Sale!

HAFAZ JUZ 30 TEKNIK 5 JARI

RM35.00

Teknik Pengajaran Hafazan Smart Al Fateh Modul Hafazan Smart Al Fateh ini menerapkan pembelajaran hafazan secara mudah mengikut tahap dan kemampuan pelajar. Bermula dengan proses semakan bacaan sehingga hafalan ayat bersama-sama guru. Selain itu, teknik gundalan angka 5 menggunakan jari memudahkan proses hafalan ayat secara sistematik dan berdisiplin. Sebagai latihan pengulangan yang baik pula, teknik pengulangan hafalan solat 5 waktu perlu digunakan secara konsisten bagi menjamin hafalan jangkamasa pendek dan panjang.

Selain itu program hafazan ini juga dapat membina beberapa kemahiran seperti:-

  1. Keupayaan membaca Al Quran secara bertajwid
  2. Kemahiran menguasai perkaitan isi kandungan penting setiap setiap surah secara holistik iaitu kedudukan surah dari segi juzuk, bilangan ayat, penurunan surah, asbabun nuzul, pengajaran ayat dan juga isi penting.
  3. Kemampuan membaca dan menghafaz ayat Al Quran.
  4. Kemahiran mengingat turutan ayat dan surah.
  5. Kemampuan mengulang bacaan dalam solat

Description

Modul ini bakal membantu anda untuk lebih yakin dengan hafalan seterusnya dapat menyimpan hafalan ayat-ayat alquran dengan lebih lama dan tidak mudah lupa InsyaAllah dengan Elemen Pembelajaran seperti berikut :-

KAEDAH 5 JARI
Kaedah 5 Jari adalah merupakan kaedah Visualisasi susunan maklumat-maklumat bagi setiap perkara yang di hafaz selari dengan pendekatan fungsi otak menyimpan dan memproses dan mengeluarkan maklumat yg di hafaz

GUNDALAN ANGKA 5
Angka 5 adalah merupakan angka ganjil untuk proses pengecaman, penghafalan, pemantapan dan pengukuhan hafalan ayat Alquran. Berdasarkan kesesuaian masa untuk sesi kelas dijalankan selama tempoh 1 – 2 jam beserta pengulangan Hafalan mampu dicapai. Sangat sesuai utk mereka yang baru bermula atau ingin mencuba. Cth Surah An Naba’ 40 ayat mampu di hafaz dalam 8 sesi kelas dengan 5 ayat persesi.

RODA HAFALAN
Direka bagi mengawal proses Hafalan dengan Bersistematik dan Berstruktur. 5 langkah Hafalan mudah bermula hafalan carta jari, hafalan ayat, semakan bacaan dan hafalan sehingga pengulangan hafalan dalam solat 5 waktu. Ianya juga dapat membantu guru belajar dan mengajar secara disiplin selari dengan Objektif setiap sesi kelas yang ingin dicapai.

PENGULANGAN HAFALAN SOLAT 5 WAKTU
Kewajiban solat dan tanggungjawab menjaga hafalan perlu selari utk tempoh jangkamasa pendek mahupun panjang. Kefahaman tentang ilmu wajib beramal dengan Al-Quran akan terzahir dan dapat membentuk syakhsiyyah para penghafaz.

SIJIL PENGESAHAN HAFALAN
Penguasaan hafalan perlu kepada motivasi, sokongan dan dorongan dari semua pihak samada para penghafaz, guru mahupun masyarakat. Pengesahan setiap hafalan oleh para guru akan meliputi setiap proses roda hafalan bewarna yang ditandakan sebagai bukti kesungguhan dan ketelusan.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “HAFAZ JUZ 30 TEKNIK 5 JARI”

Your email address will not be published. Required fields are marked *