Projek Tuisyen Komuniti U10 Shah Alam

CMN Digylearn · February 1, 2023

Ibu bapa…

Anda nak anak anda mendapatkan pembelajaran tambahan yang dekat dengan rumah & komuniti anda?

Seronok betul tengok anak-anak ‘enjoy’ belajar kan…

Dah ada rancangan ke untuk persediaan pembelajaran mereka 2024 ini?

Kami nak ajak anak anda sertai Projek Tuisyen Komuniti yang dapat bantu anak anda belajar lebih seronok & semangat!

Apa itu Projek Tuisyen Komuniti PTK?

Khas buat anak-anak Komuniti U10 Shah Alam

Kami bawakan

Digylearn

Apa yang ISTIMEWA dalam Projek Tuisyen Komuniti ni?

Pengukuhan Asas

Asas yang kukuh penting untuk bina kefahaman & kuasai sesuatu subjek.

Interaktif

Komunikasi 2-Hala semasa sesi pembelajaran amat penting untuk pemahaman pelajar

Pembelajaran Seronok

Keseronokan belajar dengan aktiviti santai ‘hands-on’ yang disediakan dalam kelas

Modul

Bahan pembelajaran yang dapat bantu memudahkan pelajar untuk belajar & ulangkaji pada bila masa sahaja.

Kenapa kena join Tuisyen ni?

Tuisyen Komuniti dapat bantu anak anda…

+ Belajar dengan bimbingan dari guru/tutor berpengalaman

+ Lebih seronok & ‘enjoy’ belajar dengan aktiviti menarik

+ Dapat kenalan baru yang berkongsi minat belajar & dapat semangat belajar bersama

+ Bilik kelas yang selesa

+ Manfaatkan masa yang terluang

+ Lebih cemerlang & bersedia dalam pelajaran

+ Ulangkaji pelajaran atau asas yang ‘tertinggal’

Anda ada kerisauan kewangan untuk beri anak join Projek Tuisyen Komuniti

Khas untuk Tahun 4,5 & 6 (2023)

Jangan bimbang…

Yuran yang akan dikenakan adalah sangat minimum.

Tuisyen komuniti dibangunkan untuk Mesra pelajar.

Pakej Math & Sains RM50/bulan

Untuk Pendaftaran & Pertanyaan

Siapa Pengurus & Guru Pembimbing anak anda?

Digylearn

Cikgu Menie

M.Ed. in Educational Management and Leadership, Universiti Teknologi Mara
B.Acc. (Hons) in Accountancy, Universiti Teknologi Mara

Cikgu Mawarnie binti Zukeri yang juga dikenali sebagai Cikgu Menie merupakan seorang tutor dan bekas seorang profesional, pernah bekerja di syarikat Oil & Gas tempatan. Beliau mempunyai minat yang mendalam dalam pembelajaran dan pengajaran Matematik. Pengalaman bekerja lebih 15 tahun dalam bidang perakaunan diguna sebaiknya dalam memberi idea penggunaan formula-formula dan model-model Matematik dengan lebih mudah dan ringkas.

Selain itu, beliau juga merupakan tutor yang berpengalaman dalam  pengajaran secara online, juga telah menghasilkan video-video tutorial pembelajaran selama lebih 5 tahun serta merupakan salah seorang itutor di bawah syarikat penerbitan buku yang terkenal iaitu Sasbadi. Pernah bekerjasama dengan beberapa sekolah dalam membantu pelajar meningkatkan prestasi pembelajaran melalui program motivasi dan kelas tambahan dalam pemantauan prestasi pelajar. Antaranya SK Puncak Perdana, Shah Alam, SK Datin Khadijah, Kuala Kangsar dan SK Pos Bersih, Slim River.

Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang pendidikan, Beliau telah menyertai beberapa pertandingan dalam inovasi pendidikan. Antaranya telah berjaya memenangi pertandingan intervensi dan inovasi peringkat kebangsaan dan antarabangsa; Anugerah Emas dan Perak peringkat kebangsaan di Nicetech2019 anjuran IPG Johor Bahru dan merangkul Anugerah Emas dengan Anugerah Khas Juri peringkat antarabangsa di iVEDIIC2020 anjuran UiTM.

Digylearn

Kelas Tuisyen Ace Genius telah mula beroperasi sejak 2018. Ianya telah dikendalikan oleh Cikgu Menie bermula dengan kelas tuisyen yang diadakan di rumah beliau secara percuma sahaja dalam misi membantu pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2018 & 2019.

Oleh kerana kapasiti bilangan pelajar semakin bertambah, Beliau telah memohon kebenaran daripada Guru Besar SK Puncak Perdana, Shah Alam untuk bantu pihak sekolah menyediakan kelas tambahan dan menawarkan diri mengajar subjek matematik secara percuma kepada pelajar tahun 6. Beliau juga pernah dilantik sebagai salah seorang AJK PIBG sekolah tersebut sebagai Juru audit dan Biro Pendidikan.

Seiring dengan kegusaran Ibubapa terhadap pembelajaran secara Online di rumah (Pdpr) semasa perintah berkurung Covid-19, Kelas tuisyen Ace Genius telah meneruskan kaedah pembelajaran secara online. Selain pengajaran, beberapa video pengajaran juga telah dihasilkan untuk bantu pelajar memahami konsep-konsep asas dalam matematik.

Berkesempatan mengadakan kelas tuisyen di surau Al-Ikhwan Seksyen U10, Shah Alam secara bersemuka selama 2 bulan sebelum perintah berkurung sekali lagi dilaksanakan. Atas kerisauan Ibubapa dengan prestasi akademik anak masing-masing, kelas tuisyen Ace Genius diteruskan secara pembelajaran online.

Digylearn
Digylearn

CMN Academy mempunyai rekod mengajar, membimbing, memantau dan membentuk para pelajar agar berkemampuan untuk meningkatkan prestasi dan minat yang mendalam bagi subjek-subjek akademik.
Bermula dengan Pusat tuisyen dan Home Tuition, kini CMN Academy telah menjadi pemain utama dalam industri pendidikan alternatif dalam bidang pembelajaran secara online yang turut memiliki pendidik dan pelajar di seluruh Malaysia.
Visi kami adalah untuk memberikan perkhidmatan pendidikan secara kreatif dan inovatif yang seiring dengan perkembangan teknologi terkini.
Dalam masa juga CMN mengadakan inisiatif untuk membantu pelajar-pelajar asnaf, anak yatim serta bekerjasama dengan pihak komuniti, surau, masjid dan sekolah-sekolah.

Digylearn

Anugerah dan pencapaian:-
+ Pingat Emas Inovasi UKM Bahasa Arab 2018
+ Pingat Perak ‘Teachers’ Innovation Carnival UIA (T-NOVATE) 2018
+ Pingat Perak EDUINNOVATION UKM 2018
+ Pingat Perak Computational Thinking Games Design Competition 2018
+ Pingat Perak KNOVASI UKM 2021

Untuk Pendaftaran & Pertanyaan

About Instructor

CMN Digylearn

184 Courses

+47 enrolled
Not Enrolled

Ratings and Reviews

0.0
Avg. Rating
0 Ratings
5
0
4
0
3
0
2
0
1
0
What's your experience? We'd love to know!
No Reviews Found!
Show more reviews
What's your experience? We'd love to know!
× Boleh kami bantu? :)