The Legend Trainer Certification

Zalikha Ruzanna · July 1, 2022

“Akhirnya, kami akan bongkarkan Formula Jadi Trainer ‘From Scratch’ yang Berkesan dan Berimpak!”

Ada orang suka tengok orang lain jadi Trainer atau Speaker…

Tak kurang juga ada antara kita yang memasang Impian untuk lebih Berani berkongsi dengan orang lain.

Cuma ada beberapa kekangan yang menahan kita mencapai Impian tersebut…

πŸ–‹ Gemuruh yang teramat bila nak berkongsi kepada audience

πŸ–‹ Kurang keberanian nak kongsikan ilmu atau kemahiran melalui program

πŸ–‹ Nak buat program tapi tak pasti bagaimana

πŸ–‹ Kurang yakin bagaimana nak ‘tarik’ perhatian & fokus audience

Dari : Coach Mohd Noor

Saya lihat ramai yang tak mahu untuk bercakap & memberi ‘training’ sebab ‘takut’ & tak ‘confident’.

Biasanya bila ditanya apa yang menghalang daripada kita bercakap di depan,

antaranya adalah risau diketawakan orang… takut nanti kena kecam… tak ada content menarik atau tak ada keunikan apa yang hendak disampaikan… tiada daya penarik serta tidak yakin dengan pembawakan dan penampilan diri.

Macam mana saya tahu?

Saya dah beri training kepada pelbagai ‘crowd’…

Jom saya ceritakan pengalaman saya.

Assalamualaikum. Saya Coach Mohd Noor. Dulu saya memang seorang introvert.

Saya juga mempunyai kerisauan atau orang kata ‘nervous’ bila nak bercakap depan orang, terutamanya depan ramai orang.

Macam-macam bermain dalam fikiran saya, antaranya…

“Orang nak dengar ke aku cakap ni…”

“Dorang faham ke apa yang aku tengah cakap ni. Macam mana kalau tak faham…”

“Malunya kalau salah cakap… segannya orang semua fokus kat aku…”

Tu tak termasuk lagi darah gemuruh… “butterfly in my stomach”

Tapi, bagaimana saya atasinya?

Anda boleh teka dari mana datang kekuatan untuk bercakap depan audience & buat training?

Ya… Dengan TRAINING.

Saya juga melalui fasa dilatih & melatih diri untuk “breakthrough” sehingga seperti kini.

Saya dapati ramai di antara pendidik ataupun orang dewasa mempunyai satu isu yang sama dengan saya dulu – agak risau ataupun takut.

Selama lebih lima belas tahun dalam bidang ini, saya dapati ramai di antara para pendidik, tutor mahupun juga orang dewasa mempunyai isu-isu seperti ini.

Ada di antara mereka yang ‘nervous’ bila diminta untuk bercakap di hadapan ramai ataupun sekumpulan orang.

Ada pula yang ‘seram’.. takut sangat apa orang fikir, apa pandangan orang kat kita…

Sebab apa?

Sebab terasa risau, nak cakap apa di depan ni.

Ada antara kita yang memang ada content… cuma tak tahu macam mana nak mempengaruhi audience di hadapan.

Mungkin ramai di antara anda terfikir saya ni ‘gifted’ ataupun memang dilahirkan untuk pandai bercakap. Kan?

Percaya atau tidak… saya seorang introvert & sewaktu belajar di IPT, saya memang seorang yang pemalu. Saya sebenarnya tidak suka dan saya kalau boleh nak elakkan diri untuk bercakap di hadapan.

Tapi apa yang berlaku, semasa saya berada di peringkat universiti, saya paksa diri untuk berjinak-jinak dalam program di sekolah-sekolah sebagai fasilitator.

Sebab masa tu saya rasakan saya perlu membantu pelajar-pelajar di sekolah. Motivasi mereka dan juga teknik mereka untuk belajar dan dalam masa yang sama untuk menjadikan mereka orang yang dapat memberi manfaat kelak selepas daripada sekolah dan juga universiti.

Saya dan rakan saya pernah membonceng motosikal daripada Seremban ke Shah Alam selepas kami graduate untuk jadi fasilitator.

Perjalanan saja ambil masa lebih 1 jam setiap hari.

