Serlahkan Potensi dan Bakat Anda Dalam Era Hibrid

Saya berjumpa dengan ramai orang yang mempunyai potensi dan bakat untuk pergi lebih jauh.
Isu di sini ialah, kurang keyakinan diri.
Solusinya, ialah buat sahaja perkara yang merisaukan kita tapi sebenarnya baik untuk kembangkan bakat serta potensi kita.
Dan kita akan mendapati bahawa sebenarnya perkara yang merisaukan kita itu tidak wujud pun sebenarnya.
Ini merupakan Formula Masterpiece yang saya develop untuk bantu lebih ramai kembangkan Potensi serta Talent mereka.
Dalam hidup kita pasti ada perkara yang kita benar-benar ingin lakukan sepenuh hati atau ‘passionate’.
Mungkin juga ada pengalaman yang kita telah lalui sama ada semasa belajar, kerja dan sebagainya yang ingin kita kongsikan dengan orang lain.

Cikgu Zainab yang merupakan Guru Pendidkan Khas ini bukan lah seorang yang suka bercakap di depan, introvert. Lebih kurang macam saya juga.
Namun, beliau sebenarnya merupakan pendidik yang ceria semasa mengajar dengan murid-murid serta pandai mengambil hati mereka.
Apabila ditanya apa yang beliau ingin lakukan, beliau nak bantu lebih ramai pelajar pandai membaca bukan setakat di sekolah sahaja.
Disebabkan itu beliau telah develop Modul ‘Mama, Nak Baca’ dan tanpa disedari bakat beliau telah dihidu oleh KPM dan beliau telah dijemput untuk berkongsi di Didik TV selama beberapa kali dan turut dicalonkan sebagai Anugerah Guru Peringkat Kebangsaan.

Perkongsian beliau semasa Simposium Tutor, Trainer dan Pendidik Malaysia 2021.
Dalam setiap bidang ada pakar yang menjadi rujukan.
Untuk membina empayar dalam sesuatu bidang, tidak kira sama ada anda merupakan:
– Penulis buku
– Speaker
– Coach
– Pendidik
– Trainer
– Usahawan
-Pelajar
atau sesiapa sahaja yang ingin berkongsi ilmu serta kemahiran dalam apa jua bidang.
Pertama sekali anda perlu ketahui dengan jelas siapa audien atau bakal klien anda secara spesifik:
Siapa mereka? Apa yang mereka suka, apa yang diperlukan, apa maslaah yang mereka ingin dan impian mereka.
Kenali pelanggan anda secara spesifik melalui ‘Customer Avatar’.
Apakah nilai yang dipegang mereka serta penyelesaian dan kelebihan yang anda ada untuk membantu mereka.
Adakah anda target secara personal, kumpulan atau orgnisasi besar seperti ‘Jerung’.
Jemput tonton video ini jika anda ingin klien level ‘Shark’.

Ustaz Taufik pernah memiliki Pusat Tuisyen dan Training Centre dengan ratusan pelajar.
Terpaksa tutup kerana terdapat masalah dan kemudian berhijrah ke Bangi.
Beliau bermula kembali dengan mengajar Personal mengaji dan Arab bersama Infitah sebelum beliau join sesi coaching dan dari situ saya tahu tentang kelebihan ustaz adalah dalam Bahasa Arab dan spesifiknya untuk dewasa.
Dari situ kami mula untuk bantu beliau untuk develop Modul Bahasa Arab untuk dewasa bermula dengan Ebook dan kemudian Buku ‘Mahir Arab Dengan Al-Quran’ dan sehingga kini beliau telah membantu ribuan pelajar dan baru-baru ini telah dijemput berkongsi di Radio Zayan dalam Segmen Bahasa Arab.

Berpengalaman sebagai Saintis tidak menghalang wanita cekal ini untuk menghasilkan beberapa modul berkaitan Sifir dan inovasi kanak-kanak.
Melalui brand beliau sendiri iaitu Buruj Kids, Dr Husniza telah berjaya memasarkan modul beliau ke seluruh negara temasuk juga ke luar negara!
Dalam tempoh beberapa tahun, Modul Buku Sifir Jari beliau telah terjual lebih 5000 unit.
Disebabkan banyak permintaan, modul beliau kini telah melalui cetakan ke-4.
Kini beliau terus melebarkan sayap dengan mengadakan seminar & bengkel sifir serta telah mempunyai apps sendiri di Play Store.

