Pembangunan Ilmu & Kemahiran saya sebagai Pendigital Usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS)
- Usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS):
- Usahawan yang ingin mempertingkatkan perniagaan mereka melalui digitalisasi.
- Pemilik IKS yang ingin mempelajari cara-cara untuk membawa perniagaan mereka ke platform digital.
- Individu yang Berminat dalam Keusahawanan Digital:
- Mereka yang ingin menceburi bidang keusahawanan digital dengan fokus pada perniagaan kecil dan sederhana.
- Profesional yang ingin menambah nilai kepada kemahiran mereka dalam bidang digitalisasi dan keusahawanan.
- Pekerja atau Pengurus dalam Sektor IKS:
- Pengurus atau pekerja yang bertanggungjawab untuk inovasi digital dalam syarikat kecil dan sederhana.
- Staf IKS yang ingin mengembangkan kemahiran digital untuk meningkatkan daya saing perniagaan mereka.
Salam perkenalan
Mohd Noor Mohd Tahir atau lebih dikenali sebagai CoachMohdNoor.com
Beliau berkelulusan Bachelor in Biomedicine (Hons) dari Management Science University (MSU). Memperolehi Anugerah Dekan bagi 5 Semester dari keseluruhan 6 semester. Pernah mendapat tawaran menyambung pengajian dalam bidang perubatan, namun buka rezeki beliau di situ.
Telah memulakan CMN Academy dan Komuniti Tutor Profesional Malaysia yang menawarkan pembelajaran ‘Online Learning’ dan ‘Home-based Learning’ di seluruh Malaysia bermula 2019. Telah membantu ribuan Tutor dan pendidik mengajar pelajar secara personal dan kumpulan di mana kami dapat melihat Top 10% pendidik yang ‘outstanding’ adalah yang mempunyai Method serta Modul tersendiri untuk membantu pelajar serta mudah mendapat kepercayaan klien.
Pada 2021 beliau telah mengasaskan sebuah start up Digylearn.com iaitu sebuah Marketplace Digital Learning terutama yang berkaitan dengan Modul serta Produk Digital memandangkan potensi serta keperluan dalam bidang ini.
Beliau dan Team CMN juga menjalankan training dan coaching untuk Tutor dan Usahawan Pendidikan bagi mengembangkan kerjaya dan bisnes dalam bidang ‘Edupreneurship’.
Selain itu, memulakan Modul ‘Beyond Expectation Educator’ bermula 2013 dan Bengkel Bina Modul ‘Legend Blueprint Mentorship (LBM) pada 2020.
Beliau merupakan ahli Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) yang diterajui oleh Dr Fadzilah Kamsah bagi meningkatkan ilmu dan kemahiran jurulatih dalam bidang ini.
Penglibatan dalam Kelab Pidato Perdana dan diiktiraf sebagai Pemidato Mahir juga membantu saya dari segi penyampaian yang berkesan kepada audien selain merupakan Ahli SPEAKUp Public Speaking di Birmingham, United Kingdom.
Pernah menghadiri National Tutor Conference (NTC) di London serta merupakan Ahli Profesional kepada ‘The Association of Professional Coaches, Trainers & Consultants’ (APCTC).
Selain itu, beliau merupakah seorang Coach & Professional Learning Facilitator (PLF) Mastery, Malaysia & SOIF Coach yang turut mempunyai visi dan misi membantu para trainer, fasilitator dalam menajamkan kemahiran masing-masing dalam bidang ini.
Coach Mohd Noor juga seorang NLP Practitioner & telah mendapat Coaching Certification dari The International Society of Neuro-Semantics (ISNS)
Saya telah menghasilkan pelbagai jenis modul termasuk beberapa buku fizikal & yang terbaru Modul hybrid – Formula Cipta Modul Masterpiece Dari Zero.
Bersama team CMN telah beberapa kali dapat menyertai pesta buku & pertandingan inovasi untuk memperkenalkan modul-modul kami.