Pada masa tu, kami ingat fasilitator hanya bantu mengendalikan program dan latihan dalam kumpulan saja…

Tapi…

Banyak lagi perkara-perkara yang penting yang perlu dibuat untuk menganjurkan program, seperti persediaan program.

Jadi bila bilangan peserta yang daftar tidak seperti yang ditargetkan, kami sendiri terpaksa turun ke rumah-rumah untuk mengedarkan flyers untuk bantu organizer program.

Haa… daripada situ kami belajar satu ilmu yang sangat penting. Apa tu?

Bila nak menganjurkan program bukan perlu pandai bercakap sahaja… ada banyak lagi formula-formula yang kita perlu kuasai.

Saya dah ringkas & padatkan dalam 8 langkah

Macam mana… simple bukan?

Teruskan membaca sebab sebelum akhir page ini saya nak bawa anda menyelusuri semua 8 langkah tadi

supaya anda boleh nampak keseluruhan bagaimana untuk bercakap & beri training dengan lebih yakin, efektif, berimpak & ‘memukau’, disamping kaedah persediaan & pelancaran program…

…walaupun anda belum pernah buat sebelum ini.

Bagaimana anda nak ambil pengalaman saya buat training selama lebih 1 DEKAD?

… Dan tukarkan kepada ini

Bayangkan anda bercakap dengan audience …..

Jom ikuti cerita mereka ini…

Dari Tutor Biasa, Kini Dah Jadi Speaker Berpengaruh!

Tapi beliau tak putus asa & sentiasa cuba upgrade diri dengan belajar ilmu & kemahiran baru untuk asah skil beliau.

Cikgu Akin pada mulanya merupakan seorang tutor yang pernah kena ‘reject’ dengan 10 pusat tuisyen.

Kini setelah berguru & bekerjasama dengan Coach Mohd Noor & CMN, Cikgu Akin lebih berani mengorak langkah.

Beliau telah menghasilkan beberapa e-modul dan salah satunya telah dicetak untuk dijadikan modul fizikal.

Pelajar beliau juga telah bertambah, dan beliau berjaya bantu ramai pelajar yang sebelumnya gagal untuk lebih cemerlang dalam Akaun.

Sejarah baru dicipta beliau bersama team CMN dimana beliau dijemput untuk berkongsi kepada lebih 150 pelajar SMK SUBEST.

seminar akaun 2022 cikgu akin cmn academy

Dari Salesgirl, Kini Dirisik Jadi Trainer Pendidik!

Nurul Nabihah yang lebih mesra dengan panggilan Chegu Beeha dulunya pernah rasa nak putus asa sebab tiada panggilan temuduga dari mana2 syarikat yang beliau apply.

Beliau kemudiannya ‘terpaksa’ untuk tak memilih pekerjaan & bekerja sebagai jurujual pakaian.

Atas usaha beliau, ilham dari Yang Esa, berbekalkan doa & kata-kata semangat dari ibu bapa, beliau ‘transform’ dari jadi salesgirl, kemudian tutor sambilan, dan kini dah jadi Trainer bermodul!

Perjalanan beliau berkembang bukan mudah.

Beliau bermula dengan program Beyond Expectation Tutor, seterusnya program lain yang dianjurkan oleh CMN.

Banyak kali beliau berulang alik dari Melaka ke Bangi untuk menimba ilmu & mengembangkan kemahiran yang beliau ada.

Idea kreatif yang beliau terjemahkan dalam modul & kelas beliau telah menarik perhatian, bukan saja pelajar & ibubapa, malah ada yang sunting untuk buat training kepada tutor.

Beliau telah mencipta sejarah tersendiri dengan kerjasama team CMN, apabila berjaya menjalankan program training bersama tutor-tutor di bawah satu institusi pendidikan selepas menerima jemputan.

Beliau pernah bersama CMN memberikan perkongsian & training kepada guru-guru dari Pejabat Pendidikan Daerah PPD Baling, Kuala Selangor & Kuala Pilah.

Dari Pemalu Ke Kaca TV

Sebelum ni, masa mula2 kenal Cikgu Zainab Zakaria yang merupakan seorang Guru KPM ni seorang yang pemalu.

Segan2 je nak bercakap depan orang, nak utarakan idea.

