Panduan Mudah, Berkesan & Lengkap untuk Menguasai Bahasa Arab Al-Quran
Modul Bahasa Arab Al-Quran Al-Kafi Menguasai Bahasa Arab Al-Quran Secara Mudah dan Berkesan
Kenali Kami
Kami dari Modul Bahasa Arab Al-Quran Al-Kafi, sebuah program yang dicipta khusus untuk memudahkan anda mempelajari Bahasa Arab, terutama bagi mereka yang ingin memahami Al-Quran, bacaan solat, doa, dan zikir dengan lebih mendalam. Kami memahami cabaran yang anda hadapi dalam mempelajari bahasa Arab, seperti masa yang terhad, kaedah pembelajaran yang kompleks, dan sukar untuk mempraktikkannya dalam ibadah harian. Oleh itu, kami menawarkan satu formula yang mudah, praktikal dan terbukti berkesan untuk membantu anda mencapai kefahaman bahasa Al-Quran dengan lebih cepat dan menyeluruh.
Visi Kami
Visi kami adalah untuk menjadi platform utama bagi semua yang ingin memahami Al-Quran dan memperbaiki ibadah mereka melalui kefahaman yang sebenar dalam Bahasa Arab, sekaligus melahirkan generasi Muslim yang lebih berilmu, khusyuk, dan dekat dengan Allah.
Misi Kami
Misi kami adalah untuk membantu anda menghayati Al-Quran dan ibadah harian melalui kefahaman Bahasa Arab yang mudah difahami. Kami percaya bahawa memahami setiap perkataan dalam solat, doa, dan zikir dapat meningkatkan kekhusyukan serta hubungan rohani anda dengan Allah. Melalui modul ini, kami menawarkan pendekatan sistematik yang boleh diikuti oleh sesiapa sahaja, tanpa perlu risau tentang tahap penguasaan bahasa yang rumit.
Keunikkan Modul
- Pendekatan Praktikal dan Terbukti Berkesan:
Modul Bahasa Arab Al Quran Al Kafi dibangunkan berdasarkan pengalaman bertahun-tahun dalam pengajaran Bahasa Arab Al-Quran.
- Teknik 6 Dhamir Yang Terbukti Efektif :
Menggunakan teknik Quranic Approach yang fokus pada 6 Kata Dhamir yang banyak digunakan di dalam gaya bahasa al Quran.
- Fokus pada Penghayatan Ibadah:
Modul ini bukan sekadar menawarkan pembelajaran bahasa Arab, tetapi juga memupuk kefahaman yang lebih mendalam dalam bacaan solat, doa, dan zikir.
- Bimbingan Komprehensif:
Modul ini disokong oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dan strategi pengajaran yang terbukti membantu pelajar menguasai dengan cepat.
- Teknik Pembelajaran Bertahap:
Bermula dari asas dan maju ke peringkat lebih tinggi, dengan fokus pada tatabahasa dan pemahaman makna ayat.
Prinsip Pembelajaran Al Kafi
مُيَسَّرٌ فِي الْقَوَاعِدِ وَمُكَثَّفٌ فِي الْتَطْبِيْقَاتِ
Mudah dalam tatabahasa Intensif dalam aplikasi
مُيَسَّرٌ فِي الْقَوَاعِدِ (Mudah dalam tatabahasa): Bahagian tatabahasa di dalam Modul Bahasa Arab Al Quran Al Kafi disampaikan dengan cara yang mudah difahami, tidak terlalu rumit.
Fokus diberikan kepada konsep-konsep asas tatabahasa (nahu) yang disusun secara ringkas dan jelas agar pelajar dapat memahaminya dengan cepat dan mudah.
مُكَثَّفٌ فِي التَّطْبِيْقَاتِ (Padat dalam aplikasi): Penekanan utama adalah pada bahagian aplikasi atau latihan praktikal. Pengajaran lebih memberi fokus kepada banyak latihan intensif untuk menguatkan kefahaman dan kemahiran menggunakan tatabahasa yang dipelajari. Ini melibatkan pengamalan bahasa secara aktif, seperti melalui latihan mendengar, berbicara, membaca, dan menulis.
Siapakah Yang Perlu Memiliki Modul Ini
Individu Muslim yang ingin memahami Al-Quran tanpa bergantung kepada terjemahan.
Mereka yang ingin menghayati solat, doa, dan zikir dengan lebih mendalam.
Orang dewasa yang mencari kaedah pembelajaran praktikal dan berstruktur.
Golongan sibuk yang mahukan modul pembelajaran mudah, fleksibel, dan sesuai untuk jadual harian.
أهلا وسهلا ومرحبا بكم
Asman bin Abdullah adalah merupakan susuk yang membangunkan modul Bahasa Arab Al Quran Al Kafi, beliau juga merupakan pengasas ’Teknik 6 Dhamir’ yang mula diperkenalkan pada tahun 2020.
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian di dalam bidang fiqh dan Usul fiqh dari Saddam University for Islamic Studies, Baghdad, Iraq.(SUIS) pada tahun 1998.
Beliau kemudiannya menyambung pelajaran keperingkat diploma pengajian bahasa arab di Institut Pendidikan Islam Bangi (IPIS) dengan mendapat pangkat cemerlang. Seterusnya melanjutkan pelajaran keperingkat Ijazah sarjana di dalam bidang Pengurusan Perniagaan “International Marketing Management” di MSU Management Science University Shah Alam Selangor.
Beliau yang telah melibatkan diri lebih 10 tahun dalam pendidikan Bahasa Arab Al-Quran mengambil inisiatif untuk melakukan transformasi dalam proses pembelajaran dan pengajaran Bahasa Arab Al-Quran supaya pembelajaran Bahasa Arab Al-Quran menjadi lebih mudah, menarik dan berkesan serta dapat dikuasai dalam masa yang singkat.
