Sudahkah Anda Benar-Benar Menghayati Akidah Yang Kita Pegang?
Biasa kita hanya tahu Akidah adalah apa yang kita pegang.
Sebagai Muslim, secara ringkasnya, Akidah yang dipegang berteraskan kepercayaan yang mendalam kepada Pencipta kita, Tuhan yang Satu, ALLAH SWT.
Sebenarnya konsep akidah ini lebih besar jika dipelajari dan dihayati.
Kenapa kita perlu belajar dan hayati ilmu akidah
- Membuatkan kita lebih bersyukur dengan nikmat yang diberikan
- Lebih nampak tujuan hidup dan tidak akan mensia-siakan kehidupan begitu sahaja
- Menjadikan kita takut untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama
Nak Lebih Pengetahuan Dalam Ilmu Akidah?
Profil Penulis
Dr Khairol Asrof Hassan
Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tanggal 5 Mei 1975. Memulakan pendidikan awal di SK Seri Muda, Ayer Hitam, Kedah. Kemudian menyambung pendidikan menengah di SMA Raudzatul Ulum, Langgar Alor Setar dan SMK Agama al-Irshad, Pulau Pinang sehingga memperolehi SPM pada tahun 1995. Kemudian menyambung pendidikan di Maahad Tahfiz al-Qur’an, Negeri Kedah dan berjaya memperolehi Dip. Tahfiz al-Qur’an (JAKIM ) pada tahun 1998. Berangkat ke Mesir pada tahun yang sama bagi meneruskan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang al-Qur’an dan Qira’at. Sekembalinya daripada Mesir, memulakan perkhidmatan sebagai guru di Maktab Mahmud Alor Setar dan memperolehi Diploma Pendidikan daripada IPDA pada tahun 2005. Seterusnya berkhidmat dengan MARA sebagai Pensyarah di IKM, Johor Baharu (2005-2007). Kemudian berkhidmat di KKTM Balik Pulau, Pulau Pinang (2007-2014) dan IKM. Beseri Perlis (2014-2017). Menyambung pengajian di USM dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana (Hadis) pada tahun 2010 dan seterusnya Ijazah Doktor Falsafah (Akidah Falsafah: Tafsir & Ulum al-Quran) pada 2017. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Cemerlang (Pendidikan Islam) di MARA-Japan Industrial Institute, Beranang, Selangor. Memiliki tauliah mengajar Agama Islam daripada Jabatan Agama Islam Selangor, Kedah, Pulau Pinang & Perlis serta berkhidmat secara sambilan sebagai Guru Takmir Masjid & Surau disamping sebagai pendakwah bebas. Memliki tauliah sebagai Pembimbing Ibadah Haji Tanah Air (Pekta) serta berpengalaman sebagai Mutawif dengan beberapa syarikat Travel Agenci. Berpengalaman sebagai Pengerusi & AJK Panel Pakar Penilai Buku Teks, PMS & NSK ( Tingkatan 4,5 & STAM ) dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Nor Hidayah binti Adimun
Dilahirkan di Hutan Melintang, Perak pada tanggal 16 Ogos 1986. Memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat (SKPTD) Sg. Besi, Kuala Lumpur dan Sekolah Kebangsaan Muzaffar Shah, Kota Tinggi, Johor. Kemudian menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah Agama (Arab) Kota Tinggi, Johor sehingga memperolehi SPM pada tahun 2003. Kemudian menyambung pendidikan di Maahad Johor, Johor Bahru dan berjaya memperolehi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun 2004. Seterusnya meneruskan lagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah dan Kepimpinan) di Universiti Kebangsaan Malaysia dan beroleh ijazah sarjana muda pada tahun 2008. Memulakan kerjaya sebagai guru Pendidikan Islam pada tahun 2009 di MARA Japan Industrial Institute, Beranang. Pada November tahun 2009 mendapat tawaran mengikuti program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan berjaya memperolehi Diploma Perguruan pada 2012. Masih lagi berkhidmat di MARA-Japan Industrial Institute, Beranang, Selangor dari 2009 sehingga kini.
Nur Iskandar bin Muhd Zain
Dilahirkan di Tikam Batu, Kedah pada tanggal 26 Mac 1976. Memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tikam Batu, Kedah. Kemudian menyambung pendidikan menengah di Maahad Darul Quran Rusila, Marang, Terengganu dan Maahad Muhammadi (Lelaki) Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan sehingga memperolehi SPM pada tahun 1994. Kemudian menyambung pendidikan di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Gong Badak, Terengganu dan berjaya memperolehi Diploma Pengajian Islam (Dakwah) pada tahun 1998. Seterusnya meneruskan lagi pengajian di peringkat Diploma Lanjutan Pengajian Islam (Dakwah) di kolej yang sama pada tahun 1998 serta beroleh kejayaan pada tahun 2000. Memulakan kerjaya sebagai guru pada tahun 2001 di Sekolah Rendah Islam Ibnu Khaldun di Jalan Kebun, Klang dan setelah itu menyertai MARA pada April 2001 sebagai Guru Pendidikan Islam di IKM Johor Bahru, Johor sehingga tahun 2003. Dalam tahun 2002 mendapat tawaran mengikuti program KPLI-KDC di Maktab Perguruan Batu Rakit, Kuala Terengganu dan berjaya memperolehi Diploma Perguruan pada 2004. Kemudian berkhidmat di KKTM Petaling Jaya (2004-2013) dan seterusnya berkhidmat di MARA-Japan Industrial Institute, Beranang, Selangor dari 2013 sehingga kini.