Tapi tu lah, kata orang diam2 ubi berisi…

Rupanya Cikgu Zainab ni ada ilmu & kemahiran dalam bidang pendidikan awal kanak2, & beliau ada idea menarik untuk diluahkan bagi membantu anak-anak belajar membaca lebih seronok, cepat & mudah, yang kemuadiannya diluahkan melalui modul beliau.

Rupanya potensi beliau bukan sahaja pada Modul, tapi lebih dari itu!

Banyak perubahan yang telah beliau alami. Beliau dah tampak lebih berkeyakinan & berani buat live setelah ada modul sendiri.

Gaya pengajaran & video beliau yang menarik serta kemunculan Modul ‘Mama Nak Baca!’ ini telah memberikan beliau peluang yang berharga.

Beliau juga telah dijemput untuk berikan perkongsian dalam satu slot Didik TV dan namanya tercalon antara penerima Anugerah Guru KPM peringkat kebangsaan!

Dulu Suri Rumahtangga, Sekarang Dah Jadi Trainer!

Ustazah Akmal merupakan founder kepada JWES Academy & modul Tajwid Infografik JWES.

Modul Tajwid Infografik yang istimewa ni telah membantu ramai pendidik & pelajar untuk menguasai ilmu tajwid & memperbaiki bacaan Al-Quran dengan lebih mudah & menarik.

Beliau berhasil menjana kerjasama dengan beberapa pihak termasuk tadika untuk menggunakan modul beliau.

Kini, Ustazah Akmal telah menghasilkan beberapa lagi modul bercetak serta β€˜Lesson Plan’ & memberikan training kepada pendidik dalam penggunaan modul ini untuk pembelajaran, serta seminar untuk pelajar.

Beliau juga telah dijemput untuk berkongsi berkenaan modul & teknik Tajwid Infografik bersama sebuah stesen radio & pusat pengajian tinggi.

Beliau telah dijemput berkongsi bersama hampir 100 orang guru Al-Quran mengajionline.com untuk menjadikan pembelajaran Al-Quran menarik menggunakan online.

Bisnes Tuisyen Pernah Gulung Tikar, Kini Bangkit Sebagai Speaker Di Radio!

Ustaz Taufik pernah memiliki Pusat Tuisyen dan Training Centre dengan ratusan pelajar.
Terpaksa tutup kerana terdapat masalah dan kemudian berhijrah ke Bangi.

Beliau bermula kembali dengan mengajar Personal mengaji dan Arab bersama Infitah sebelum beliau join sesi coaching dan dari situ saya tahu tentang kelebihan ustaz adalah dalam Bahasa Arab dan spesifiknya untuk dewasa.

Dari situ kami mula untuk bantu beliau untuk develop Modul Bahasa Arab untuk dewasa bermula dengan Ebook dan kemudian Buku β€˜Mahir Arab Dengan Al-Quran’ dan sehingga kini beliau telah membantu ribuan pelajar dan baru-baru ini telah dijemput berkongsi di Radio Zayan dalam Segmen Bahasa Arab.

Berjaya Mengendalikan Kem Bersama 99 Pelajar UPKK!

Ustaz Zulfadzly pernah berkhidmat sebagai guru KAFA. Beliau juga seorang penyampai jemputan untuk sebuah program di TV Al Hijrah.

Kisah kerjasama antara Ustaz Zul & CMN dalam menjalankan program UPKK bermula apabila beliau menyertai salah satu program CMN, Tutor Profesional Malaysia Certification.

Oleh sebab beliau mempunyai kepakaran dalam bidang UPKK & motivasi, beliau ingin menjalankan program UPKK dengan kerjasama CMN.

Jadi kami bantu beliau bersama-sama menjayakan program Funtastic UPKK Camp yang disertai oleh 99 orang pelajar berumur 10 & 11 tahun.

Tidak terhenti di situ saja, kerjasama diteruskan dalam beberapa program susulan UPKK dan penghasilan E-learning untuk peserta & pelajar UPKK yang lain.

Ini sebabnya kami bawakan Bengkel

The Legend Trainer Certification

Bengkel Secara Online Untuk Bantu Anda Kembangkan Skil & Pengetahuan Melalui Training!

Bengkel yang mana merangkumi 8 Formula yang sangat penting untuk bantu anda menjadi trainer yang disukai ramai.

Fikir yang bengkel ini ‘training’ untuk ‘train’ anda jadi ‘trainer’…

Apa sebenarnya Bengkel “The Legend Trainer Certification”?

