Pertama Kali Nak Tulis Ebook? Jangan Lakukan 4 Kesilapan Ini

Anda ada impian untuk miliki ebook sendiri?
Ada pelbagai tujuan untuk tulis ebook sendiri. Ada yang ingin berkongsi sesuatu yang mereka rasakan penting.
Ada yang bertujuan untuk bantua audien atau pelajar mereka.
Ada juga yang ingin jana pendapatan dengan berkongsi ilmu serta kemahiran yang mereka ada.
Jika anda ingin jana pendapatan dengan ebook, apa yang ramai tidak sedar adalah mereka lakukan 4 kesilapan ini.
- Masukkan kesemua perkara yang mereka tahu bukan apa yang penting untuk audien
- Menjadi terlalu ‘perfectionist’ sehingga menyebabkan tidak siap atau lari dari dateline
- Tidak melakukan proses validation sebelum atau semasa menulis ebook
- Fokus kepada memberikan info bukan transformasi audien mereka
Jadi fokus anda adalah anda ingin membantu pembaca ebook supaya mereka ada perubahan dan berada dalam fasa lebih baik dari sebelumnya.
Bagaimana saya menulis ebook saya, ada yang beberapa bulan dan ada yang mengambil masa 2 hari sahaja!
Jemput tonton video ini. Jemput Like dan Subscribe untuk lebih banyak video-video terkini.
Responses