Digital Outstanding Tutor (DOT)

CMN Digylearn · June 29, 2021

Formula Jadi Pendidik & Usahawan Pendidikan Digital Berpengaruh Bakal Didedahkan Oleh Speaker-Speaker Berpengalaman Dalam

Bengkel Online

Digylearn

Adakah anda seorang pendidik, guru sekolah, pensyarah, tutor tuisyen & al-Quran, usahawan pendidikan atau newbie?

Mahukah kami tunjukkan teknik dan strategi yang telah terbukti berkesan bagaimana menjadi pendidik digital yang berjaya?

Adakah anda mahu memberikan pembelajaran serta perkhidmatan yang terbaik & profesional kepada pelajar dan klien anda?

Istimewanya Anda Sebagai Seorang Pendidik

  • Anda dapat membantu pelajar mengalami peningkatan yang ‘ketara’ dan mencapai kecemerlangan dalam subjek yang dipelajari.
  • Menjana saham akhirat dengan berkongsi ilmu dengan seramai mungkin pelajar

Apakah kelebihan menjadi Tutor dan Usahawan Pendidikan??

  • Dari sehari ke sehari bidang ini ini semakin membesar dan menerima permintaan yang ‘mencurah-curah’ daripada ibu bapa dan pelajar
  • Bakal berkembang ke dalam bidang lain yang mempunyai kaitan dengan bidang tuisyen & al-Quran
  • Menjana satu lagi sumber pendapatan dengan sangat mudah.
  • Pendapatan bulanan tinggi berbanding dengan masa yang diperuntukkan
  • Boleh dilakukan secara sepenuh masa atau separuh masa.
  • Bebas menikmati faedah pekerjaan yang memuaskan dan menyeronokkan.
Digylearn

Apakah Manfaat yang anda akan perolehi dalam Bengkel Online ‘Digital Outstanding Tutor’ ini??

Formula Outstanding

Ketahui Formula Outstanding yang menyebabkan pelajar suka pada anda & anda dapat bantu lebih ramai pelajar.

Saham Akhirat

Mengetahui bagaimana menjana saham akhirat dengan menyebarkan ilmu di minda.

Mentoring

Ambil peluang ini untuk bertanyakan terus kepada speaker-speaker dan ketahui rahsia mereka.

Apakah ilmu dan teknik saya akan perolehi dalam Digital Outstanding Tutor ini?

Mindset & Hala Tuju Karier Pendidik Outstanding

Kami akan rungkaikan bagaimana cara berfikir & tanggapan kita boleh pengaruhi perjalanan & pencapaian seorang pendidik berpengaruh.

Dengan ilmu ini, anda dapat set hala tuju yang betul untuk jadi pendidik outstanding, yang dapat beri lebih banyak manfaat kepada lebih ramai pelajar.

Anda bakal rasakan kerjaya sebagai pendidik boleh jadi lebih luas dari apa yang anda sangkakan sebelum ini.

Teknik ‘Menang’ Kelas Online

Anda akan didedahkan dengan teknik pembelajaran Abad Ke-21 & IR 4.0.

Dengan mempelajari teknik-teknik mengajar yang terkini & praktikal ini, pelajar akan lebih selesa untuk belajar dengan anda dan sentiasa tertunggu untuk kelas seterusnya.

Kita juga akan lebih seronok mengajar dan dapat membantu pelajar belajar dengan lebih berkesan dengan adanya perubahan yang positif dalam pembelajaran mereka.

Rahsia Pendidik Outstanding

Dengan mengetahui keunikan serta niche anda, anda boleh membuat modul pembelajaran anda sendiri dan ini menaikkan imej diri atau branding anda.

Ini menjamin kerjaya anda akan lebih cemerlang dalam bidang ini di samping membantu anda untuk pergi lebih jauh lagi.

Formula ‘Mantul’ Digital Learning

Para peserta akan dikongsikan dengan teknik-teknik yang dapat bantu anda hasilkan Digital Learning yang Outstanding.

