Rahsia Urus Pusat Tuisyen Terbiar dan Capai Hampir 150 Pelajar

Digylearn

Mengurus Pusat Tuisyen Terbiar di Pasir Puteh, Jatuh & Bangkit Semula Hingga Kini Capai 145 Pelajar

Jom ikuti kisah Teacher Syahirah Razak.

Wanita yang berkelulusan Bachelor Sains Biologi ini sebenarnya terlibat secara tidak sengaja dalam bidang Pendidikan. Pada 2015, beliau hanya menjadi tutor tuisyen gantian menggantikan rakannya.

Setahun berehat dari kerjaya ini, beliau kembali aktif dalam arena tutoring sebagai home tutor & tutor pusat tuisyen secara separuh masa.

Tahun 2019 merupakan tahun yang bermakna bagi beliau bila kerjaya beliau berubah dari tutor sepenuh masa kepada pengurus pusat tuisyen atas tawaran dari rakan. Paling mengagumkan, beliau ambil alih pusat tuisyen yang lama terbiar untuk diusahakan semula dengan nama Pusat Tuisyen Minda Lestari.

Sepertimana kebanyakkan bisnes lain, pusat tuisyen beliau juga mengalami krisis bilamana pandemik covid melanda. Baru saja bisnes bermula, terpaksa tutup buka, tutup buka. Bukan sekali dua, tapi 7 kali.

Pada mulanya, antara cabaran yang besar adalah untuk mendapatkan keyakinan ibu bapa di Pasir Puteh untuk menghantar anak mereka menyertai kelas dan membenarkan beliau mengajar anak-anak mereka. Beliau juga menghadapi kesukaran dalam mendapatkan tutor tuisyen yang berkualiti.

Beliau kemudiannya menyertai Simposium Tutor Profesional Malaysia 2020 (kini dikenali sebagai Simposium Tutor & Pendidik Profesional Malaysia) yang melonjakkan semangat beliau untuk terus maju dalam bidang tutoring dan sebagai pengusaha pusat tuisyen. Beliau juga banyak mengikuti perkongsian secara live di fb Tutor Profesional Malaysia untuk menambah lagi ilmu dalam bidang Pendidikan ni.

Dengan segala cabaran yang datang, beliau mengatasinya bukan hanya dengan beliau yang pergi belajar, malah beliau menghantar tutor-tutor juga ke pelbagai bengkel untuk mengasah & meningkatkan kualiti mereka.

Kebajikan pelajar serta klien dijaga dengan baik dan sentiasa berkomunikasi membuatkan klien suka menghantar anak mereka ke Pusat Tuisyen beliau

Beliau menyambung pembelajaran dengan mengikuti program susulan anjuran CMN iaitu Tutor Profesional Malaysia Certification yang mana kata beliau, program ini menaikkan ‘value’ beliau sebagai pendidik & meningkatkan kepercayaan ‘klien’, walaupun bukan berijazahkan Pendidikan.

Seterusnya beliau sertai pula The Legend Trainer Certification, yang mana beliau belajar untuk upgrade diri ke arah sesuatu yang lebih menaikkan imej dan juga kualiti pusat tuisyen. Beliau juga dapat ilmu membuat program dengan lebih tersusun, dan pelbagai tip untuk berhadapan dan kawal audience.

Alhamdulillah, berbekal segala apa yang dipelajari dan praktikkan dalam diri serta bisnes, beliau berjaya menjadikan Minda Lestari sebagai satu-satunya pusat tuisyen yang berdaftar secara sah di Pasir Puteh.

Digylearn
Sijil Pengiktirafan ‘The Legend Trainer Certification’

Perkembangan positif bisnes juga boleh dilihat dari segi pertambahan pelajar secara mendadak daripada awal dulu, hanya 6 orang pelajar dan seorang guru, kini dah ada 12 orang guru beserta hampir 150 orang pelajar dan seorang kerani tetap.

Beliau juga amat pentingkan kualiti sebelum kuantiti. Dengan menjaga kualiti pembelajaran dan servis yang diberikan, maka ia menjadi ‘buah mulut’ kepada orang lain.

Paling membanggakan apabila pusat tuisyen beliau sudah mula dikenali oleh masyarakat sekeliling, bahkan setiap kali bengkel cuti sekolah, ada pelajar yang berasal dari Kelantan tapi tinggal di luar Kelantan, datang untuk sertai program yang mereka anjurkan.

Pegawai PPD juga datang melawat program cuti sekolah mereka untuk menyatakan sokongan. Pusat Tuisyen Minda Lestari merupakan satu-satunya pusat tuisyen yang berdaftar di Pasir Puteh, Kelantan.

Selain itu, pusat tuisyen beliau juga menampilkan keunikan dengan cara pengajaran dan pembelajaran yang seronok, aktiviti hands-on dan modul yang terkini.

Kejayaan menjayakan program cuti sekolah ini bermula dari penghasilan Modul cuti sekolah yang dilakukan oleh beliau bersama team tutor Minda Lestari.

Terkini, beliau telah menjalankan bengkel training kepada tutor beliau serta tutor luar untuk berkongsi pengalaman dan ilmu dalam bidang tutoring dalam Bengkel Tutor Memukau Pelajar Dengan Teknik PTML.

Digylearn

Anda pun tutor atau usahawan pendidikan?

Digylearn

Anda nak dibantu dalam mengembangkan kerjaya dalam bidang pendidikan seperti Teacher Syahirah?

Jom join Tutor Profesional Malaysia Certification TPMC & TVET Pendidikan pada 17 & 18 Sept ini.

Ada BONUS Menarik!

Dengan setiap pendaftaran TPMC, anda layak dapat Diskaun 50% untuk ke #STPM2022

Info & pendaftaran di Tutor Profesional Malaysia Certification (TPMC)

Digylearn

Atau sebarang pertanyaan boleh whatsapp di sini.

Related Articles

Responses

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Boleh kami bantu? :)