajar, tak menang it’s ok.
Sampai masa Crew ke depan 3 orang judge. Dengan friendly mereka kenalkan diri. So senyum dapatkan kurangkan nervous.
Jadi diri sendiri, percaya apa yang kita buat. 4 minit sahaja, sesi soal jawab 3 minit. Kali ni soal jawab agak lama, dan saya ingat soalan yang terakhir dari judge yang bertanya ‘Apa motivasi saya dan how your end up with this project?’ Lebih kurang camtulah.
Saya ceritakan background saya sebagai Pensyarah, tutoring business dan bagaimana saya lihat top educators and experts dalam bidang mereka ada Modul sendiri, teknik tersendiri, Produk Digital, buku n bengkel mereka.
Ramai dari ordinary dah jadi extraordinary dan jadi reference pula dalam bidang mereka. Mereka angguk dan mengiyakan je. Nak ambik hati kot Tapi kira ramah lah judge ni walaupun English speaking saya biasa-biasa sahaja.
Dah habis terus gerak balik menuju ke kedai Seremban. Ada report nak kena selesaikan. Walaupun penat sampi terpaksa berhenti jap dari perjalanan nak balik rumah tu malam tu nak mengajar Tuisyen Komuniti pula. Jumpa budak-budak ni energize balik.
Apa pun syukur, baru tadi dapat email layak ke Semi Final yang akan dibuat di Menara Maxis, KLCC. Syukur Alhamdulillah. Tiada daya dan upaya melainkan dariNya.
Seperti biasa niatkan untuk belajar benda baru dan bawa balik untuk berkongsi dengan Course Creator selepas ni insyaAllah. Kami akan kongsikan suatu berita baik nanti insyaAllah.
Mohon doakan kami ye dapat meluaskan manfaat hingga ke peringkat Global insyaAllah.
Responses