PENGORBANAN YANG TERLUPAKAN..
1. Tengah kemas dokumen lama..terjumpa dokumen bernilai dalam hidup saya.
2. Saya pernah jadi Guru sekolah rupanya..Nostalgic sungguh
3. Sekeping Kertas A4 cuma…Tapi memberi makna yang bernilai dalam hidup saya dan mengajar saya memahami pengorbanan orang yang berjasa dalam hidup kita.
4. Selepas menolak tawaran untuk Ijazah yang ke-2 dalam Perubatan di luar negara, saya bertekad meneruskan pencarian my ‘life mission’ & passion.
5. Pebagai jenis bisnes dah buat. Naik dan turun tu biasa..
6. Orang sekeliling pun asyik tanya tak cari pekerjaan tetap ke..Semua adik-beradik pun ada pekerjaan tetap & secure. Betul ke anak bongsu ni pelik?
7. Sebelum tu saya pernah bekerja di Watsons, company MNC. Masa tu mereka ada buat Projek letakkan Health Advisor & Nutritionist di Top 10 Watsons di seluruh Malaysia.
8. Kerja kami adalah bantu Pharmacist dan bagi advice pada klien tentang Produk berkaitan Health.
9. Kerjanya tak susah, enjoy je. Gaji dan perks pun ok. Tapi sebab politik antara department ni menyebabkan saya tak enjoy kerja.
10. Nak solat Jumaat pun bukan mudah kalau kerja retail ni. Kena curi waktu berehat sejam tu.
11. Lepas saya berhenti, bermulalah full time buat home tutor.
12. Acah full time, padahal kerja macam part time je
13. Saya buat banner kecil, letak kat depan sekolah. Dapat satu klien ni saya ajar kakak, adik dan sepupu sekali.
14. Banyak subjek saya ajar. Enjoy rasanya mengajar ni, klien pun baik. Maybe ni passion aku kot..saya berfikir
15. Setiap kali datang kena jamu makan. Dengan klien ni sahaja dah macam gaji kerja full time. Masih single pula time tu.
16. Tapi biasalah, orang nampak macam tak ada kerja dan masa depan.
17. So sambil-sambil mencari identiti diri, mohonlah GSTT (Bukan GST) Guru Sandaran Tidak Terlatih kat PPD. Memang tak terlatih dan tak ada latihan pun
18. Ingatkan jadi cikgu ni mudah, namun tidak ye kawan-kawan.
19. Dah rasa baru tau..oo macam ni rasanya jadi cikgu..ingatkan mengajar je..rupanya macam-macam jawatan percuma anda boleh dapat..oops
20. Kalau siapa tak pernah jadi cikgu kat sekolah susah nak faham tugasan mereka.
21. Buat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) tu dah wajib. Tebal bukunya, boleh sesak nafas kalau naik tangga 4 tingkat Guna lagi ke?
22. Tugasan nak jaga disiplin, budak tak nak belajar lah.
23. Mana nak jadi cikgu kelas, dekorasi bagai. Duit sendiri juga keluar.
24. Ko-kurikulum, jadi penasihat kelab, sukan, pertandingan.
25. Nak tarik minat budak belajar. Saya tak pernah belajar tentang pedagogi (cara mengajar). Pernah satu masa tu saya mengajar sambil duduk. Sempoi noo..Sekali ada cikgu tegur, oo baru tahu.
26. Bilik guru tu dah jadi macam bilik Media prima Macam-macam berita terkini hiburan sensasi ada
27. Banyak yang saya belajar especially nak mendidik budak-budak yang memang tak nak belajar
28. Asal Kena ajar Biologi, lepas tu Pendidikan Moral pun pernah.. Memang terus bermoral tinggi saya jadinya
29. Boleh stress woo tengok budak-budak ni boleh tidur dan berborak masa tengah mengajar.
30. Yang jenis selamba tanya untuk menguji kita pun ada je. Mentang-mentang aku ni cikgu ganti kan. Tanya result SPM. Nanti cikgu tunjuk baru tau terkejut
31. Bila tanya cita-cita, no wonderlah..nak kerja kilang , workshop. Oklah dari tiada cita-cita kan. That’s why jangan pelik pelajar yang memang tak nak sambung belajar ni memang ada.
31. Lepas tu baru saya terfikir macamana nak tackle budak-budak macam ni.
32. Ada kalanya memang kena tegas, ada kalanya jadi kawan berborak dengan dorang.
33. Satu perkara yang saya belajar, kena faham dan matching dengan keadaan dorang dulu. Ni yang kadang-kadang ada yang tak berapa nak faham.
34. Bila mereka dah selesa, mudahlah sikit nak buat kerja kita.
35. Saya jadi guru ganti sekolah ni 3 bulan je. Lepas tu cikgu tu masuk balik.
36. Alhamdulillah dapat habiskan dengan baik dan dapat surat Penghargaan ni dari Pengetua SMK ACS Methodist yang supportive, Cikgu Thong pun dah bersyukur sangat.
37. Sebab tu sekeping kertas ni bernilai bagi saya sebab saya dapat faham pengorbanan guru. Jadi jangan malu nak dapatkan sekeping kertas ni.
38. Lepas tu yang saya develop Modul Teknik Belajar untuk Pelajar dan ‘Beyond Expectation Learning’ untuk Tutor hasil pengalaman jadi cikgu dan Pensyarah. Cerita Pensyarah saya sambung lain kali pula.
39. Sebab kebanyakan tutor tak berpeluang untuk tahu Teknik Pedagogi.
40. Masa tu juga saya jumpa seorang guru ganti juga yang memberikan saya Buku bisnes pertama bertajuk ‘Rich Dad Poor Dad’ sebab saya ceritakan saya ada buat bisnes ternakan cacing sambil jadi Tutor..Macam-macam kau ni kan
41. Tapi dia cerita sebab buku tu juga dia silap buat investment yang melebur. Scam lah kiranya. Sampai sekarang relevan lagi pengalaman tu.
42. Dan buku tu jugalah yang mengajar saya usah bekerja kerana duit..
43. Pelik kan, orang nak bekerja kerana duit. Tapi dia suruh bekerja bukan kerana duit sebab nanti kita akan terikat dengan ‘Rat race’.
44. Sukar untuk faham pada permulaan. Tapi selepas saya berbisnes selepas tu dari 2009, ia sedikit sebanyak telah membentuk life mission saya. Dapatlah merasa sikit.
45. Walaupun duit sememangnya penting, tapi ada lebih penting bagi saya. Dan saya bersyukur memilih jalan ini.
46. Disebabkan cikgu saya tak pernah give up dengan saya, maka saya juga tak nak give up dengan pelajar.
47. Terima kasih guru-guru dan para pendidik dalam apa jua bidang sekalipun yang sentiasa berkorban untuk memandaikan manusia.
48. Ia bukan tugasan mudah. Namun, kerana Pendidik dunia ini sentiasa melahirkan orang ‘baru’
Anda berminat untuk upgrade kerjaya Tutor anda dengan teknik terkini?
- Teknik mengajar era AI
- Bagaimana cara membuat ‘Profile’ Tutor yang mudah menarik klien
- Cara membuat Nota serta Modul yang mudah dan menarik
Yuran RM100.
Untuk 10 orang terawal PERCUMA!!
Tempat terhad! Whatsapp segera ke https://wasap.my/60137517348/digitaltutor