Ingin pembelajaran yang efektif untuk 2024 dan persedian 2025 ini?
Seronok betul kalau tengok anak-anak ‘enjoy’ belajar kan…
Kami nak ajak anak anda sertai Projek Tuisyen Komuniti yang dapat bantu anak anda belajar lebih seronok & semangat!
Apa itu Projek Tuisyen Komuniti PTK?
Khas buat anak-anak di Taman Pauh Jaya
Kami bawakan
Apa yang ISTIMEWA dalam Projek Tuisyen Komuniti ni?
Pengukuhan Asas
Asas yang kukuh penting untuk bina kefahaman & kuasai sesuatu subjek.
Interaktif
Komunikasi 2-Hala semasa sesi pembelajaran amat penting untuk pemahaman pelajar
Pembelajaran Seronok
Keseronokan belajar dengan aktiviti santai yang disediakan dalam kelas
Modul
Bahan pembelajaran yang dapat bantu memudahkan pelajar untuk belajar & ulangkaji pada bila masa sahaja.
Kenapa kena join Tuisyen ni?
Tuisyen Komuniti dapat bantu anak anda…
+ Belajar dengan bimbingan dari guru/tutor berpengalaman
+ Lebih seronok & ‘enjoy’ belajar dengan aktiviti menarik
+ Dapat kenalan baru yang berkongsi minat belajar & dapat semangat belajar bersama
+ Belajar di surau dan dapat mengimarahkannya
+ Manfaatkan masa yang terluang
+ Lebih cemerlang & bersedia dalam pelajaran
+ Ulangkaji pelajaran atau asas yang ‘tertinggal’
Khas untuk Pelajar Tahun 5 & 6 (2024)
Jangan bimbang…
Yuran yang akan dikenakan adalah sangat minimum.
Tuisyen komuniti dibangunkan untuk Mesra pelajar.
Tidak perlu bayar RM100
Pakej Math & Bahasa Melayu RM50/bulan
Pendaftaran RM30 (setahun)
Untuk Pendaftaran & Pertanyaan
Siapa Pengurus Tuisyen ini?
Cikgu Fieda
Cikgu Nur Farida Binti Fadial berpendidikan daripada Universiti Sains Malaysia, Master of Islamic Management & Development ( ISDEV).Beliau dikenali dengan nama Cikgu Fieda merupakan seorang tutor sepenuh masa. Beliau mempunyai minat yang mendalam dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu. Pengalaman mengajar beliau ialah selama 7 tahun hingga kini dalam bidang Bahasa Melayu digunakan sebaiknya dalam memberi idea penggunaan formula-formula penulisan karangan dan binaan ayat dengan lebih mudah dan ringkas.
Selain itu, beliau juga merupakan tutor yang berpengalaman dalam pengajaran secara online, seorang itutor di bawah syarikat Akademi Saida.
Kelas Tuisyen Akademi Saida telah mula beroperasi sejak tahun 2017. Ianya telah dikendalikan oleh Cikgu Fieda bermula dengan kelas tuisyen yang diadakan dalam misi membantu pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR,PT3 dan SPM .
Kelas tuisyen Akademi Saida telah meneruskan kaedah pembelajaran secara online dengan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran secara interaktif.
Cikgu Fieda juga pernah mengikuti Program Simposium Tutor Profesional Malaysia & Beyond Expectation Tutor dibawah CMN Education Group.
CMN Academy mempunyai rekod mengajar, membimbing, memantau dan membentuk para pelajar agar berkemampuan untuk meningkatkan prestasi dan minat yang mendalam bagi subjek-subjek akademik.
Bermula dengan Pusat tuisyen dan Home Tuition, kini CMN Academy telah menjadi pemain utama dalam industri pendidikan alternatif dalam bidang pembelajaran secara online yang turut memiliki pendidik dan pelajar di seluruh Malaysia.
Visi kami adalah untuk memberikan perkhidmatan pendidikan secara kreatif dan inovatif yang seiring dengan perkembangan teknologi terkini.
Dalam masa juga CMN mengadakan inisiatif untuk membantu pelajar-pelajar asnaf, anak yatim serta bekerjasama dengan pihak komuniti, surau, masjid dan sekolah-sekolah.
Anugerah dan pencapaian:-
+ Pingat Emas Inovasi UKM Bahasa Arab 2018
+ Pingat Perak ‘Teachers’ Innovation Carnival UIA (T-NOVATE) 2018
+ Pingat Perak EDUINNOVATION UKM 2018
+ Pingat Perak Computational Thinking Games Design Competition 2018
+ Pingat Perak KNOVASI UKM 2021