Perlukah Ada Modul Sendiri?
Tahun 2020 mencipta satu fenomena negara malaysia dan negara-negara di seluruh dunia yang hebat dibanjiri dengan virus Covid-19.
Industri-industri besar juga turut terjejas termasuklah industri pendidikan terutamanya ‘learning centre’.
Walaupun begitu, pendidikan tidaklah terhenti sebegitu sahaja. Banyak usaha yang telah dilakukan oleh Tutor, guru-guru dan pihak bertanggungjawab dalam memberikan ilmu kepada anak bangsa.
Pendidik yang hebat adalah seorang tutor yang sentiasa mencari jalan untuk memberikan yang terbaik kepada anak didiknya.
Semenjak PKP, hasil jualan e-Book dan bahan digital menujukkan trend membaca bahan dalam talian meningkat. Ini menunjukkan bahawa pembelajaran secara online amat meningkat sepanjang dan selepas musim PKP. Jadi anda sebagai seorang pendidik luar biasa perlu ambil peluang yang ada.
Terdapat Tiga (3) sebab kenapa anda perlu ada modul pada tahun ini. Menurut perkongsian yang diberikan oleh Coach Mohd Noor Mohd Tahir (Pengasas CMN Digylearn) Pendidik yang luar biasa perlu ada modul tersendiri.
Mesti anda tertanya bagaimana untuk ada modul tersendiri? Jawapan yang diberikan oleh Coach Mohd Noor ialah dengan menggunakan Formula OVA.
Apakah formula OVA? Jom teruskan lagi pembacaan.
Tidak dinafikan ramai pendidik yang mempunyai cita-cita untuk melangkah lebih jauh. Coach Mohd Noor berkata “Terdapat pendidik yang secara ‘personal’ memberitahu saya bahawa dia bosan sekadar menjadi seorang Tutor biasa dan melakukan hal yang sama”.
Berikutan dari itu, Coach telah membantu Tutor tersebut untuk melangkah lebih jauh dengan membina MODUL pembelajaran.
Hal ini kerana, ramai Tutor, Pendidik dan Trainer yang berhasrat untuk bina modul tajwid, matematik, sains, training, dan tidak ketinggalan juga yang ingin membantu dalam bacaan Al- Quran.
Seorang pendidik perlu ada dalam diri untuk lebih kehadapan (improvise). Cuba monolog dengan diri anda?
Modul apa yang anda ingin cipta? Untuk siapa target anda dan kenapa.
Justeru dari monolog itu, anda pasti akan jumpa jawapannya.
Formula OVA seperti di bawah:
Apa yang dapat disimpulkan ialah, ciptaan Modul anda perlulah mempunyai keunikan tersendiri. Mungkin banyak modul diluar sana, tetapi tidak setanding anda.
Modul yang tercipta juga adalah satu pengenalan untuk diri anda sebagai pendidik, usahawan atau apa sahaja kerjaya mahupun bisnes anda.
Anda juga dapat membina kredibiliti dan kemungkinan lebih mudah dijemput untuk berkongsi termasuk dalam media.
Siapakah yang sesuai membina Modul?
i) Tutor yang sudah memulakan kerjaya dan sedang berfikir cara untuk kembangkan lagi kerjayanya.
ii) Guru sekolah yang mahu melangkah lebih jauh dan jadi guru luar biasa
iii) Pensyarah/ Pendidik/ Trainer yang ingin berkongsi ilmu dengan lebih luas dan menarik.
iv) Usahawan, agen, stokis, dropship yang ingin mengembangkan bisnes yang melibatkan manusia
Antara Modul yang telah dibantu ialah Modul Augmented Reality Physic, Tajwid Infografik, Funtastic Sains & Matematik dan banyak lagi.
Ingin membina Modul sendiri yang berimpak?
Boleh klik untuk info lanjut : Bina Modul Sendiri
Responses