Serlahkan Bakat Anda!
Di US ada sebuah tempat yang dinamakan ‘Dead Valley’ (Lembah Kematian) disebabkan tiada satu pun tumbuhan hidup di situ.
Namun pada 2004, turun hujan yang sangat lebat dan beberapa bulan kemudian, tumbuh bunga yang sangat cantik di situ.
Sebenarnya tumbuhan di situ bukan tidak boleh hidup atau mati, tetapi ada benih yang hidup di bawahnya yang belum tumbuh di sebabkan kondisi yang tidak mengizinkan.
Begitu lah analogi ‘Talent’ atau bakat kita semua.
Kita mungkin tidak perasan atau kondisi yang menyebabkan bakat kita tidak dapat diserlahkan sepenuhnya. Petikan dari ‘Revolusi Bakat’
Semasa sesi bengkel yang saya jalankan serta saya tunjukkan Masterpiece Quadrant, iaitu Bagaimana kita ingin membina sebuah ‘Karya’ dalam hidup kita, iaitu berdasarkan
- Experience
- Grit (Passion & Perseverance)
- Talent
- Needs
Dan ditengahnya adalah Purpose yang akan menguatkannya.
Soalan yang selalu saya dapat adalah bagaimana nak mengetahui Bakat kita?
Sepanjang pembacaan dan pemerhatian saya sukar untuk saya explain dengan sebuah definisi.
Bakat ni anugerah Ilahi, kita perlu explore sehingga kita temui. Don’t settle. Selepas itu perlu diasah dengan Passion, Skill & Attitude.
Masa dan usaha lah yang akan menentukan bila Bakat kita itu akan bersinar dengan izinNya.
Kemudian saya membaca Buku Revolusi Bakat karya Tuan Ahmad Naim Jaafar, menyebabkan pemikiran saya lebih terbuka. Konsep ‘Nature’ and ‘Nurture’ untuk pengislahan bakat tu amat kena dengan jiwa saya.
Berdiskusi bersama beliau hampir 4 jam menyebabkan saya lebih faham kerangka yang beliau bawakan dan ia bukan sekadar Teori, tetapi sudah di buktikan dengan Projek-projek membangunkan bakat yang beliau asaskan.
Banyak persoalan saya selama ini tentang pembangunan bakat terlerai, tapi antara yang saya terkesan adalah ‘People will pick up their Talent by their ownself.’
Persoalannya sekarang adakah environment itu tersedia? atau kita sendiri perlu sediakan environment itu? Atau yang kasihan, environment itu pula ‘ditutup’.
Jadi don’t settle. Keep on exploring our ‘Life calling’. Teruskan pencarian dan ‘tajamkan’ ia setelah kita temui.
Saya sendiri masih belajar dan sentiasa belajar dengan corak T-shaped skills, Cross-discipline Expertise & Deep Discipline Expertise untuk membangunkan bakat serta beradapatasi dengan dunia VUCA (Volatile, Uncertain, Complex, Ambigious). Tiada yang pasti dalam hidup ini, kerana jalan kejayaan dan ke syurga itu bukan hanya satu.
Semoga Digylearn dapat bekerjasama dengan Talent Analytics untuk menyerlahkan potensi dan bakat ramai individu.
Responses