Adakah anda seorang pendidik?

Nak jadi Pendidik yang Unggul?

Pendidik Unggul perlu sentiasa meningkatkan ilmu terutamanya berkaitan teknik pengajaran & pembelajaran.

5 Kepentingan Pedagogi Untuk Pendidik.

  • Mampu memantapkan kaedah pendekatan dalam pengajaran.
  • Pendidik boleh jadi lebih kreatif & inovatif semasa mengajar.
  • Dapat bantu cetus idea untuk menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai semasa kelas.
  • Boleh membuatkan sesi pembelajaran lebih meriah, pelajar lebih responsif & nak libatkan diri dalam aktiviti.
  • Pendidik sentiasa ‘up to date’ dengan gaya pengajaran & pembelajaran terkini.

Jom tambah pengetahuan anda tentang Formula Pedagogi & Teknologi Dalam Mendidik!

Memperkenalkan program terkini khas buat pendidik

Pendidik Unggul – Formula Pedagogi & Teknologi Dalam Mendidik

bersama Dr Zailah

Dr Hajah Zailah Zainudin merupakan Edutuber & berpengalaman lebih 34 tahun dalam bidang pendidikan, serta diberi kepercayaan untuk melatih lebih 50 000 guru seluruh negara & menggalas beberapa jawatan penting iaitu

  • Ketua Master Coach (Jurulatih Utama) School Improvement Specialist Coaches (SISC), KPM
  • Jurulatih Utama Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB), KPM
  • Pakar Rujuk Professional Learning Community LC Lesson Study, KPM
Digylearn

Beliau yang merupakan mantan guru Fizik dan pernah menggalas beberapa jawatan penting pentadbiran di peringkat sekolah serta Jabatan Pendidikan Negeri sepanjang karier beliau, kini menyandang gelaran Pensyarah Cemerlang di jabatan Sains, IPG Kampus Raja Melewar, Seremban.

Beliau juga sangat berpengalaman mengendalikan kursus berkaitan Penyelidikan/Kajian Tindakan, Kurikulum & Pengajaran, Pedagogi & Penilaian, Pembangunan Guru & Pensyarah, Kepimpinan Sekolah, Motivasi Kecemerlangan Ibu Bapa & Pelajar serta Kakitangan Awam & Korporat.

Dr Zailah juga aktif dalam penulisan & pembentangan kajian, buktinya beliau berjaya menghasilkan 2 buah buku ‘Pengajaran & Pembelajaran – Teori & Praktis’ dan ‘Kaedah Penyelidikan’

Atas jasa & prestasi luar biasa, beliau telah menerima beberapa anugerah antaranya

  • Anugerah Toray (Tempat Kedua Peringkat Kebangsaan)
  • Anugerah Guru Inovatif Terengganu
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2000 & 2009
  • Anugerah Inovatif Pengajaran & Pembelajaran Peringkat Kebangsaan 2011
  • Pensyarah Cemerlang Gred 52 2012
  • Anugerah Melewar IPG KRM 2014, 2018 & 2019

About Instructor

CMN Digylearn

183 Courses

+3 enrolled
Not Enrolled

E-learning Includes

  • 7 Lessons
× Boleh kami bantu? :)