Views: 4,120

Istimewa November & Disember ini...

CMN Digylearn mempersembahkan...

Digylearn

@

Digylearn

Menampilkan Barisan 16 Speaker

yang akan berkongsi kepakaran mereka untuk bantu anda tambah baik prestasi, kerjaya & bisnes anda dalam bidang pendidikan & latihan,

serta menambah ilmu & kemahiran supaya dapat lebih menyerlah pada 2022!

Perkongsian dibawakan selama 7 hari berturut-turut

Bermula 27 November 2021 sehingga 3 Disember 2021

Bakal membawa kelainan bagi #STPM kali ini

Yang paling BEST, sesi ini terbuka kepada semua!

Semua boleh join & tambah ilmu anda, tak kira anda seorang

Berapa pelaburan anda untuk setiap sesi ni?

Hanya RM 0 untuk semuanya!!

APA??? Biar betul.... tak kan FREE je??

Ya... untuk setiap sesi yang bernilai RM67 ni,

anda boleh daftar & join dengan PERCUMA !!!

*Total Nilai RM938 (14 Sesi)*

Digylearn
Profil Tuan Zuhairi

Merupakan Pengasas Attractive Learning & Founder Law of Universal Attraction LUA.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan ‘Ateh’, berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang Neuro Linguistik Programming NLP.

 

Beliau merupakan penulis profesional semenjak tahun 2012 lagi. Ebook pertama beliau bertajuk “Indahnya Limpahan Rezeki”. Manakala buku pertama tulisan beliau ialah Buku “Law of Universal Attraction: Magnet Kebahagiaan”.

Buku ini ditulis bersama dengan Tuan Amin Idris, pengacara TV Al-Hijrah dan diterbitkan oleh PTS Profesional. Ia diulang cetak lebih daripada 5 kali.

Manakala buku fizikal beliau yang lain ialah “Jurnal Inspirasi Syukur” dan buku Bestseller “Percaya Sebelum Berjaya”.

 

Ada juga ebook yang ditulis bersama dengan penulis lain. Ebook tersebut berjudul “3 Teknik Pantas Jadi Magnet Kejayaan & Kebahagiaan”, yang ditulis bersama dengan Tuan Mohd Noor Tahir, Founder CMN Academy.

Sepanjang karier beliau sebagai trainer sehingga kini, saya telah berjaya menghasilkan 5 buah buku & e-Book bagi meluaskan lagi ilmu yang ada.

 

Sehingga kini, beliau telah mengendalikan lebih 9000 sesi latihan & motivasi & pernah dijemput untuk berkongsi di Radio Ikim.fm, Radio Malaysia Negeri Sembilan dan Johor.

Beliau juga pernah dijemput sebagai salah seorang panel jemputan Slot Magnet Diri di TV Al-Hijrah.

 

Dalam masa yang sama, beliau juga seorang Master Trainer yang mempunyai pengalaman mengajar lebih 20 tahun di dalam dan di luar negara seperti di Amerika Syarikat, Mesir, Indonesia dan Brunei.

Beliau amat berpengalaman luas dalam mengendalikan latihan & motivasi yang melibatkan pelbagai institusi antaranya masjid, sekolah, jabatan kerajaan, syarikat korporat, penjara, pusat pemulihan dadah & universiti dalam & luar negara.

Digylearn
Profil Tutor Raj

RAJINDER SINGH atau lebih dikenali sebagai *Tutor Raj* merupakan seorang bekas Jurutera Kimia yang berdaftar dengan *Board of Engineer Malaysia (BEM)*. Beliau juga merupakan ahli *National Council of Teachers of Mathematics USA (NCTM)*.

Berpengalaman di dalam bidang Proses Kejuruteraan, ianya memberikan kelebihan kepada beliau apabila mengendalikan seminar atau kelas yang menekankan aktiviti _*hands-on*_ yang menarik serta memukau pesertanya.

Beliau lebih menekankan *Kemahiran Proses (Process Skills)* dalam mengendalikan pembelajaran yang berasaskan ;
• Inkuiri
• Projek
• Penyelesaian Masalah

Pendekatan pedogogi yang menarik didalam kelasnya, telah menarik minat Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menjemput beliau sebagai ‘Pakar Pembangunan Model’ di dalam Bengkel Pembangunan Model Guru Futuristik Malaysia (GFM).

