Kelebihan Buat Modul Guna AI
AI merupakan singkatan kepada teknologi yang sedang berkembang pesat dan semakin popular di seluruh dunia iaitu Artificial Intelligence atau dalam bahasa Melayu, Kecerdasan Buatan. Teknologi AI dikatakan mampu untuk memudahkan sesuatu task sehingga ada pekerjaan yang sudah tidak memerlukan manusia lagi.
Dalam konteks pembinaan modul, kita juga sebenarnya boleh menggunakan AI dalam proses menyiapkan modul. Ada banyak kelebihan bila kita menggunakan AI dalam penghasilan modul.
Ini antara kelebihan buat modul menggunakan AI
#1 Menghasilkan penulisan atau content dengan lebih mudah
AI dapat membantu kita menyediakan penulisan atau content yang lebih berkualiti, tersusun dan dalam waktu yang lebih pendek.
Antara peranan AI dalam penulisan dan penghasilan content adalah:
- dapat bantu menjana idea yang kita boleh kembangkan
- semak penulisan supaya tiada atau kurang kesilapan tatabahasa atau ejaan
- jika anda ingin buat dalam dwi-bahasa atau alih bahasa, AI dapat bantu dalam menterjemah karya anda
- bantu menyusun isi kandungan penulisan
#2 Dapat merekacipta design dan gambar yang unik dan sesuai
Dengan bantuan AI, kita boleh menjana gambar yang unik dan baru dengan ciri-ciri yang kita berikan. Ini dapat menjaga kualiti dan hak cipta modul kita yang tidak menggunakan gambar dari atau hak cipta orang lain.
Suntingan foto seperti edit saiz dan kecerahan juga boleh diautomasikan dengan AI. Paling best, AI dapat bantu tingkatkan kualiti gambar yang akan kita guna.
#3 AI juga dapat membantu dalam penghasilan sesebuah video
Dalam penghasilan video untuk modul, AI dapat bantu menganalisis keseluruhan video. Ini dapat memudahkan kita dalam proses mengedit kandungan video.
Aspek pengeditan seperti pencahayaan, suntingan, dan pelbagai lagi dapat diautomasikan dengan bantuan AI. Malah, proses alih suara dan memasukkan sarikata boleh dilakukan dengan lebih cepat dan mudah.
Baca : 5 Tip Tukar Ilmu & Kemahiran Jadi Produk Digital
AI dapat bantu memudah dan mempercepat kerja menyiapkan modul, dengan pelbagai ‘tasts’ yang boleh diautomasi. Seterusnya kita dapat fokus kepada perkara yang lebih ‘manusiawi’ seperti penulisan dan pengolahan idea serta isi modul kita untuk lebih dekat dengan target audience dan berkualiti.
Baca : How AI Can Actually Help Designers, Not Harm Them
Anda ingin bina modul sendiri?
Nak tahu bagaimana buat modul digital dengan AI?
Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan rakaman Seminar Modul Digital Powered by AI
Klik DI SINI untuk info lanjut.
Responses