Lebih Yakin Jadi Speaker Dengan Modul Sendiri?

Digylearn

Bagaimana tutor ni kembangkan kerjaya tutoring beliau, selepas….

Nak dengar kisah seorang tutor yang dapat kembangkan kerjaya tutoring beliau?

Moga dapat beri inspirasi & peniup semangat untuk anda juga dapat peningkatan dalam kerjaya.

Nak dengar? 😃

Teacher ZY pernah menjadi tutor pada 2018, telah menamatkan sementara kerjaya tutor beliau setahun kemudian kerana menjaga abahnya yang menghidap kanser.

8 bulan kemudian, beliau kembali ke arena pendidikan dengan ‘job’ pertamanya sebagai Speaker Sains untuk Program Creative Critical Thinking Skills selama 4 bulan di Asrama Bait Al-Hasanah, Lembaga Zakat Selangor.

Ini adalah hasil daripada semangat & usaha beliau yang hadir ke Simposium Tutor Profesional Malaysia 2019, seterusnya Ukhwah Day bersama Tutor Profesional Malaysia (TPM), serta beberapa program lain anjuran TPM, selepas keadaan abah beliau beransur baik, rezeki datang lagi.

Teacher ZY dijemput pula oleh Lembaga Zakat Selangor sebagai private tutor untuk membimbing lima orang pelajar mereka yang ingin memasuki pertandingan Asian Youth Innovation Award (AYIA2020) anjuran Malaysia Technology Expo (MTE) di PWTC, sehingga berjaya mendapat Gold Medal dan The Best Award daripada 40 penyertaan dalam dan luar negara walaupun baru first time join!

Teacher ZY juga terpilih untuk sertai team CMN Academy sebagai fasilitator untuk Bengkel KBAT STEM Funtastic Add Maths bersama guru-guru Pejabat Pendidikan Daerah Baling.

Beliau juga merupakan Speaker & Trainer bagi Program Cuti Sekolah Mac 2020, Seminar Beyond Expectation Student Tuition (BEST) Online, Bengkel Hebat SPM, Bengkel Funtastic Maths & Add Maths, Seminar BEST Sains SPM, Bengkel Guru STEM Selangor dan beberapa lagi.

Beliau juga pernah berkongsi bersama Pensyarah Kolej Komuniti Ledang dalam Inovasi dan Gamifikasi bersama Team Funtastic.

Alhamdulillah kini beliau menajalankan dua kelas bersama Funtastic Online Tuition iaitu Funtastic Sains PT3 dan Funtastic Sains SPM yang dijalankan 100% secara online. Beliau sentiasa ‘upgrade’ & ‘up-to-date’ dalam gaya pengajaran & pendekatan kepada pelajarnya.

Tak hairanlah kalau beliau amat disenangi & disayangi oleh pelajar2 beliau..Daripada belajar menggunakan buku dan video, kini beliau menggunakan fun-based learning, game-based learning, gamification, inquiry-based learning, critical thinking dan eksperimen dalam sesi P&P-nya, & ini melayakkan beliau untuk menerima Anugerah ‘Legend Award’ pada bulan September 2020 & 2021.

Ini video beliau sebagai content tambahan semasa berkongsi dengan Guru-guru Sains di bawah JPN Selangor.

Kini Teacher ZY masih lagi berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pelajar dengan membawa pelbagai elemen kreatif & inovatif dalam pengajaran, yang membawa kepada penghasilan modul beliau, EaZY Science dan dalam perancangan untuk berkongsi bersama pendidik di luar negara pula.

Berminat jadi Speaker? 🙂

Nak tahu Teknik Pyramid Speaker?


Tonton Tip Bagaimana Jadi Speaker.

Untuk ada Modul sendiri boleh klik di Bina Modul & Jadi Trainer Legend

Related Articles

Responses

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Boleh kami bantu? :)