Cikgu Amir merupakan seorang Guru dan Edufluencer yang mempunyai kepakaran dalam Subjek Perniagaan.
Alhamdulillah, selepas mengikuti Bengkel LBM, dengan kesungguhan usaha beliau, beliau dapat menghasilkan modul & berjaya hasilkan jualan sebanyak 200 unit iaitu 5 angka pada bulan pertama dengan kos minima.
Beliau juga turut mendapat tawaran naik pangkat selepas itu walaupun beliau menolaknya.

Pernah di’reject’ oleh 10 buah Pusat Tuisyen bukan alasan untuk Cikgu Akin mengalah.
Berpengalaman sebagai akauntan sambil buat part time tuisyen dengan mengajar banyak subjek.
Kini beliau mengorak langkah sebagai Usahawan Tuisyen bersama CMN dan mula membina Team.
Beliau juga sudah berjaya menghasilkan modul sendiri untuk pelajar iaitu ‘SyokCount’ serta beberapa ‘Gamification’ untuk Pendidik.
Modul beliau terpilih untuk mendapat Special Award semasa LBM Module Graduation disebakan kreativiti dan inovasi.
Kreativiti Visual beliau telah membantu Modul beliau dan yang lain memenangi Pertandingan Inovasi.

Ustaz Arif ini bemula dengan Program Mudah Tajwid bersama pelajar-pelajar dalam Program Motivasi Al-Quran (MAQ) anjuran Akademi Infitah.
Selepas dibrandkan dengan ‘Oh Mudahnya Tajwid’ dan fokus kepada golongan dewasa, Buku, Modul serta program beliau makin diterima termasuk di kalangan syarikat dan institusi.

Coach Geeha yang merupakan coaching dalam bidang ‘Colour Brain’ telah berjaya memiliki Ebook sendiri dan bakal menjalankan program online berkaitan ‘Colour Brain’ untuk usahawan dan pasangan yang ingin mengenali kelebihan diri masing-masing melalui ‘Teknik Colour Brain’.

Bengkel bersama Pegawai KPM yang bertanggungjawab dalam pembangunan Buku Teks untuk versi baru dengan Modul Digital.
Mereka telah menemui cara untuk menyampaikan Modul dalam bentuk audio khas untuk pelajar OKU penglihatan.

Berpengalaman sebagai pegawai IT sehingga menemui passion yang beliau buat secara partime. Dicungkil bakat dalam Tutor Coaching Day sehingga menjadi Speaker FB Live. Kemudian menjadi fasilitator dan speaker untuk program STEM di sekolah dan PPD. Kini merupakan Speaker Funtastic Sains.

Ustazah Akmal merupakan Founder kepada Modul Tajwid Infografik dalam bentuk buku dan eleanring yang istimewa ni telah membantu ramai pendidik & pelajar untuk menguasai ilmu tajwid & memperbaiki bacaan Al-Quran dengan lebih mudah & menarik.
Beliau berhasil menjana kerjasama dengan beberapa pihak termasuk tadika untuk menggunakan modul beliau.
Kini, Ustazah Akmal telah menghasilkan beberapa lagi modul bercetak serta ‘Lesson Plan’ & memberikan training kepada pendidik dalam penggunaan modul ini untuk pembelajaran, serta seminar untuk pelajar.
Beliau juga telah dijemput untuk berkongsi berkenaan modul & teknik Tajwid Infografik bersama sebuah stesen radio dan TV1 serta UIA.

Prof Dr Ruslan mempunyai pengalaman luas dalam bidang Geografi. Puluhan tahun berkhidmat sebagai Pensyarah dan kini merupakan Konsultan Geomarketing telah membangunkan Modul Geomarketing untuk syarikat besar dan SME.
Modul Digital mahupun fizikal dapat membantu membina kredibiliti kita sebagai ‘expert’ dan pakar rujuk dalam sesuatu bidang.

6 tahun sebagai usahawan pendidikan tersungkur akibat covid. Selepas 6 bulan berehat kini bangkit dengan 2 modul terbaru dan melepasi target iaitu 5 angka pertama sebulan. Sekarang mempunyai modul sendiri Formula Heart to Heart Closing.
Dengan Modul sendiri telah membantu beliau membina database prospek dengan lebih cepat dan mudah.

Coach dalam bidang pembangunan Ejen untuk Founder-founder di Malaysia, Tuan Syafiq Supenah, founder Ejen Pro ini telah membangunkan Modul yang komprehensif dan berimpak tinggi.
Dengan menambah ‘Value’, ‘Branding’ beliau akan lebih dekat dengan prospek dan klien.