Ini ketika kami mendapat jemputan & liputan dari pelbagai media.
Pengalaman
+ Telah membantu lebih 15,000 pelajar dan lebih 7,000 Tutor dan Pendidik melalui platform CMN Academy & Tutor Profesional Malaysia
+ Berpengalaman sebagai sekolah rendah dan menengah sebelum menjadi Pensyarah di sebuah IPT.
+ Mengendalikan program motivasi, teknik belajar, ceramah kerjaya di sekolah-sekolah.
+ Berkongsi dalam Bengkel Funtastic STEM dan sekolah-sekolah dan Bersama guru-guru Sains & Matematik Bersama PPD Rompin, PPD Kuala Selangor, PPD Kuala Pilah, PPD Baling serta JPN Selangor.
Bengkel Funtastic STEM PPD Kuala Selangor
+ Jurulatih Bengkel Funtastic STEM Guru Sains, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor
+ Penyumbang idea dan pendapat dalam Jawatan kuasa Kajian Dasar Pendidikan (Bahagian STEM Sekolah) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melaksanakan Pembelajaran STEM di sekolah-sekolah.
+ Berkongsi di Fakulti Pengajian UPM tentang Pembelajaran Digital serta ‘Funtastic Teaching’ Bersama Pensyarah-pensyarah MSU dan bekerjasama dengan University of Cyberjaya untuk memberikan Seminar BEST SPM kepada pelajar-pelajar SPM di lebih 40 buah sekolah di seluruh Malaysia.
+ Membantu lebih 150 para pendidik dan usahawan untuk membina dan menyebarkan Modul dan Produk Digital sendiri melalui Platform Digital www.digylearn.com
+ Presenter International Conference of ProSET Education di Unisel 2018 dan menghasilkan journal mengenai STEM
+ Bersama Team CMN telah dijemput berkongsi bersama Pensyarah Kolej Komuniti Ledang dalam ‘Inovasi & Gamifikasi PdPc’ & ‘Penulisan & Penerbitan Modul’ bersama Pensyarah MARA Japan Industrial Institute (MJII).
+ Dijemput dalam bengkel bersama Pegawai ‘Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan’ (BSTP) untuk menghasilkan Modul/Buku Teks untuk Pelajar OKU Penglihatan
+ Dijemput berkongsi topik ‘Modul Digital Interaktif’ bersama Institut Pendidikan Guru Malaysia’ (IPGM)
Sijil
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor
Award
+ 5 kali Anugerah ‘Dean’s List Award’ semasa belajar di MSU dan dianugerahkan sebagai ‘Pensyarah Berkaliber’ di sebuah IPT dan Anugerah Pengajaran ‘Best Subjects’ (4 semester berturut-turut).
+ Memimpin team CMN Funtastic merangkul Silver Award dalam Teachers’ Innovation Carnival (T-NOVATE) di UIA dan di EDUINNOVATION UKM 2018 dan Silver Medal dalam KNOVASI 2021 anjuran UKM.
+ Pencetus kepada Modul Funtastic dalam subjek Sains & Matematik serta STEM (Science Technology Engineering & Maths) yang dianugerahkan Silver Award dalam ‘Computational Thinking Games Design’ semasa The 1st National STEM Seminar di Universiti Malaya. Kini Modul Funtastic telah dikembangkan dalam pelbagai subjek dan level.
+ Semifinalists SUPERB Teraju 2021
+ Top 25 Startup ‘MyStartup’ anjuran MOSTI, Cradle & NEXEA
+ Gold Award & 1st Place ‘Innovation Showcase UPM 2023’
+ Semifinalist “Startup Worldcup’ (Malaysia Region)
Live sharing bersama Prof Dr Ruslan,USM berkaitan “Komersialkan Modul untuk Pensyarah
Gamification Modul
Testimoni
Kisah dan perkongsian kejayaan yang pernah dibantu boleh di baca di sini.
Info lanjut
Klik button whatsapp di bawah