Modul Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Untuk Bantu Pelajar Masuk Ke Sekolah Pilihan
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) di Malaysia?
PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus yang menggunakan kaedah single entry point.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan Sekolah Khusus (SK)?
Sekolah Khusus adalah terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) yang menawarkan pembelajaran khas untuk para pelajar.
3. Kenapa perlu masuk ke Sekolah Khusus?
Untuk mendapat pembelajaran dan fasiliti yang lebih baik serta meningkatkan kemahiran mandiri bagi para pelajar.
4. Apakah komponen PKSK dan bagaimana ianya dibahagikan?
PKSK terbahagi kepada 3 komponen iaitu:
Bahagian A : Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) – 20%
Bahagian B : Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am dan
Penyelesaian Masalah) -70%
Bahagian C : Artikulasi Penulisan – 10%
5. Bagaimana untuk membuat permohonan PKSK?
Pemohon boleh mengakses sistem permohonan PKSK di pautan
https://spskt1.moe.gov.my bagi Tingkatan 1 dan
https://spskt4.moe.gov.my bagi tingkatan 4.
6. Bagaimana untuk membantu pelajar membuat persediaan dalam menghadapi PKSK?
Boleh dapatkan Modul PKSK ‘Bestnya Sekolah Pilihan’ di sini.
Responses