Kuasai Asas AlQuran Dengan Teknik Tepukan (01)

Kaedah tanda kiraan harakat pada bahagian atas kalimah serta Teknik Tepukan dapat memastikan harakat bacaan lebih tepat dan membantu pelajar mendapatkan bacaan yang tartil. 

Azizol Haji Kasnan · September 18, 2021

Orang yang belajar dan mengajar Al-Quran adalah sebaik-baik amalan.

Daripada Uthman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”. (Hadith Uthman bin Affan ini direkodkan oleh Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari, Kitab Fadhail Al-Quran, Bab Khairukum Min Ta’alum Al-Quran Wa A’lamahu, No hadith 5028

Ramai yang tercari-cari kaedah atau teknik yang dapat membantu mereka membaca Al Quran dengan betul. Antara sebabnya adalah kerana mahu membaiki diri dan kehidupan dengan cara mendekati Allah SWT dengan solat dan membaca Al Quran. Jom saya bantu anda untuk memperbaiki asas Al Quran dengan teknik Tepukan Smart Al Fateh.

Modul Smart Al Fateh menggunakan konsep pembelajaran VAK iaitu VISUAL, AUDIO dan KINESTATIK

Guru akan melakukan aktiviti seperti Tulis, Sebut dan Ulang

Guru akan melakukan aktiviti Baca dan Tepuk

Guru akan melakukan aktiviti Baca Bersama Kumpulan dan Pasangan

APA YANG BAKAL ANDA PELAJARI…..???

  1. KEUPAYAAN mengenal dan membaca 29 Huruf Hijaiyyah dengan baik. (Jilid 1)
  2. KEMAHIRAN membaca tanda baris atas, bawah dan hadapan (fathah, kasroh, dhommah)(Jilid2)
  3. KEMAHIRAN menguasai tanda dua baris bacaan (tanwin) (Jilid 2)
  4. KEUPAYAAN mengenal tanda bacaan panjang (mad) (Jilid 2)
  5. KEMAMPUAN membaca tanda bacaan mati (sukun) (Jilid 2)
  6. KEMAHIRAN menguasai tanda bacaan berganda (sabdu) (Jilid 2)
  7. KEUPAYAAN menguasai bacaan asas tajwid (Jilid 3)

Kenali Penulis Modul Smart Al Fateh

Biodata Penyusun

Ustaz Azizol bin Haji Kasnan dilahirkan dilahirkan pada 25 April 1985 di Kampung Bagan Lalang, Hutan Melintang, Perak Darul Ridzuan.

Beliau berkelulusan dalam bidang Kejuruteraan Awam pengkhususan Geometic Survey yang kemudiannya menambah ilmu pengetahuan dalam bidang Al-Quran dengan mengikuti Kursus, Bengkel, Seminar pengajian pendidikan Al-Quran dan mengikuti pengajian sanad bacaan Al-Quran Riwayah Hafs ‘An ‘Asim Min Thoriq Asy-Syatibiyyah” bersama Fadhilatus Syeikh Redha ‘Ali Darwish ‘Ali Al-‘Ilwani.

Berpengalaman sebagai guru dan pengusaha pusat pengajian Al Quran selama 7 tahun, telah membentuk diri beliau untuk terus berkhidmat menghasilkan inovasi pendidikan Al-Quran bersama pasukan demi membantu masyarakat mahir membaca Al-Quran dengan kaedah yang sistematik dan berkesan

Apa Yang Anda Akan Perolehi Dengan Pelaburan RM 35 ini?

1 Unit E-Book Smart Al Fateh 01

1 Unit E-Worbook Smart Al Fateh 01

8 Video Lesson berdurasi 12 Jam

BONUS Support Group Telegram Info dan Kelas-Kelas Percuma

Dapatkan segera hari ini juga….InsyaAllah berbaloi..

About Instructor

Azizol Haji Kasnan

Ustaz Azizol b Haji Kasnan Pengarah Urusan Easy Ngaji Diploma Geometic Survey Politeknik Ungku Omar,Ipoh. Mengikuti Kursus Perguruan Asas Al Quran Mengikuti Kursus Perguruan Asas Hafazan Mengikuti Bengkel Perguruan Asas Tajwid Mengikuti Bengkel Perguruan Asas Talaqqi Graduan Sijil Asas Perguruan Al-Quran (Ulum Quran, Qiraat, Tarannum, Dabtul Quran dan Rasm Uthmani, serta Ilmu Tajwid) Graduan Sanad Al-Quran 30 juzuk daripada Sheikh Redha Ali Darwish Al’Ilwani dalam Riwayat “HAFS AN ‘ASIM” dalam Thoriq Shatibiyyah.

8 Courses

Not Enrolled

E-learning Includes

  • 51 Lessons
  • 1 Quiz

Ratings and Reviews

0.0
Avg. Rating
0 Ratings
5
0
4
0
3
0
2
0
1
0
What's your experience? We'd love to know!
No Reviews Found!
Show more reviews
What's your experience? We'd love to know!
× Boleh kami bantu? :)