Ia bengkel training untuk melahirkan trainer yang berimpak & ‘tak kaku’

Bengkel “The Legend Trainer Certification” merupakan kunci dalam perancangan, intipati dan mengembangkan training anda.

Bila anda hadir ke Bengkel “The Legend Trainer Certification”, ini yang anda akan temui…

1- Personality

Bagaimanakah branding yang dapat menarik perhatian bakal peserta anda? Apa yang anda ingin fokuskan. Personal branding, company branding atau sebagainya… ataupun anda ingin fokus pada strategi.

2- Marketing

Bagaimana nak membuat marketing yang berkesan dan sesuai dengan target audience anda. Cuba bayangkan anda ada program yang bagus. Tapi, program anda tidak akan dapat dijalankan dengan lancar jika tiada cara marketing yang sesuai.

3- Speaking

Bagaimanakah teknik bercakap yang berpengaruh? Bagaimana cara membuat introduction & engagement yang berimpak.

4- Event

Bagaimana anda ingin menguruskan sebuah program secara offline dan online secara lebih profesional dan sistematik.

5- Proposal

Teknik buat proposal yang dapat tarik perhatian, jika anda ingin bekerjasama dengan agensi luar ataupun ingin propose program di sekolah atau mana-mana agensi.

6- Module Framework

Asas program kepada seorang trainer & speaker adalah Modul FrameWork. Anda perlu ada modul yang boleh menarik perhatian, yang lain daripada yang lain untuk tarik perhatian peserta dan mereka dapat ikut serta faham tentang program anda.

7- Value

Apa ‘benda’ yang anda nak bawakan yang peserta atau pendengar dapat aplikasikan dalam kehidupan mereka.

8- Behind The Scene

Perkara yang mungkin biasa terlepas pandang. Nampak kecil, tapi boleh bantu dalam promosi program seterusnya.

Dan paling BEST,

Anda akan dianugerahkan Sijil Pengiktirafan

Plus certificate anda akan disahkan juga oleh Pendaftar TVET Pendidikan berserta No Pendaftaran Khas!

Apa itu TVET Pendidikan?

TVET merupakan singkatan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional

TVET adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri. Ia bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu.

Fokusnya adalah kemahiran dalam Tutor dan Edupreneur.

Sijil TVET ini sangat tinggi nilainya kerana dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

TVET Pendidikan KPM

Info “The Legend Trainer Certification”

Tarikh : 7 Ogos 2022 (Ahad)

Masa : 10am – 5pm

Platform : Online Zoom

Bengkel “The Legend Trainer Certification” ni dicipta untuk siapa?

Ada yang bertanya program ni sesuai untuk siapa…

Jika anda…

βœ… ingin menyampaikan content (ilmu/kemahiran) anda dengan lebih berkesan dengan modul yang mampu menarik perhatian lebih ramai pelajar atau audience;

βœ… pendidik atau bukan pendidik yang ingin kembangkan kerjaya sebagai trainer;

βœ… trainer yang ingin kembangkan lagi kerjaya anda dalam bidang ini dan mahu lebih ramai lagi peserta;

βœ… pelajar atau graduan yang ingin menceburi bidang ini;

βœ… founder ataupun agen, stokis dan sebagainya anda ingin mengembangkan bisnes anda dengan cara berkomunikasi secara berkesan dan berikan training yang efektif;

…jadi bengkel ini untuk anda!

Lihat apa kata mereka…

Sekarang pasti anda tengah fikir…

Berapa kos yang anda perlu laburkan untuk bengkel ini…?

Kebiasaannya, untuk hadir bengkel sebegini, nilainya RM500…

Tapi…

Kami betul-betul nak anda dapat manfaat daripada program ini…

Jadi,

Diskaun kasih sayang untuk program yang bernilai RM500 ni…

Khas Earlybird

RM190 sahaja!!!

Anjuran

Anjuran Bersama

About Instructor

+40 enrolled
Not Enrolled

E-learning Includes

  • 3 Lessons

Ratings and Reviews

0.0
Avg. Rating
0 Ratings
5
0
4
0
3
0
2
0
1
0
What's your experience? We'd love to know!
No Reviews Found!
Show more reviews
What's your experience? We'd love to know!
× Boleh kami bantu? :)