Seminar beliau, *_Process Skills in Problem Solving_* sentiasa mendapat maklumbalas yang mengujakan daripada peserta dengan memberikan anjakan paradigma terhadap keindahan sesuatu masalah yang diutarakan. Malahan maklumbalas yang sama juga diterima daripada guru-guru yang menghadiri sesi Seminar Penyelesaian Masalah di PPD Manjung baru baru ini.

Selain daripada bergiat cergas didalam bidang pendidikan, beliau juga aktif bersama *RS Universal Training* dalam mengendalikan Team Building, Adventure Camp serta Leadership Camp untuk golongan pelajar bagi pihak Persatuan Belia Sikh Malaysia (SNSM).

Digylearn
Profil Tuan Rusdi

Rusdi Rosli merupakan anak kelahiran Tawau Sabah. Beliau adalah Pengasas Seminar Memori Power Malaysia yang merupakan seminar yang melatih pelajar menguasai teknik mengingat pantas. Beliau bergiat aktif secara sepenuh masa sebagai Coach Motivator Trainer dan speaker dalam mengendalikan program motivasi dan kemahiran belajar di seluruh Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia sejak 2011.

Beliau juga telah Berjaya melebarkan sayap ke negara jiran iaitu Jakarta, Indonesia melalui program Memori Power.

Beliau sewaktu sekolah menengah pernah dinobatkan sebagai pelajar terbaik (2006) dan tersenarai sebagai pelajar terbaik STPM Sabah (2008). Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Keusahawanan di Universiti Malaysia Sabah.

Selain aktif berceramah, Rusdi Rusdi juga aktif dalam penulisan buku. Beliau telah menerbitkan empat buah buku iaitu Manual Memori Power (2016), Memori Power (2017), The Magic Of Super Student (2018) dan Design Your Memori Power (2019)

Rusdi Rusli merupakan seorang NLPer iaitu mendapat Pentauliahan Antarabangsa Neuro Linguistik Programming (NLP-NFNLP USA). Begitu beliau juga seorang CTer iaitu mendapat Pentauliahan Antarabangsa Critical Thinking New Zealand (GAANS) & seorang Professional Learning Fasilitator PLF. Antara program beliau adalah Seminar Hero, Seminar Baca Kilat, Seminar Memory Power & Advance Memory Final Chapter.

Terkini,beliau merupakan seorang Youtuber dengan 320k Subscribers dan aktif berkongsi serta mendapat jemputan.

Digylearn
Profil Cikgu Akin

Cikgu Akin merupakan graduan Bachelor of Accountancy, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam yang pernah diamanahkan dalam tugas penyediaan laporan kewangan selama 2 tahun di Syarikat awam dalam industri ‘oil and gas’, kurang setahun di Pejabat Bendahari UiTM Sungai Buloh dan 2 tahun di syarikat pembinaan swasta.

Disebabkan minat yang mendalam dalam bidang pendidikan serta pengalaman kerjaya dalam perakaunan, beliau terus terjun dalam bidang tutoring.

Kini beliau yang merupakan tutor sepenuh masa, bertindak sebagai Speaker Online Seminar Beyond Expectation Student Tutoring BEST untuk subjek Prinsip Akaun & Speaker Funtastic Prinsip Akaun SPM bagi Funtastic Online Tuition.

Antara program yang beliau terlibat sebagai speaker :

  • Seminar Study Gaya Milenial. MSU College.
  • Seminar Beyond Expectation Tutoring Student (BEST) Online. CMN Academy.

> Seminar Beyond Expectation Tutoring Student (BEST) 2020 (Mei 2020)
> Seminar BEST : Marathon Edition (Julai 2020)
> Seminar BEST : Foundation Edition (Januari 2021)
> Seminar Finale Prinsip Akaun SPM 2020 (6 & 7 Mac 2021)

  • Seminar Finale Virtual Prinsip Akaun SPM. CMN Academy Petaling Jaya.

 

Beliau telah dianugerahkan Youtube Content Sharing Award oleh CMN Academy atas usaha & pencapaian beliau yang bergiat aktif di platform Youtube.

