Nak tahu bagaimana pembelajaran Sains boleh jadi lebih Menarik, Mudah & Seronok?
Nak dapatkan Permainan Sains yang boleh dicetak & dimain bersama kawan-kawan atau adik beradik secara PERCUMA?
“Science and every day life cannot & should not be separated”
— Rosalind Franklin, Scientist
Ramai yang kata subjek Sains ni susah dan perlukan banyak penghafalan.
Sebut Sains je ingat exam, sebut Sains je ingat eksperimen dalam makmal.
Sedangkan Sains ini ada di sekeliling kita & dalam kehidupan seharian kita.
Ianya ada dalam pernafasan kita semasa tidur, dalam mentol lampu di bilik air, dalam bateri kereta ayah kita dan dalam resepi nasi ayam mak kita.
Kalau selalu belajar Sains gunakan buku rujukan, nota dan latihan sahaja, apa kata kali ini kita belajar Sains dengan PERMAINAN pula.
Kami bawakan kepada anda:
Terbuka kepada semua pelajar, ibu bapa & pendidik secara PERCUMA.
Mari belajar tentang bagaimana SISTEM dalam BADAN kita berfungsi. Bagaimana ORGAN tercipta, apa yang ada dalam SEL, apakah itu ORGANEL dan banyak lagi!
Pernah terfikir tak sistem apa yang menyebabkan badan kita pulih setelah sakit, kenapa luka mesti akan berkudis dan kekurangan dalam organ apa yang akan menyebabkan kemandulan?
Ianya adalah bab PALING ASAS untuk belajar ANATOMI BADAN MANUSIA dalam Sains Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
+ Tingkatan 1: Sistem Integumen, Perkumuhan, Peredaran Darah & Pembiakan
+ Tingkatan 2: Sistem Pencernaan & Imunisasi
+ Tingkatan 3: Sistem Saraf, Respirasi & Peredaran Darah
+ Tingkatan 4: Sistem Rangka & Endokrin
+ Tingkatan 5: Aplikasi Sistem Imunisasi dan Pencernaan
Jom ulang kaji bab ini bersama Teacher ZY menggunakan formula, infografik, puzzle yang boleh dicetak & kuiz KBAT yang boleh dimain bersama-sama.
Apa yang menarik?
+ E-book Bagaimana Badan Kita Berfungsi? yang boleh dicetak sebelum sesi sharing yang berisi:
– Nota infografik badan manusia
– Puzzle STOSO
– Kuiz Soalan KBAT
+ Game Interaktif
+ Video cara tulis Kemahiran Proses Sains dengan betul seperti Hipotesis & Definisi Secara Operasi untuk Cara Menjawab Sains
+ Dibawakan secara Online, jadi anda boleh join dari mana sahaja bersama keluarga
Siapa Teacher ZY yang akan berkongsi dengan anda?
Teacher Zulaikha Yusof merupakan Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Bioteknologi Industri) di Universiti Sains Malaysia
Beliau pernah menjalankan latihan industrinya di Industrial Biotechnology Research Centre, SIRIM Berhad dan pernah bekerja di Petrosains, KLCC sebagai ‘Science Communicator Apprentice’
Berpengalaman dalam menjalankan program online & offline Seminar BEST & Bengkel Funtastic Sains SPM di sekolah seperti KISAS, SMK Jenjarom, SMK Saujana Utama, Asrama Bait Al-Hasanah di bawah Lembaga Zakat Selangor serta anak-anak staf Jabatan Peguam Negara
Salah seorang fasilitator dalam memberi training kepada guru sekolah dalam program Funtastic KBAT STEM di PPD Baling, program Bengkel STEM bersama Guru STEM Selangor di bawah Science Bridge Academy dan program Study Gaya Milenial dan Online Learning Mastery bersama pelajar MSU College
Merangkul anugerah “Gold Award” & “The Best Award” bersama pelajar Bait Al-Hasanah bimbingannya dalam Asian Youth Innovation Award yang dianjurkan oleh Malaysia Technology Expo 2020 di PWTC
Dianugerahkan Anugerah Inspirasi Tutor di Simposium Tutor Profesional Malaysia 2020 dan Committed Funtastic Team pada tahun 2021
Alhamdulillah kini, beliau adalah Speaker Funtastic Online Tuition Sains KSSM untuk pelajar Tingkatan 1 -5 yang sedang menghasilkan beberapa modul seperti Fun & EaZY Science untuk pelajarnya
Info DFS Printable Game: Bagaimana Badan Kita Berfungsi?
Tarikh : 31 Januari 2022
Masa : 8:30 – 9:30 malam
Platform : zoom.us
Semua link & bahan pembelajaran akan diberi secara PERCUMA setelah anda mendaftar
Berminat untuk join?
Ikuti langkah ini:
1- Untuk Akses link zoom, lengkapkan & hantar info anda melalui borang di bawah.
2- Anda akan terima emel untuk pengesahan langganan. Sila sahkan langganan di emel tersebut.
3- Seterusnya, anda akan terima satu lagi emel mengandungi link akses zoom.
4- Untuk dapatkan bonus lain yang telah disediakan oleh speaker seperti nota, anda boleh Log in terlebih dahulu di digylearn.com, kemudian buka url https://digylearn.com/courses/dfs-printable-game-bagaimana-badan-kita-berfungsi/ dan klik “Start E-Learning”.
*Untuk bantuan/pertanyaan pendaftaran, klik button di bawah.