Orang yang belajar dan mengajar Al-Quran adalah sebaik-baik amalan.
Daripada Uthman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”. (Hadith Uthman bin Affan ini direkodkan oleh Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari, Kitab Fadhail Al-Quran, Bab Khairukum Min Ta’alum Al-Quran Wa A’lamahu, No hadith 5028
Ramai yang tercari-cari kaedah atau teknik yang dapat membantu mereka membaca Al Quran dengan betul. Antara sebabnya adalah kerana mahu membaiki diri dan kehidupan dengan cara mendekati Allah SWT dengan solat dan membaca Al Quran. Jom saya bantu anda untuk memperbaiki asas Al Quran dengan teknik Tepukan Smart Al Fateh.
Modul Smart Al Fateh menggunakan konsep pembelajaran VAK iaitu VISUAL, AUDIO dan KINESTATIK
Guru akan melakukan aktiviti seperti Tulis, Sebut dan Ulang
Guru akan melakukan aktiviti Baca dan Tepuk
Guru akan melakukan aktiviti Baca Bersama Kumpulan dan Pasangan
APA YANG BAKAL ANDA PELAJARI…..???
- KEUPAYAAN mengenal dan membaca 29 Huruf Hijaiyyah dengan baik. (Jilid 1)
- KEMAHIRAN membaca tanda baris atas, bawah dan hadapan (fathah, kasroh, dhommah)(Jilid2)
- KEMAHIRAN menguasai tanda dua baris bacaan (tanwin) (Jilid 2)
- KEUPAYAAN mengenal tanda bacaan panjang (mad) (Jilid 2)
- KEMAMPUAN membaca tanda bacaan mati (sukun) (Jilid 2)
- KEMAHIRAN menguasai tanda bacaan berganda (sabdu) (Jilid 2)
- KEUPAYAAN menguasai bacaan asas tajwid (Jilid 3)
Kenali Penulis Modul Smart Al Fateh
Biodata Penyusun
Ustaz Azizol bin Haji Kasnan dilahirkan dilahirkan pada 25 April 1985 di Kampung Bagan Lalang, Hutan Melintang, Perak Darul Ridzuan.
Beliau berkelulusan dalam bidang Kejuruteraan Awam pengkhususan Geometic Survey yang kemudiannya menambah ilmu pengetahuan dalam bidang Al-Quran dengan mengikuti Kursus, Bengkel, Seminar pengajian pendidikan Al-Quran dan mengikuti pengajian sanad bacaan Al-Quran Riwayah Hafs ‘An ‘Asim Min Thoriq Asy-Syatibiyyah” bersama Fadhilatus Syeikh Redha ‘Ali Darwish ‘Ali Al-‘Ilwani.
Berpengalaman sebagai guru dan pengusaha pusat pengajian Al Quran selama 7 tahun, telah membentuk diri beliau untuk terus berkhidmat menghasilkan inovasi pendidikan Al-Quran bersama pasukan demi membantu masyarakat mahir membaca Al-Quran dengan kaedah yang sistematik dan berkesan
Apa Yang Anda Akan Perolehi Dengan Pelaburan RM 35 ini?
1 Unit E-Book Smart Al Fateh 01
1 Unit E-Worbook Smart Al Fateh 01
8 Video Lesson berdurasi 12 Jam
BONUS Support Group Telegram Info dan Kelas-Kelas Percuma
Dapatkan segera hari ini juga….InsyaAllah berbaloi..