Berpengalaman bekerja dalam bidang korporat. Kemudian beliau tercari-cari kerjaya yang boleh balance antara kerjaya dan family. Dan menemui passion dalam bidang tutoring. Merupakan speaker Funtastic Kimia SPM dan projek bersama University of Cyberjaya. Daripada income RM400-500 sebulan kini beliau menjana RM5000 sebulan dalam bidang tutoring. Mempunyai modul sendiri FIT KIMIA.

Hafizan Sensei merupakan Pensyarah Mara Japan Industrial Institute (MJII).
Pengalaman sebagai Pensyarah bukan penghalang untuk berkongsi pengalaman beliau dengan anak-anak sekolah melalui Program STEM.
Selain dapat berkongsi ilmu kejuruteraan bersama pelajar sekolah, dalam masa yang sama membantu lebih ramai orang mengenali Modul beliau dan MJII sendiri.

Sir Badrul mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang pendidikan dan berpengalaman dalam membina Buku Teks English bersama KPM.
Kini bergiat aktif dalam bidang Tutoring dan Pembinaan Gamifikasi dan Modul Digital.
Merupakan Speaker dan Trainer bagi Tutor Profesional Malaysia Certification dan TVET Pendidikan.

Ustazah Nina diberikan amanah untuk menguruskan Teratak Ilmu Az Azziyad. Awal-awal tak yakin nak berkongsi dan nak handle team dengan baik. Setelah bersama dalam Circle dan program CMN kini beliau lebih jelas hala tuju dan yakin untuk menguruskan team dengan baik. Sekarang team Az ziyyad sudah berkembang dan menambahkan cawangan. Merupakan Certified Legend Trainer dan mempunyai modul Hijaiyyah Ohsem.

Ustaz Azizol merupakan Founder kepada Easy Ngaji. Telah membantu ribuan pelajar untuk mempelajar Al-Quran dan Tajwid. Kini mempunyai 5 Modul dalam bidang Al-Quran, Tajwid dan Hafazan. Bersama Team beliau mengorak langkah untuk membantu lebih ramai menggunakan Modul beliau.

Chegu Beeha berpengalaman membuat Modul pertama beliau iaitu DVD Matematik dalam masa 7 hari.
Yang terbaru, Modul beliau ‘Fun Maths At Home’ berjaya mencuri hati ramai pelajar untuk belajar Matematik dengan cara yang luar dari kebiasaan.
Kerap menjalankan Bengkel Matematik dan subjek lain bersama Team Funtastic dengan pendekatan yang menarik.
Beliau yang mempunyai lebih 18,000 followers di TikTok juga telah menghasilkan Modul ‘Video Editing for Education’ khas untuk membantu pendidik dan usahawan untuk menghasilkan content video yang ‘catchy’ dan menarik.

Tuan Halimi menggunakan usahawan dan Leader sebuah produk kesihatan yang agak popular di Malaysia.
Dengan Modul ‘Restart Your Game’ beliau telah membina lebih ramai ejen dan mencapai 5 angka dalam jualan produk beliau.
Beliau juga telah ‘educate’ dan bantu lebih ramai lagi sedar kepentingan menjaga kesihatan.

Cikgu Nora yang sedang menyambung Phd dengan Modul beliau ‘Wow My Money’ memenangi Gold Award memenangi Pertandingan Inovasi di USM.
Dengan Modul beliau juga dapat membantu lebih ramai pelajar dan pendidik mendapat manfaat ‘Matematik Pengguna’ dengan cara mudah dan pantas.

Puan Rahimah merupakan Konsultan dalam bidang pelaburan saham membantu klien beliau melunaskan hutang dan mencapai ‘financial freedom’.
Dengan pengalaman jatuh bangun beliau sendiri dalam bidang kewangan telah membantu beliau membuat Modul untuk sebarkan ilmu dalam bidang kewangan.

Pelajar cilik berumur 11 tahun ini, Ilham Najihah telah mula membina Modul semenjak menyertai kelas Funtastic Online Tuition.
Adik Ilham yang aktif dan bijak berbicara ini sering membuat content video dan dijemput untuk live bersama pendidik dan usahawan.
Modul yang santai dan menarik ini bertajuk ‘Wow Kudabatato’ ni membuka mata banyak orang untuk membina Modul sendiri.

Sir Raj merupakan bekas engineer telah membawa pengalmannya dalam pembelajaran Matematik secara hands-on dan praktikal.
Beliau turut diundang untuk berkongsi bersama guru-guru serta pendidik dan pelajar kerana kaedahnya yang unik dan lain dari lain.