Perkongsian pengalaman dari speaker jemputan tentang pengalaman sebenar bagaimana beliau dapat mengembangkan kerjaya pendidik melalui digital learning terutamanya kelas online.

Siapa yang sesuai mendapatkan DOT ini??

Mahasiswa

Mahasiswa dan graduan yang ingin mengajar sambil menjana duit poket sendiri

Individu Bekerjaya

Individu yang sudah mempunyai kerjaya tetapi masih mencari kerja ‘part-time’ yang tidak mengganggu kerjaya utama

Pendidik

Sama ada anda guru sekolah, tutor tuisyen, pensyarah atau lain-lain pendidik

Usahawan Pendidikan

Usahawan yang sudah memulakan bisnes tuisyen sama ada private tuition, home tuition mahupun pusat tuisyen dan pusat pembelajaran al-Quran

Pendek kata, newbie boleh, yang berpengalaman pun boleh

Yang tak sesuai ada ke?

Ada… Anda yang rasa tak perlu tambah ilmu dalam pengajaran & pembelajaran PdP & PdPr, tak nak upgrade diri & skil dalam pengajaran, untuk beri lebih manfaat kepada pelajar, boleh baca sampai sini saja.


  • Kami bantu anda untuk jadi Pendidik Outstanding yang ‘perform’ dalam pengajaran & pembelajaran Digital.
  • Kami bantu anda untuk mengembangkan kerjaya pendidik anda ke tahap lebih tinggi dari segi penguasaan pengajaran offline & online.
  • Kami bantu anda untuk mendigitalkan ilmu yang anda ada untuk disebarkan kepada lebih ramai pelajar & pendidik lain.
  • Jika anda ingin menjadi seorang tutor, kami bantu anda untuk memulakan langkah mudah menjadi Tutor Tuisyen dan Al-Quran walaupun anda tiada pengalaman mengajar.
Digylearn

Cikgu Zaiju berpengalaman sebagai pegawai IT sehingga menemui passion yang beliau buat secara partime.

Dicungkil bakat dalam Tutor Coaching Day sehingga menjadi Speaker FB Live.

Kemudian menjadi fasilitator dan speaker untuk program STEM di sekolah dan PPD.

Kini merupakan speaker Funtastic Sains UPSR”

Digylearn

Ustazah Rosnina diberikan amanah untuk menguruskan Teratak Ilmu Az Ziyyad.

Awalnya tak yakin nak berkongsi dan nak ‘handle’ team dengan baik.

Setelah bersama dalam Circle dan program CMN kini beliau lebih jelas hala tuju dan yakin untuk menguruskan team dengan baik.

Kini team Az Ziyyad sudah berkembang dan menambahkan cawangan.

Merupakan Certified Legend Trainer dan mempunyai modul Hijaiyyah Ohsem.”

Siapakah Speaker-Speaker #DOT2021?

Digylearn

Coach Amir Syazwan Manaf

Beliau berpengalaman luas dalam bidang tutoring sejak 2012, dan masih lagi bekerjaya sebagai Tutor & Online Tutor dengan membantu pelajar di dalam subjek Pendidikan Islam di semua peringkat dan pengajaran Al-Quran.

Pernah mempunyai pengalaman sebagai Penulis dalam satu kolum Majalah Al-Islam, beliau bermula sebagai Manager di Institut Icon Mumtaz untuk membantu tutor untuk memulakan serta mengembangkan kerjaya Tutor.

Selain itu beliau juga mempunyai pengalaman dalam mengendalikan program untuk tutor dan guru sekolah seperti PPD Rompin.

Beliau fokus pada Quran untuk kanak-kanak dan dewasa secara personal dan group samada melalui tuisyen di rumah atau secara online dengan menggunakan platform Digylearn.

Merupakan sebahagian Team Funtastic CMN dalam subjek Sains & Matematik serta STEM (Science Technology Engineering & Maths) serta telah mendapat Silver Award dalam ‘Computational Thinking Games Design’ semasa The 1st National STEM Seminar di Universiti Malaya.

Selain itu, Team CMN Funtastic juga telah merangkul Silver Award dalam Teachers’ Innovation Carnival (T-NOVATE) di UIA dan Eduinnovation 2018 UKM.

