Kembangkan Lagi Pusat Pengajian Al-Quran Anda Dengan Sistem Mudeer
Mudeer membantu anda menguruskan pelajar dan guru dengan lebih TERATUR dan PROFESIONAL.
“Dulu saya blast pakai broadcast WhatsApp untuk yuran, memang pelajar buat rilek je. Tapi bila Mudeer hantar invois ada nama dia, dia lagi peka.”
– Ustaz Farhan Quran Clinic
“Mujur ada mudeer dalam kesibukan saya dapat kerja baru dan admin pun mengajar je, hanya isteri saya sahaja yang uruskan. Alhamdulillah banyak dah perkara boleh guna Mudeer sebagai database dan automated system. Memang saya banyak lepas tangan sebab tak sempat usik apa-apa.”
– Ustaz Hamdani DEENNY CENTRE
” Sekarang saya uruskan full kelas berkumpulan, jadi bulan ni kelas berkumpulan akan jalan secara berperingkat terlebih dahulu. Setakat ni alhamdulillah saya sangat suka sistem ni sebab mudah 😊🤲”
– Ustazah Syahid SoPaN
“Alhamdulillah setakat ini sistem Mudeer sangat membantu pengurusan tenaga pengajar kami 😊”
– Ustazah Fadzilla Daar As-Sofwah
“Alhamdulillah makin berkembang. Dari awal lagi saya dah nampak mudeer ni berpotensi untuk berkembang lebih luas lagi bukan sahaja fokus kelas mengaji, bahkan meliputi semua kelas tuisyen secara online. Syabas dan tahniah Mudeer 👍 “
– Ustaz Khai KSAO VENTURES
“Alhamdulillah Mudeer banyak membantu untuk pengurusan sistematik.”
– Muallimah Hafeez Haza Addeen Al-Quran Centre
MUDEER telah menyokong pusat pengajian membantu 889 orang guru mengajar 90,224 kelas.
Mudeer Membantu Anda Menguruskan Guru
☑️ Pantau kelas setiap guru dengan mudah.
Guru akan punch-in dalam Mudeer setiap kali mengajar. Anda boleh semak laporan pengajaran setiap guru pada bila-bila masa.
☑️ Biar Mudeer kirakan elaun dan komisyen.
Pengiraan elaun guru akan dibuat secara automatik berdasarkan rekod punch-in mereka.
☑️ Jimat masa membayar elaun guru.
Muat turun senarai slip pembayaran untuk membuat pembayaran secara pukal melalui portal bank anda (buat masa ni Bank Islam sahaja). Tak perlu buat satu-satu.
Mudeer Membantu Anda Menguruskan Pelajar
☑️ Tak perlu tuntut yuran setiap bulan.
Mudeer membantu anda menjana tuntutan yuran dan hantarkan kepada pelajar setiap bulan secara automatik. Tak perlu lagi WhatsApp pemakluman yuran kepada pelajar dan ibu & bapa.
☑️ Biarkan Mudeer follow up hutang pelajar.
Mudeer akan menghantar tuntutan dan peringatan yuran (invois) kepada pelajar secara automatik melalui SMS dan emel.
☑️ Kenal pasti pelajar yang sudah lama tidak aktif.
Mudeer membantu anda mengenal pasti pelajar yang sudah lama tidak aktif supaya anda boleh bertanya khabar atau berhentikan.
☑️ Kongsi laporan pengajaran guru dengan pelajar dan ibu & bapa.
Laporan pengajaran guru akan disertakan dalam invois yang dihantar kepada pelajar dan ibu & bapa. Tak perlu lagi kumpulkan daripada Google Sheet, WhatsApp atau merata-rata tempat lain untuk dikongsikan dengan ibu & bapa.
Bayar untuk pelajar AKTIF sahaja
RM2 / bulan
setiap pelajar aktif
(caj minima RM50)
+
Yuran pendaftaran, RM200 (sekali sahaja)
Contoh:
10 orang pelajar aktif, yuran bulan tersebut adalah RM50 (caj minima).
50 orang aktif, yuran bulan tersebut adalah RM100.
Mudeer juga membantu guru anda!
☑️ Mudah untuk guru rujuk nota pengajaran lepas sebelum memulakan kelas, sebab rekod pengajaran semua ada dalam Mudeer.
☑️ Mudeer akan memaklumkan guru tentang job yang open yang boleh dimohon terus dalam Mudeer.
☑️ Review pelajar dan ibu & bapa terhadap guru telah membantu pusat pengajian untuk memberikan insentif kepada guru-guru yang cemerlang.
Tapi…
Kalau dah bayar tapi tak jadi guna?
Selepas sebulan, Yuran Pendaftaran akan dikembalikan jika anda tak jadi guna Mudeer.
Pelajar saya tak ramai pun.
Pengurusan yang lebih teratur membolehkan anda menerima lebih ramai pelajar.
Harga Mudeer juga ditentukan oleh bilangan pelajar aktif sahaja dan tidak akan membebankan pusat pengajian yang masih kecil.
Saya sibuk sikit la. Tak ada masa.
Awal-awal mungkin banyak sikit kerja, tapi lepas selesai set up, tak lagi sibuk macam dulu. Boleh fokus pada perkara lain.
Jangan risau, in sya Allah kami akan membantu anda step-by-step sampai invois pelajar boleh dijana secara automatik.
Ada lagi yuran lain ke?
Tiada. Tiada yuran tahunan atau kontrak. Boleh berhenti bila-bila masa.
Yuran Pendaftaran dikenakan sekali sahaja dan Yuran Bulanan pula akan dikenakan ke atas pelajar yang aktif sahaja.
Macam mana saya tahu Mudeer tak jual data pelajar kami?
Kami TIDAK AKAN menjual data pelajar anda. Kami amat memahami betapa pentingnya data pelajar anda.
Sila rujuk Terma & Syarat kami untuk maklumat lanjut.
Khas untuk 30 terawal, yang mendapatkan sistem ini dari CMN Digylearn, kami berikan anda sebulan PERCUMA! (Tidak perlu bayar Yuran Pendaftaran)