Founder kepada Akademi Dr Ayuni ini mempunyai pengalaman dalam meguruskan Pusat Tuisyen serta Personal Tuition. Dengan Modul membaca dan akademik yang menarik, beliau dan Team dapat menarik pelajar-pelajar untuk belajar bersama mereka.

Teacher Iera yang berpengalaman mengajar Komunikasi English untuk dewasa ini dapat menaikkan lagi Nilai dalam program beliau dengan ‘Yakin Cakap English’.

Pn Asilah yang berpengalaman dalam membantu ibu-ibu berpantang cara tradisional dan moden ini mempunyai servis dan dengan Modul Berpantang ini beliau lebih aktif ‘educate’ klien dan prospek beliau tentang amalan berpantang.

Tuan Ikmal yang berpengalaman sebagai peguam dan hakim dan telah membantu banyak isu-isu mahkamah berkaitan rumah tangga berkongsi pengalaman dan ilmu beliau dalam bentuk ebook.

Berpengalaman dalam membantu usahawan membuat website telaha mendorong Tuan Hanif berkongsi ilmu dan skill untuk membina website dengan cara mudah melalui bengkel dan elearning beliau dan telah membantu mereka memiliki web sendiri.

Cikgu Afandi yang berpengalaman sebagai guru cemerlang serta Guru Inspirasi McDonalds dan banyak kali menerima Gold Award dalam banyak Pertandingan Inovasi.
Beliau juga telah memperolehi geran bagi produk teknologi pendidikan yang dibangunkan untuk membantu pelajar-pelajar mempelajari Bahasa Melayu dengan lebih mudah dan menarik.
Sekarang beliau sedang menyambung bidang dalam Phd dalam bidang berkenaan dan berhasrat untuk mengembangkan lagi Modul beliau.

Cikgu Nasha seorang guru aktif dan telah memperolehi beberapa anugerah dalam bidang pendidikan.
Beliau yang aktif berkongsi berkaitan STEM dan Pembelajaran Abad Ke-21 bersama pendidik lain juga telah dilantik sebagai Guru Duta Petronas ini juga merupakan The Legend Trainer Certified dari CMN.

Minat yang mendalam dalam bidang jahitan beg mendoorng Pn Shida mengajar dan membuat bengkel untuk menjahit beg sendiri.
Beliau juga sering menerima tempahan beg ‘custom-made’ disebabkan keunikan dan detail dalam pembuatan beg.

Cikgu Nabila Adha yang mempunyai passion dalam bidang pendidikan STEM serta ‘homeschooling’ telah mendorong beliau menghasilkan Modul STEM dengan niche tersendiri berkaitan Islamic.
Dengan penghasilan Modul yang menarik telah membantu beliau menjadikan pembelajaran beliau diingati dan disukai oleh pelajar-pelajar beliau.

Pengalaman yang luas dalam bidang Takaful dan Hibah telah menyebabkan Tuan Aiman Zaki memilih untuk educate serta berkongsi dengan lebih ramai lagi orang di luar sana berkaitan Hibah.
Ramai yang masih belum tahu dapat dibantu dengan Modul beliau yang diterangkan dalam bentuk yang mudah secra video.

Bersama Pegawai University of Cyberjaya bagi membuat program-program di sekolah seluruh Malaysia.

Ustazah Izzah dengan Modul ‘Mantap Tajwid Formula Kencana’ telah membantu pelajar-pelajar melalui kelas dan program.

Ustaz Zulfadzly telah dibantu untuk melaksanakan Funtastic UPKK Camp serta membina Modul UPKK untuk pelajar-pelajar UPKK
Bina brand anda yang relevan dengan audien atau klien.
Dari situ kita boleh tawarkan produk dan program yang sesuai dengan mereka.
Bina insfratuktur untuk menjual produk, Modul atau servis anda seperti website, optin page, minisite, e-commerce, landing page
Selepas itu, untuk pergi lebih jauh lagi..
1. Perlu buat promosi dan bina circle anda
2. Hantar promosi dan ukur ‘marketing campaign’ anda
3. Kerap follow up untuk membina hubungan dengan pelanggan anda. Lebih kepada educational content iaitu soft-sell berbanding hard sell
4. Memberikan servis terbaik kepada semua klien anda
5. ‘Sell deeper dengan bina ‘funnel marketing’ untuk servis anda.
6. ‘Sell broader’ dengan mempelbagaikan topik dan produk anda
Yakin dengan produk atau servis anda dapat membantu serta menambah nilai kepada klien anda. Ia sangat membantu anda untuk pergi lebih jauh, insyaAllah.
Nak kembangkan Potensi dan Talent anda?
Info lanjut di Bangunkan Modul Anda Sendiri

Responses