 

Terkini beliau sudah memiliki 2 Modul Prinsip Akaun.

 

Modul pertama, Santainya Belajar Prinsip Akaun Dengan Aktiviti (SBPADA) disediakan sebagai buah tangan (dilancarkan pada Julai 2021) julung-julung kalinya dihadiahkan untuk anak-anak didik yang kebanyakannya bermula dari ‘zero’. Dan modul ini dihasilkan khusus untuk pelajar SPM yang lemah dalam memahami asas persamaan akaun dan menggunakan pendekatan infografik, video penerangan dan aktiviti bermisi yang penting.

 

Modul kedua, 60 Minit Cabaran Pro Akaun Visual (60MCPAV) dilancarkan pada September 2021 yang dihasilkan khusus untuk pelajar SPM yang lemah dalam memahami Penyata Kewangan. Sesuai dimiliki oleh pelajar yang sering menghafal akaun namun, tidak memahami apakah item-item yang wujud dalam Penyata Kewangan dan masih keliru untuk membezakan item yang berada di Akaun Perdagangan dan Untung Rugi dan Penyata Kedudukan Kewangan.

 

Manakala, buah tangan terkini beliau, 7 Checklist EZI Formula Akaun telah dihasilkan KHAS untuk bantu pelajar untuk recap session bagi formula topik Tingkatan 4. Disedia khusus untuk pelajar SPM yang lemah dalam memahami beberapa Teknik mudah dalam subjek Prinsip Akaun. Sesuai dimiliki oleh pelajar yang sering menghafal akaun namun, tidak memahami apakah item-item yang wujud dalam Penyata Kewangan dan masih keliru untuk membezakan setiap item.

Digylearn
Profil Chegu Beeha

Chegu Beeha merupakan seorang tutor Matematik dan pengurus CMN Academy Melaka serta telah membina modul e-learning ‘Funtastic Matematik Tahun 4, 5, 6’.

Beliau juga merupakan speaker subjek Matematik tahun 4, 5 & 6 bagi Funtastic Online Tuition.

 

Mempunyai pengalaman & minat mendalam terhadap penghasilan modul ‘fun-learning’ Matematik untuk pelajar, ibubapa & pendidik.

Selain itu, beliau juga telah menjadi speaker untuk beberapa siri Seminar BEST UPSR & Seminar BEST Tahun 4, 5 & 6.

 

Telah dianugerahkan Anugerah Rising Star Tutor Profesional Malaysia pada Simposium Tutor Profesional Malaysia 2019 yang bertempat di UPM Serdang.

 

Beliau juga pernah bersama dengan team CMN sebagai salah seorang fasilitator memberi training kepada guru sekolah dalam program Funtastic KBAT STEM di PPD Kuala Selangor & PPD Baling.

Terkini, beliau dalam pembinaan modul Matematik kedua.

Digylearn
Profil Cikgu Maslinda

Merupakan tutor matematik di bawah naungan Cmn Academy lebih 3 tahun. Berpengalaman mengajar subjek matematik sekolah rendah dan menengah. Memiliki ijazah sarjana dari universiti kebangsaan malaysia dalam bidang pentadbiran perniagaan dan juga memiliki Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Sains Malaysia dalam bidang kejuruteraan bahan dan merupakan bekas jurutera namun telah mengambil keputusan untuk mengundur diri demi fokus kepada keluarga.

Telah mendapat beberapa anugerah tutor sepanjang berkhidmat di bawah Cmn Academy antaranya ialah Best Feedback Tutor, Anugerah Inspire Tutor, Extra Miles Tutor dan beberapa anugerah lagi yang telah dicapai. Selain itu, menerajui projek sekolah kolaborasi antara Cmn Academy dengan University Of Cyberjaya dan telah membantu lebih 40 buah sekolah dan 3000 orang pelajar.

Telah menghasilkan ebook modul berjudul Terokai Dunia Algebra menfokuskan kepada beberapa topik melibatkan Algebra dalam silibus tingkatan 1 hingga 5. Keunikan modul ini ialah pelajar didedahkan dengan teknik mudah untuk memahami algebra dan juga terdapat aktiviti menarik yang boleh dilakukan di rumah.

