INTRO TO HANDBOOK OF ELECTRICAL TECHNOLOGY
BIODATA PENULIS
Suhana binti Rashid, dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tanggal 16 Ogos 1982. Memulakan pendidikan awal di SK Titi Gajah, Alor Star, Kedah. Kemudian menyambung pendidikan menengah di SMK Agama Kedah, Alor Star sehingga memperolehi SPM pada tahun 1999. Kemudian menyambung pendidikan di Universiti Tenaga Nasional dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elekrik Kuasa pada tahun 2004, seterusnya menyambung pengajian di Universiti Tenaga Nasional dan berjaya memperolehi Sarjana Kejuruteraan Elektrik pada tahun 2016. Memulakan kerjaya sebagai Production Engineer tahun 2005 di Epson Toyocom Sdn Bhd, Bandar Sri Damansara dan berkhidmat sebagai NPI Engineer di BCM Electronics, Kulim Hi-Tech Park sebelum menyertai MARA sebagai Pegawai Latihan Vokasional di MARA-Japan Industrial Institute, Beranang, Selangor dari Februari 2008 sehingga kini.
Khairunnisa binti Zainal Ashar, dilahirkan di Kuala Lumpur pada tanggal 13 Disember 1988. Memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Air Panas, Kuala Lumpur. Kemudi/.an menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah (P) Jalan Air Panas, Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Teknik, Setapak, Kuala Lumpur sehingga memperolehi SPM pada tahun 2005. Kemudian menyambung pendidikan di Universiti teknologi Mara (UiTM), Pulau Pinang dan berjaya memperolehi Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) pada tahun 2009. Seterusnya meneruskan lagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) di Universiti teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dan bergraduat pada tahun 2012. Memulakan kerjaya sebagai R&D Jr. System Programmer pada tahun 2013 di IBS Technology Sdn Bhd di Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan berkhidmat sebagai System Operating Engineer di Robert Bosch, Pulau Pinang sebelum menyertai MARA sebagai Pegawai Latihan Vokasional di MARA-Japan Industrial Institute, Beranang, Selangor dari Julai 2017 sehingga kini.
Ruslinda Binti Ruslee, dilahirkan di Kuala Terengganu pada tanggal 2 Julai 1984. Memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan, Kajang dan kemudiannya menyambung pendidikan menengah di MRSM Kuala Klawang dan MRSM Kuala Terengganu sehingga memperolehi SPM pada tahun 2001. Kemudian menyambung pendidikan di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan seterusnya meneruskan lagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam bidang Electrical & Electronics Engineering. Memulakan kerjaya sebagai Technical Assistant (Electrical) di A.P.A.I Engineering Sdn Bhd dalam bidang pembuatan kapal sebelum bergelar sebagai pensyarah teknikal di MARA Japan Industrial Institute, Beranang pada 2009 sehingga kini di bawah jabatan Data Transmission & Network.