Bengkel Inquiry Based Science Education (IBSE) STEM

CMN Digylearn · July 3, 2021

Pembelajaran STEM (Science, Engineering, Technology, Maths)

STEM sudah bermula di Malaysia beberapa tahun lalu di Malaysia dan maksud di sebalik perkataan STEM ialah Science Technology Engineering Mathematics (STEM).

Terdapat beberapa konsep pembelajaran STEM iaitu lebih rasa minat dan seronok kerana STEM ini memudahkan cara pembelajaran untuk membantu pelajar untuk lebih memahami konsep serta aplikasi dalam subjek seperti Sains dan Matematik.

Pembelajaran STEM sangat penting untuk meningkatkan kembali minat pelajar terhadap subjek ini dan seterusnya menjadi ‘innovator’ pada masa hadapan.

Salah satu pedagogi STEM mementingkan elemen 4C dalam Pembelajaran Abad Ke-21 iaitu ‘Collaboration’ ‘Creativity’ ‘Communication’ dan ‘Critical Thinking’ yang penting untuk kemahiran mereka di alam kerjaya kelak .

Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri

Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri atau Inquiry-Based Learning sudah lama diperkenalkan di Malaysia. Pembelajaran berasaskan inkuri adalah penting untuk memastikan murid betul-betul memahami apa yang dipelajari, menambah baik sikap terhadap pembelajaran dan meningkatkan keupayaan mereka untuk menggunakan apa yang dipelajari dalam dunia sebenar.

Digylearn

Inkuiri bermula dengan persoalan atau masalah dan diikuti dengan pemerhatian, penerokaan, penyiasatan/eksperimen, membuat kesimpulan dan menjelaskan dapatan (komunikasi).

Dalam bengkel ini, peserta didedahkan dengan kaedah menjana aktiviti inkuiri menggunakan Kemahiran Merekabentuk (KMR) secara “backward design”. Seterusnya, peserta akan melalui proses PdP mata pelajaran Sains berasaskan inkuiri secara hands-on.

Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjana aktiviti inkuiri dalam kumpulan masing-masing. Akhir sekali, setiap kumpulan membentangkan aktiviti yang mereka telah hasilkan dan Trainer akan memberi komen untuk mengukuhkan pemahaman peserta tentang IBSE.

Digylearn

Profil Trainer (Dr Ihsan Ismail)

  • Merupakan Timbalan Ketua Seketeriat (Teknikal) Dasar Pendidikan Digital Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Sebelum ini bertugas sebagai Ketua Pusat STEM Negara di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Mempunyai PhD dalam Data Envelopment Analysis daripada University of Warwick, UK
  • Master Pendidikan Matematik daripada UKM dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Mathematics, Statistics and Operational Research daripada University of Manchester, UK.
  • Aktif menjalankan Seminar, Bengkel, Kolokium STEM, IBSE, IBME untuk guru, pensyarah, pendidik dan industri di seluruh Malaysia

Melalui Video Bengkel IBSE ini anda akan mengetahui:

☑Bagaimana melaksanakan Pendidikan STEM dalam sesi pembelajaran

☑Mengetahui Teknik Pengajaran mata pelajaran Sains berasaskan Inkuiri melalui aktiviti hands-on yang berpandukan DSKP

☑Membantu pelajar untuk lebih menyukai dan memahami apa yang dipelajari

About Instructor

CMN Digylearn

206 Courses

+39 enrolled
Not Enrolled

E-learning Includes

  • 8 Lessons

Ratings and Reviews

0.0
Avg. Rating
0 Ratings
5
0
4
0
3
0
2
0
1
0
What's your experience? We'd love to know!
No Reviews Found!
Show more reviews
What's your experience? We'd love to know!
× Boleh kami bantu? :)