Banyak memberi coaching dan training kepada tutor-tutor seluruh Malaysia di bawah CMN Academy secara online & offline.

Kini beliau merupakan Head of Tutor Affairs di CMN Academy dengan mengendalikan lebih 250 tutor di seluruh Malaysia.

Digylearn

Coach Nurwahidah Ab Gani

Coach Nurwahidah Ab Gani merupakan Ketua Bahagian Operasi COO CMN Academy. Beliau mendapat pendidikan tertinggi Sarjana falsafah (UTM Skudai).

Sebelum itu, beliau merupakan graduan Sarjana Muda Bahasa Arab dan Kesusasteraan dengan kepujian (UIAM) 2004-2009.


Beliau pernah berkhidmat sebagai guru sekolah agama (GSTT) di Johor Bahru pada tahun 2003. Malah beliau pernah menjadi Pensyarah Bahasa Arab KPYPJ pada tahun 2009 – 2012.

Menerima Anugerah Tesis Master Terbaik pada tahun 2013. Berkecimpung sebagai Tutor Sepenuh Masa bersama CMN pada tahun 2013-2014. Mendapat Award Best Branch manager JB pad tahun 2014 – 2015 dan Best Branch Manager Bangi pada tahun 2015 – 2016.

Beliau pernah menjadi SPEAKER Simposium Tutor Profesional Malaysia STPM 2017 dengan berkongsi topik berkaitan dengan Pengurusan Bisnes Gaya Pro dan mengeluarkan SOP Bisnes Tutor Profesional Malaysia.

Beliau mempunyai sijil sebagai Professional Learning Facilitator (PLF) pada 2016 dan telah bertindak sebagai Trainer di CMN dengan melatih tutor-tutor untuk menjadi luar biasa.

Digylearn

Coach Isa Idris

Berpengalaman dalam bidang tutoring sejak 2012, dan masih lagi berkongsi ilmu sebagai Tutor.


Bermula sebagai seorang fasilitator dan mula berjinak-jinak menjadi seorang trainer dengan mempunya slot bersama peserta.

Beliau merupakan bekas guru sekolah rendah selama 4tahun dan hampir setahun di sekolah menengah. Beliau juga merupakan salah seorang Trainer dan Event Manager CMN Education Group yang melatih tutor untuk menyampaikan ilmu dengan lebih menarik & berkesan.

Selain itu beliau juga berpengalaman dalam mengendalikan program untuk pelajar sekolah. Kebiasaannya Modul Funtastic KBAT STEM.

Fokus pada subjek Matematik dan membawa Modul ‘Funtastic Matematik’ untuk guru dan pelajar sekolah.

Merupakan sebahagian Team Funtastic CMN dalam subjek Sains & Matematik serta STEM (Science Technology Engineering & Maths) serta telah mendapat Silver Award dalam ‘Computational Thinking Games Design’ semasa The 1st National STEM Seminar di Universiti Malaya.

Selain itu, Team CMN Funtastic juga telah merangkul Silver Award dalam Teachers’ Innovation Carnival (T-NOVATE) di UIA dan Eduinnovation 2018 UKM.

Sebagai Event Manager beliau berpengalaman dalam menjalankan event tahunan CMN iaitu Simposium Tutor Profesional Malaysia dan menjadi tunjang utama dalam menggerakkan dan menjayakan event tahunan tersebut.

STPM dihadiri lebih kurang 200-300 peserta, pendidik dari seluruh Malaysia dan dihadiri juga speaker-spekaer pendidikan yang disegani bagi membuat perkongsian kepada tetamu yang hadir.

About Instructor

CMN Digylearn

181 Courses

+23 enrolled
Not Enrolled

E-learning Includes

  • 4 Lessons

Ratings and Reviews

0.0
Avg. Rating
0 Ratings
5
0
4
0
3
0
2
0
1
0
What's your experience? We'd love to know!
No Reviews Found!
Show more reviews
What's your experience? We'd love to know!
× Boleh kami bantu? :)