Selain itu, modul kedua berjudul Superb Maths iaitu modul ini adalah penambahbaik daripada modul pertama iaitu lebih kepada topik khusus algebra pemfaktoran dan pengembangan namun apa yang menarik berkenaan modul ini iaitu modul ini lebih kepada fun learning iaitu telah disediakan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar dan beberapa kaedah mudah yang berkesan. Selain itu, terdapat aplikasi geogebra yang boleh digunakan oleh pelajar dan gamifikasi berkaitan dengan topik tersebut.

Digylearn
Profil Cgu Jinggo

Cgu Jinggo menjadi teraju utama kepada perlaksanaan Eco Kid Adventure.

Beliau mendapat pengalaman dan latihan di Universiti Pertanian Malaysia dalam bidang Perhutanan (B.Sc. Perhutanan). Mendapat pengalaman kerja melalui latihan praktikal di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) selaku Pembantu Pegawai Penyelidik dalam bidang Pendidikan Alam Sekitar. Seterusnya melanjutkan pelajaran melalui latihan kerja di Landsdale Farm School, Perth, Australia dalam bidang Pendidikan Alam Sekitar. Komitmen seterusnya, pada tahun 1995 , adalah menjadi Pegawai Pendidikan untuk MNS ( Malaysian Nature Society ) dengan kerjasama Shell dan FRIM di Pusat Pendidikan Alam Sekitar.

Beliau menjalankan program latihan berasaskan Pendidikan Alam Sekitar dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar untuk Modul Pendidikan Alam Sekitar Merentasi Kokorikulum.

Mula menubuhkan Eco Kid Adventure untuk menyediakan ruang kefahaman yang lebih praktikal kepada lapisan generasi melalui kerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar pada tahun 1997. Selain itu Eco Kid Adventure juga mendapat kerjasama dan sokongan mengendalikan program latihan berbentuk Train for Trainers (TOT) kepada guru-guru dan pelajar seluruh Malaysia dari Jabatan Pelajaran.

Beliau mendapat tawaran sebagai Jurulatih Program Latihan Khidmat Negara pada tahun 2004 , dan mula berkhidmat selaku Jurulatih dan Ketua Jurulatih untuk Modul Pembinaan Karektor, Kenegaraan dan Khidmat Komuniti. Bertugas di beberapa kem sepanjang tahun 2004 – 2007.

Sehingga sekarang, beliau mengendalikan program latihan dan jemputan ceramah berbentuk motivasi pelajar, motivasi pembinaan pasukan serta motivasi kemahiran komunikasi softskill secara sepenuh masa.

Melalui tahun 2012, beliau mula memberi fokus kepada program yang berasaskan kepada aktiviti, latihan dan permainan yang berkonsepkan kepada Effective Learning Activities (E. L. A) 

PENGKHUSUSAN BIDANG MELALUI PENDEKATAN E.L.A.

  1. Sains, Ekologi & Alam Sekitar
  2. Motivasi Pelajar
  3. Komunikasi ( Soft Skill )
  4. Kepimpinan
  5. Permainan / Games Kreativiti, Motivasi, Kepimpinan
  6. Jati Diri / Sahsiah Diri
  7. Pembinaan Karektor
  8. TOT Program Effective Learning Activities (E. L. A ) .
Digylearn
Profil Dr Husniza

Dr Husniza merupakan seorang saintis dan pengasas ‘Kaedah Sifir Jari BurujKids’ serta penulis buku ‘Hafalan Sifir Mudah Simple Times Table Memorization’.

Beliau juga merupakan founder kepada BurujKids.

 

Mempunyai pengalaman dalam penulisan buku dan modul dalam subjek Sains & Matematik untuk kanak-kanak, serta sebagai speaker Bengkel Sifir Jari.

Selain itu, beliau juga dilantik sebagai speaker Funtastic Sifir.

 

Telah dianugerahkan Pingat Emas di Pameran Rekacipta, Penyelidikan dan Inovasi Malaysia pada Julai 2012 yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia.

Mendapat 2 Pingat Perak di International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2017 untuk 2 hasil inovasi.

