Dapat Tarik Lebih 100 Buah Sekolah Dengan Program Bermodul!

Digylearn

Dapat Tarik Lebih 100 Buah Sekolah Dengan Program Bermodul

Kisah inspirasi kali ini kita ambil daripada orang yang berpengalaman lama dalam bidang pendidikan dan latihan.

Sir Badrul Hisham atau dikenali dengan Sir Bad merupakan pesara guru. Beliau lebih banyak memfokuskan minat dalam bidang Bahasa Inggeris.

Beliau sebenarnya telah mula aktif dalam penganjuran program ‘English in Camp’ di pelbagai fasa seperti daerah, negeri dan kebangsaan sejak tahun 1997.

Beliau mula dicabar ilmu dan pengalaman untuk penganjuran di peringkat universiti, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Kelemahan mula dikesan apabila penyediaan buku program dan aktiviti sahaja tidak mencukupi kerana wujudnya nilai ILMU PEMBELAJARAN dalam konsep Educamp ini.

Jadi, pada 2007, beliau mula memikirkan MODUL EDUCAMP kerana program ini mula melonjak di sekolah2 dan menjadi wadah pendidikan yang santai tapi berkesan.

Alhamdulillah, sehingga 2008, hampir 25 buah sekolah di WPKL sudah mula mengambil bahagian dengan penganjuran English in Camp bersandarkan modul beliau. Modul English in Camp amat berkesan dan mula menjana kewangan yang kukuh kepada team beliau.

Panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari.

Perpindahan beliau pada 2009 dari Jabatan Pendidikan WPKL ke sekolah di Selangor menyebabkan punca pendapatan agak merudum tapi kerana keyakinan terhadap ianya bersifat sementara sahaja, Alhamdulillah, Jabatan Pendidikan Selangor pula mengambil beliau di dalam program Educamp ini.

Beliau agak kepayahan juga kerana modul Educamp yang dicipta mula hilang momentum kerana modul bercetak mudah luput dan tidak fleksibel.

Beliau mula mencari nilai2 tambahan untuk dimasukkan ke dalam modul, namun tugasan di sekolah melewatkan perkembangan modul tersebut. Kepayahan mencari inovasi pembelajaran dan elemen keseronokan belajar sentiasa mencabar modul beliau.

Beliau mengambil keputusan untuk menyertai program Diploma Rekaan Grafik dan Animasi di UNIKL, dengan tujuan utama bukan untuk dapatkan DIPLOMA, tapi untuk dapatkan ilmu ANIMASI dan GRAFIK untuk modul Educamp beliau.

Tahun 2011, beliau mula mencipta modul baru yakni Modul Educamp berasaskan IT dan mula mendapat tempahan dari sekolah2. Sekitar 80 buah sekolah sudah menganjurkan Educamp ini berasaskan modul dan beliau dilantik sebagai konsultan program ini.

Rezeki datang lagi.

Beliau diminta oleh JPN Selangor untuk menyertai Anugerah Guru Inovasi KPM bersama The STAR. Pada sambutan Hari Guru 2015, The STAR telah menobatkan beliau sebagai penerima Anugerah Guru Inovasi 2015.

Sehingga tahun 2016, hampir 100 buah sekolah sudah terlibat dengan Modul Educamp beliau. Namun begitu, beliau menghadapi kesukaran mempelbagaikan aktiviti yang relevan dan dibentuk dalam format yang mudah. Beliau sudah sedar akan konsep GAMIFIKASI kerana ia adalah konsep yang berasal dari PERMAINAN BAHASA yang berevolusi.

Atas faktor kesihatan, beliau berpencen awal pada 2019 dan meneruskan kelangsungan Educamp melalui organisasi swasta. Beliau yang amat suka akan alam sekitar diberi peluang menjalankan program Educamp bersama Eko pelancongan yang amat dinanti2kan. Mahawangsa River Cruise di Sg Kedah, Alor Setar telah saya gunakan sebagai platform program Educamp beliau. Pada masa ini, beliau sudah ada 130 buah sekolah yang menjalani program ini.

Cabaran tiba sekali lagi meranapkan program beliau. Disebabkan PKP & Covid yang melanda, beliau hanya mampu meneruskan kelangsungan hidup melalui tuisyen online yang dapat menjana sedikit pendapatan.

Beliau bangkit semula pada 2021 dengan memartabatkan konsep GAMIFIKASI sebagai teras pembelajaran di dalam modul dan program Educamp ini selepas mengikuti Bengkel ‘Legend Blueprint Mentorship’

Kini, beliau rancak mengejar sekolah yang ke-200 dan masih yakin akan kelangsungan serta evolusi MODUL EDUCAMP HEYBAD.

Anda pun pendidik, tutor atau usahawan pendidikan?

Anda nak dibantu dalam mengembangkan kerjaya, membina Modul dalam bidang pendidikan seperti Sir Bad, selain dapat pensijilan dari TPM?

.

Ada BONUS Menarik!

Dengan setiap pendaftaran TPMC, anda layak dapat Diskaun 50% untuk ke Simposium Tutor & Pendidik Profesional Malaysia #STPM2022

Info & pendaftaran boleh klik di Tutor Profesional Malaysia Certification (TPMC)

Atau whatsapp di sini

Related Articles

Responses

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Boleh kami bantu? :)