Apa Itu Teknik 6 Dhamir
Teknik “6 Kata Dhamir” merupakan satu inovasi baru yang diolah bagi memudahkan pembelajaran dan pengajaran ASAS BAHASA ARAB QURAN bagi setiap lapisan masyarakat yang ingin mempelajarinya .
Melalui kajian yang dijalankan dan pendekatan yang bersistematik, maka terhasillah penemuan 6 kata ganti nama yang menjadi teras penggunaannya di dalam Al Quran. Penemuan ini dinamakan sebagai Teknik 6 Kata Dhamir. Teknik 6 Kata Dhamir ini dipercayai boleh menarik minat golongan dewasa umumnya untuk belajar Bahasa Arab Al-Quran dengan cara yang lebih pantas, mudah, dan menyeronokkan serta merangsang keupayaan dan kemahiran bertutur di dalam bahasa arab dengan mudah dan yakin.
Melalui pendekatan Teknik 6 Dhamir yang diterapkan dalam penyusunan modul ini dan digabungkan dengan Teknik Kemahiran Berbahasa menjadikan modul ini sangat mudah untuk dipelajari, menarik dan sangat berkesan bagi mereka yang masih berada diperingkat pemula untuk mempelajari Bahasa Arab Al Quran.
AL KAFI LEARNING CENTER (AKLC)
APA YANG KAMI TAWARKAN KEPADA ANDA
ANATOMI AL QURAN
Melalui Modul Bahasa Arab Al Quran Al Kafi, para peserta akan di dedahkan kepada struktur dan susunan Al-Quran dari aspek tertentu, baik dari segi kandungan, pembahagian, mahupun fungsi.
Ini akan memberikan gambaran yang lebih mendalam tentang bagaimana Al-Quran disusun dan difahami
TEKNIK 6 DHAMIR
Teknik “6 Kata Dhamir” merupakan satu inovasi baru yang diolah bagi memudahkan pembelajaran dan pengajaran ASAS BAHASA ARAB QURAN. Melalui pendekatan yang bersistematik ini, boleh menarik minat golongan dewasa umumnya untuk belajar Bahasa Arab Al-Quran dengan cara yang lebih pantas, mudah, dan menyeronokkan.
QURANIC APPROACH
Al Kafi melalui Quranic Approach menekankan pembelajaran bahasa Arab secara langsung melalui penggunaan teks Al-Quran.
Pendekatan ini bertujuan untuk menjadikan pembelajaran lebih praktikal dan relevan, sambil menghubungkan pelajar dengan teks Al-Quran.
Idea utama pendekatan ini adalah memanfaatkan pengulangan struktur tatabahasa tertentu, terutamanya dhamir (kata ganti nama), yang sering muncul di dalam Al Quran.
KITA DAN BAHASA ARAB
Secara keseluruhannya, tidak sukar bagi orang Melayu untuk belajar bahasa Arab kerana mereka sudah mempunyai asas yang kukuh dari segi bunyi, bacaan, dan kosa kata.
Namun, memerlukan dedikasi dan pendekatan sistematik untuk menguasai tatabahasa dan kemahiran bertutur dalam bahasa Arab dengan lancar.
Modul Bahasa Arab Al Kafi ini menumpukan pada elemen-elemen asas seperti dhamir, tarkibat, dan integrasi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Melalui pendekatan ini diharapkan modul Al Kafi boleh menjadikan pembelajaran Bahasa Arab menjadi kian mudah dan menarik.
KEMAHIRAN BERBAHASA
Modul ini juga dibangunkan dengan mengintegrasikan kemahiran mendengar, bercakap, membaca, dan menulis.
Modul ini juga memberikan pendekatan yang lebih seimbang dan efektif dengan menggabungkan latihan yang berfokus pada kemahiran ini dalam setiap topik untuk memastikan pelajar bukan sahaja memahami bahasa dari segi teori tetapi juga boleh mengaplikasikannya dalam situasi sebenar.
SENI BAHASA
Modul ini juga memberikan pendedahan awal mengenai seni bahasa melalui penggunaan kalimah dan bahasa yang indah dan berkesan di dalam Al-Quran yang mencakupi aspek seperti tasybih (simile), isti’arah (metafora), dan kinayah (perlambangan).
Tujuannya adalah untuk menekankan mesej, memberikan kesan emosi, serta mengajak pembaca atau pendengar untuk merenung dan memahami lebih mendalam mesej-mesej ilahi.
Live sharing bersama Coach Mohd Noor DigyLearn berkaitan “Anatomi Al Quran”
GAMIFICATION MODUL
John Doe
Company Name
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.
John Doe
Company Name
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.
John Doe
Company Name
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.
John Doe
Company Name
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.
John Doe
Company Name
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.
Mak lang
Jamaah Masjid An Nur, Kg Melayu Subang
Umur 80 tahun
Belajar bahasa Arab kini menjadi lebih seronok dengan Modul Bahasa Arab Al Kafi, Mudah dan senang untuk difahami.
Mak lang
Umur 80 tahun
Belajar bahasa Arab kini menjadi lebih seronok dengan Modul Bahasa Arab Al Kafi, Mudah dan senang untuk difahami.
Mak lang
Umur 80 tahun
Belajar bahasa Arab kini menjadi lebih seronok dengan Modul Bahasa Arab Al Kafi, Mudah dan senang untuk difahami.
Kisah dan perkongsian kejayaan yang pernah dibantu boleh di baca di sini.
Info Lanjut
Klik button whatsapp di bawah