 

Dianugerahkan Pingat Gangsa pada Malaysia Technology Expo (MTE) 2018 untuk inovasi kit bersama dengan tim beliau. Kit tersebut telah dipatenkan pada 2018.

Bengkel Funtastic Sifir yang dianjurkan oleh BurujKids & CMN Academy bukan saja dihadiri oleh pelajar atau kanak-kanak, malah guru & pendidik juga ada yang telah turut serta.

 

Beliau juga pernah dijemput oleh beberapa pihak untuk berkongsi berkenaan modul beliau.

Terkini, modul beliau dilamar pihak Perpustakaan Negara sebanyak 500 naskhah.

 

Digylearn
Profil Dr Ihsan

Dr Ihsan Ismail merupakan Timbalan Ketua Sekretariat (Teknikal) Sekretariat Dasar Pendidikan Digital, KPM. Beliau Yang Bergelar Phd – Data Envelopment Analysis (Dea) dari University Of Warwick, UK ini pernah berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah Kanan Pusat Stem Negara Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM.

Sebelumnya, beliau pernah menyandang jawatan Ketua Unit Penilaian Program (Merangkap Pengurus Program Inisiatif Pengukuhan Pendidikan Stem), Sektor Penyelidikan Dan Penilaian, BPPDP, KPM (2016-2018), Pengurus Kebangsaan Projek Pisa, Unit Penyelidikan Antarabangsa, Sektor Penyelidikan Dan Penilaian, BPPDP, KPM (2011-2015), Penolong Pengarah Unit Analisis Dan Indikator, Sektor Data, BPPDP, KPM (2003-2006) & Penolong Pengarah, Unit Perancangan Asas, Sektor Perancangan Makro, BPPDP, KPM (2001-2002).

Beliau juga pernah bertugas sebagai Guru Matematik, SMK Merotai Besar, TAWAU SABAH selama 5 tahun (1995-1999). Kini beliau juga melatih pendidik dalam Inquiry-based Learning & telah berkolaborasi bersama CMN Digylearn dalam program Inquiry-based Learning in Mathematics Education IBME & Inquiry-based Learning in Science Education IBSE.

Digylearn
Profil Cikgu Zaiju

Beliau merupakan Speaker Funtastic Sains Tahun 4-6.

Berpengalaman mengajar sejak 2016.

Beliau bergiat secara aktif dalam aktiviti berkaitan STEM dan Inovasi di mana pernah terlibat sebagai fasilitator dalam program Funtastic STEM bersama CMN Academy di beberapa sekolah dan PPD antaranya SK Putrajaya Presint 8/2, Sekolah Mahad Integrasi Tahfiz Selangor, PPD Kuala Selangor dan PPD Kuala Pilah.

Kini beliau dalam proses menyiapkan modul baru untuk manfaat pelajar, ibubapa & pendidik.

Digylearn
Profil Ustazah Akmal

Ustazah Akmal merupakan Co-Founder JWES Academy serta telah membina modul Tajwid Info Grafik Jadda Wajada.

Beliau juga merupakan speaker subjek Tajwid Info Grafik bagi Funtastic Online Tuition.

 

Mempunyai pengalaman & minat mendalam terhadap penghasilan modul ‘fun-learning’ Tajwid & pendidikan agama untuk pelajar, ibubapa & pendidik.

 

Selain itu, beliau juga telah menjadi speaker untuk beberapa siri program Quranic Vengers Online QVO.

Beliau juga pernah dijemput oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UIAM untuk berikan perkongsian tentang Teknik Pengajaran Al-Quran kepada kanak-kanak.

Selain itu, beliau turut dijemput oleh Amazing Seed untuk berkongsi berkenaan Teknik Mudah Belajar Jawi & membuahkan kerjasama dengan tadika Amazing Seed dengan pembukaan kelas Al-Quran kanak-kanak.

 

Beliau juga pernah menjadi jemputan untuk berkongsi berkenaan modul Tajwid di BERNAMA Radio.

 

Beliau juga pernah berkongsi bersama pendidik al-Quran dalam Funtastic Workshop Tajwid Infografik.

Telah dianugerahkan Anugerah Kreatif Tutor Profesional Malaysia pada Simposium Tutor Profesional Malaysia 2019 yang bertempat di UPM Serdang.

