Dari Bidang Korporat ke Bidang Pendidikan, Berkembang Jadi Speaker.

Digylearn

Dari Bidang Korporat ke Tutoring, Berkembang Jadi Speaker.

Sebagai seorang isteri dan ibu kepada 3 orang cahaya mata, setiap hari matlamat kita akan bangun awal pagi untuk mencari rezeki, meninggalkan keselesaan rumah demi membantu keluarga untuk memenuhi keperluan.

Tidak kiralah apa-apa pun pekerjaan yang dilakukan, semuanya mempunyai matlamat yang sama. Perjalanan & laluan bagi setiap orang sememangnya berbeza kerana setiap orang akan menghadapi dugaan dan cabaran untuk berjaya.

Ruzanna Abdul Manap atau lebih dikenali sebagai Cikgu Zanna sudah 13 tahun menimba pengalaman dalam bidang korporat, from one GLC to another GLC. “Rutin setiap hari, saya akan keluar rumah selepas Subuh, dan akan pulang lewat sehingga tengah malam demi mengejar “dateline” berkaitan pengurusan projek di tempat kerja.

Disamping saya akan “travel” sejauh hampir 200km ke pejabat setiap hari!”

Tahun 2019 merupakan “turning point” bagi Cikgu Zanna apabila syarikat menawarkan “Voluntary Separation Scheme (VSS)” kepada pekerja-pekerja berikutan keadaan ekonomi kurang memberangsangkan.

Beliau nekad dengan keputusan untuk menerima tawaran VSS, dengan niat untuk mencari kerja baru yang lebih dekat dengan keluarga dan anak-anak. Beliau sentiasa berbekalkan “We do plans but ALLAH SWT is the Best Planner! So do your best no matter what situation you’re in”

Namun, perjalanan untuk mencari kerja baru bukanlah mudah yang disangka seperti membeli baju atau kasut baru di “Shopee” atau “Lazada”! Berpuluh interview yang beliau hadiri dalam masa sebulan masih tidak menunjukkan hasil yang positif.

Namun, anak-anak dan keluarga adalah “BIG WHY” untuk beliau terus berusaha mencari pekerjaan baru dengan berbekalkan pengalaman dan bakat yang Allah swt berikan.

Alhamdulillah, dengan takdir dan rezeki daripada Allah swt, Cikgu Zanna memulakan kerjaya sebagai Tutor Home Tuition secara sambilan, kerana “Passion” beliau mengajar dan mendidik anak-anak di rumah. Minat beliau untuk mengajar diteruskan di beberapa pusat tuisyen sekitar Seremban dan Senawang, Negeri Sembilan.

Cikgu Zanna meneruskan kerjaya sebagai Tutor dengan niat, untuk mengajar dengan lebih serius dan professional serta berkongsi ilmu untuk memberi manfaat kepada pelajar-pelajar di Malaysia.

Perjalanan tutoring diteruskan dengan menggalas tanggungjawab sebagai salah seorang tutor Funtastic Online Tuition. Menyahut cabaran untuk berkongsi ilmu di pentas Seminar, kini Cikgu Zanna merupakan Speaker Seminar BEST secara online & offline yang dianjurkan oleh CMN Academy.

Digylearn



Perkongsian Coach Mohd Noor dan team daripada Tutor Professional Malaysia adalah platform utama yang telah menjadi “Eye-Opener” kepada Cikgu Zanna untuk improve dan excellent dalam bidang tutoring. Jika seseorang nak Berjaya, perlu berada dalam circle yang positif untuk bina kejayaan bersama-sama.

Cikgu Zanna telah mengambil pendekatan yang dikongsi oleh Coach Mohd Noor untuk mempraktiskan teknik pengajaran secara “Fun & Creative Learning” yang merupakan antara elemen yang terkandung dalam kemahiran abad ke-21.

Digylearn

Beliau turut mempraktiskan proses pembelajaran berterusan dan sentiasa “up to-date” dengan trend terkini bidang Pendidikan.

Cikgu Zanna pernah berkhidmat sebagai guru ganti untuk subjek Kimia di sebuah Sekolah Berasrama Penuh & pernah mendapat jemputan sebagai speaker daripada Yayasan Sabah & UMCCED.

Digylearn

Selain itu, beliau juga telah mendapat ANUGERAH INSPIRASI TUTOR TAHUN 2020 sempena Simposium Tutor Professional Malaysia serta Anugerah Special Award sempena Tutor Profesional Malaysia Certification.

Digylearn



Anda pun tutor atau usahawan pendidikan?

Anda nak dibantu dalam mengembangkan kerjaya dalam bidang pendidikan seperti Cikgu Zanna, selain dapat pensijilan dari TPM?

Jom join Tutor Profesional Malaysia Certification TPMC pada 24 & 25 Sept ini.

Ada BONUS Menarik!

Dengan setiap pendaftaran TPMC, anda layak dapat Diskaun 50% untuk ke #STPM2022

Info & pendaftaran
https://digylearn.com/tutor-certification

Atau whatsapp ke 01113172015.

Related Articles

Responses

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Boleh kami bantu? :)