NAK UPGRADE BACAAN QURAN, TAPI PENING NAK INGAT HUKUM TAJWID?
Nak mengaji, tapi tak tahu betul ke tak?
BACA QURAN MASIH TAK LANCAR, DEK KERANA ‘BLUR’ & PENING NAK INGAT NAMA HUKUM TAJWID?
Teringin nak baca Al-Quran dengan tajwid yang betul & ajar anak-anak?
Dulu nak baiki bacaan Al-Quran ni kalau kita tak ke tempat guru, guru akan datang ke rumah.
Kini, mudah saja nak belajar dari rumah secara Online dengan OH MUDAHNYA TAJWID!
Nak kami bantu anda, baiki bacaan Quran, tanpa pening ingat hukum-hukum tajwid yang banyak…
hanya #GunaSimbolJe ??!
Memperkenalkan
Oh Mudahnya Tajwid! Edisi Online
Pembelajaran Tajwid Kini Lebih MUDAH, SELAMAT & JIMAT di mana-mana saja
HANYA Dengan Kenali SIMBOL, Tanpa Perlu Menghafal Hukum-Hukum Tajwid!
Kami telah membantu lebih 10,000 orang mendapatkan manfaat daripada OH MUDAHNYA TAJWID!
Ada antara kita masih ragu-ragu dalam bacaan Al-Quran…
Tak pasti hukum tajwid,… mim mati ke, mad-mad… nak panjang ke, pendek ke bacaan
Nama hukum-hukum tajwid terasa banyak sangat nak hafal…
Jadi, macam mana nak membaca Al-Quran dengan hukum tajwid yang betul?
Ada kaedah yang lebih mudah & jimat masa untuk semua peringkat umur terutamanya dewasa & warga emas?
Oh Mudahnya Tajwid! lah jawapannya…
Apa yang BEST dengan Oh Mudahnya Tajwid! Edisi Online ni?
+ Ketahui bacaan bertajwid hanya menggunakan Simbol
+ Tak perlu hafal hukum Tajwid
+ Sesuai untuk semua peringkat umur terutamanya Dewasa
+ Masa yang lebih singkat untuk perbaiki bacaan
Istimewa dalam Oh Mudahnya Tajwid! Edisi Online ni, kami bahagikan kepada 3 bahagian untuk mudahkan anda belajar ilmu Tajwid bagi memperbaiki bacaan anda :
+ Vokal
+ Tanda
+ Makhraj
Dalam Edisi Tanda ini, anda akan dibawa menyelami 26 topik penting dalam bacaan Al-Quran merangkumi tanda & simbol, seperti hamzah wasol, mad, waqof & banyak lagi.
Nak dapatkan rangkaian edisi Oh Mudahnya Tajwid untuk bantu anda baiki bacaan al-Quran dengan lebih baik?
Klik tajuk di bawah…
Jom kenali Pengasas Modul Oh Mudahnya Tajwid!
Beliau merupakan pengasas & perunding latihan utama kepada Infitah Training & Consultancy serta Co-founder ‘Home Tuition & Quranic Home Based’ iaitu pengurusan pembelajaran berfokus dengan tutor datang mengajar ke rumah pelajar.
Selain itu, beliau adalah pengajar ‘Tahsin al-Qiraah’ untuk staf Amanah Ikhtiar Seremban & beberapa jabatan lain.
Pengiktirafan & pengalaman sebagai Professional Learning Facilitator (PLF) (Mastery) telah diiktiraf oleh Professional Learning Facilitators (International) Sdn. Bhd. Beliau juga merupakan SOIF Coach yang dipersijilkan oleh Take Charge Sdn. Bhd. dan ahli kepada Pertubuhan Perunding Latihan Muslim Malaysia (TAMRIN).
Antara modul utama beliau ialah ‘Oh Mudahnya Tajwid!’ (OMT) yang membincangkan ‘kaedah membaca al-Quran tanpa perlu mengingat hukum tajwid yang banyak’. Ia telah dikongsikan dengan pelbagai pihak antaranya iaitu Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), UniKL MICET Melaka, Unversiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kolej PTPL, Hospital Banting, Kompleks MARA Kota Bharu, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) & MARDI Hilir Perak, Koperasi Muamalat Malaysia (Perak) Berhad, UWAiS Training & Consultancy, sekolah-sekolah serta banyak lagi.
Selain itu, beliau turut menyampaikan Modul ‘Smart Solat Leads to Success’. Ia membicarakan berkenaan solat, fokus utamanya dengan menjadikan ‘mind set’ (fikiran) kita bahawa ‘solat itu mudah’.
Ustaz Arif Asa’ad bin Johari juga adalah pengasas kepada program Motivasi al-Quran (MAQ) yang merupakan program terbuka kepada masyarakat umum sejak tahun 2009. Alumni peserta MAQ menjangkau 2,000 orang. MAQ adalah program berkaitan pemahaman & aplikasi yang boleh diterapkan dalam kehidupan hasil intipati surah-surah pilihan al-Quran.