 

Antara modul yang telah beliau hasilkan : Tajwid Infografik Jadda Wajada, Workbook Tajwid, E-Learning Tajwid Infografik, Flash Card Hijaiah, Drive to Quran & Supercilik.

Terkini, beliau dalam pembinaan & proses mengembangkan modul Funtastic Tajwid Info Grafik.

Digylearn
Profil Ustazah Nurkhadijah

Memperoleh Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Sains Kemanusiaan dan Ilmu Wahyu daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak pada tahun 2005.

Memilih kerjaya surirumah sepenuh masa selepas berumahtangga pada tahun 2008 dan mula mengajar mengaji di rumah sejak tahun 2013 secara percuma. Berhadapan dengan anak murid mengaji yang ramai serta isu anak murid yang kebanyakannya tidak mengenali huruf tunggal, penulis mengambil inisiatif mencipta dan menerbitkan sendiri bahan bantu mengajar mengaji iaitu Kad Imbas Khadijah (2013) dan poster hijaiyyah suka mengaji (2014) yang menggunapakai konsep story telling – kenal huruf bukan hafal huruf.

Kini, penulis merupakan Guru al-Quran Johor Bahru dengan memperoleh tauliah mengajar daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan aktif mengajar kelas mengaji secara online untuk dewasa dan kanak-kanak selain tugasan utama menguruskan 5 orang cahayamata di rumah.

Buku pertama penulis diterbitkan pada tahun 2017 ialah Bukan Sekadar Homeschooling, diikuti buku Saya Suka Mengaji (2018), Kad Imbas Khadijah (KIK) dan Poster Hijaiyyah Suka Mengaji (edisi penjenamaan semula 2018), Buku Rekod Mengaji (2019), seterusnya buku projek antologi Titisan Berharga Buat Si Manja dan Kisah Mengaji Dulu-Dulu (2020) serta yang terkini, buku projek anekdot Pencinta al-Quran (2021) selain menerbitkan sendiri penanda kayu al-Quran & jawi di atas permintaan setiap bulan demi memartabatkan seni ukiran kayu melalui khat.

Digylearn
Profil Ustaz Arif

Beliau merupakan pengasas & perunding latihan utama kepada Infitah Training & Consultancy serta Co-founder ‘Home Tuition & Quranic Home Based’ iaitu pengurusan pembelajaran berfokus dengan tutor datang mengajar ke rumah pelajar.

Selain itu, beliau adalah pengajar ‘Tahsin al-Qiraah’ untuk staf Amanah Ikhtiar Seremban & beberapa jabatan lain.

Pengiktirafan & pengalaman sebagai Professional Learning Facilitator (PLF) (Mastery) telah diiktiraf oleh Professional Learning Facilitators (International) Sdn. Bhd. Beliau juga merupakan SOIF Coach yang dipersijilkan oleh Take Charge Sdn. Bhd. dan ahli kepada Pertubuhan Perunding Latihan Muslim Malaysia (TAMRIN).

Antara modul utama beliau ialah ‘Oh Mudahnya Tajwid!’ (OMT) yang membincangkan ‘kaedah membaca al-Quran tanpa perlu mengingat hukum tajwid yang banyak’. Ia telah dikongsikan dengan pelbagai pihak antaranya iaitu Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), UniKL MICET Melaka, Unversiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kolej PTPL, Hospital Banting, Kompleks MARA Kota Bharu, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) & MARDI Hilir Perak, Koperasi Muamalat Malaysia (Perak) Berhad, UWAiS Training & Consultancy, sekolah-sekolah serta banyak lagi.

Selain itu, beliau turut menyampaikan Modul ‘Smart Solat Leads to Success’. Ia membicarakan berkenaan solat, fokus utamanya dengan menjadikan ‘mind set’ (fikiran) kita bahawa ‘solat itu mudah’.

Ustaz Arif Asa’ad bin Johari juga adalah pengasas kepada program Motivasi al-Quran (MAQ) yang merupakan program terbuka kepada masyarakat umum sejak tahun 2009. Alumni peserta MAQ menjangkau 2,000 orang. MAQ adalah program berkaitan pemahaman & aplikasi yang boleh diterapkan dalam kehidupan hasil intipati surah-surah pilihan al-Quran.

Digylearn
Profil Ustaz Nasrullah

Ustaz Kartun atau nama penuhnya Mohd Nasrullah Che Halim, merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Usuluddin, Universiti Al-Azhar, Mesir (2011) dan Diploma Pendidikan Islam, Institut Perguruan kampus Perlis (2014). Beliau berpengalaman mengajar di Sekolah Kebangsaan Lunas Jaya, Maktab Mahmud Alor Setar & Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia (UUM)

Sekarang, beliau merupakan Jurulatih di ULUM Training Consultant, ilustrator dan kartunis. Berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang melukis komik.  Beliau menjalankan program yang memberi fokus kepada konten-konten pendidikan. Cara penyampaian pengajaran & pembelajaran yang tersendiri menggunakan kaedah komik dan infografik secara visual.

Menginovasikan salah satu program Lukis Hafal pada 2017, teknik belajar Al-Quran menggunakan kartun & komik kepada  anak-anak di peringkat sekolah. Beliau sering dijemput untuk mengadakan bengkel dan seminar di seluruh Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak. Beliau juga pernah mendapat jemputan di Singapura.

Dengan kepakaran beliau, satu jenama penerbitan program rancangan Ustaz Kartun & Robojim di siarkan di TV Alhijrah. Rancangan yang dihoskan oleh beliau sendiri, berkonsepkan animasi dengan visual, bertemakan Pendidikan Al-Quran, Tajwid dan Jawi.

Pencapaian & anugerah yang pernah beliau terima antaranya:

  • Pemenang Emas, Karnival Kreativiti Inovasi, Peringkat Kebangsaan di Institut Perguruan Kampus BESUT, Terengganu (2019)

 

  • Pemenang Perak, Pendidikan Inovasi Pendidikan, Peringkat Antarabangsa di Universiti Utara Malaysia (2019)

 

  • Pemenang Emas, Inovasi Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, Peringkat Kebangsaan di Universiti Sains Islam Malaysia (2018)

 

  • Pemenang Emas, Anugerah Inovasi ITEX15 (International Invention & Innovation Exhibition) di Kuala Lumpur Convention Centre (2015)

 

 

Digylearn
Profil Tuan Mohd Fhais

Tuan Mohd Fhais Salim merupakan Graduan Anugerah Dekan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Beliau aktif dalam berkongsi ilmu sejak 2018 melalui beberapa sesi ‘Talk’ antaranya,

  • TALK at UITM Melaka 26 oktober 2018 Berkongsi pengetahuan dalam dunia media sosial bersama para pelajar uitm di dalam kempen membaca buku.
  • TALK at Akademi Youtober (Webinar) 22 Januari 2021 Berkongsi ilmu di dalam program motivasi W.O.W (word of wisdom) peringkat kebangsaan tahun 2021. Tajuk pada Ketika itu ialah Apa Nak Buat Bila Anak Tak Pandai?
  • TALK at Pustaka Negeri Sarawak (Webinar) 10 April 2021 Berkongsi ilmu di dalam program reeding seed Bersama anak anak dan ibu ayah dalam tajuk positive parenting – pengenalan kepada anggota badan.

Kini beliau amat terkenal dalam kalangan pengikutnya terutamanya golongan ibu bapa, sehinggakan di Facebook,sudah lebih 100,000 kali postingnya dikongsi. Banyak artikel dan karya penulisan beliau yang telah dikongsikan oleh media terkenal seperti Siakapkeli, Pa&Ma, Mingguan Wanita, Oh Bulan & Majalah Keluarga.

Penulis ebook Rahsia Urus Emosi Terpendam dan ebook Parenting Journey yang dah terjual lebih 2000 unit ini, merupakan Pengasas Group Positif Parent Circle yang paling aktif & mempunyai 45,878 ahli, serta 56,618 pengikut di Facebook.

Ringkasan Jadual

Digylearn
Penganjur Utama
Digylearn
Digylearn
Digylearn
Anjuran Bersama
Digylearn
Digylearn
Digylearn
Digylearn
Digylearn
Digylearn
× Boleh kami bantu? :)