Projek Mengaji Komuniti Padang Rengas

CMN Digylearn · February 5, 2023

Betapa gembira hati bila anak-anak pandai baca al-Quran…

Jom bawa anak anda belajar & kuasai al-Quran bersama kami.

Nak hantar anak mengaji tapi tak tahu nak hantar ke mana?

Lega tak hati bila ada kelas mengaji yang dekat dengan rumah anda, dalam komuniti & mesra poket?

Misi kami

Menjadikan pembelajaran Al-Quran boleh didekati dengan lebih

Mudah, Seronok dan Berimpak

Khas buat anak-anak Komuniti Padang Rengas

Kami bawakan

Digylearn

Apa yang ISTIMEWA dalam Projek Mengaji Komuniti ni?

Pengukuhan Asas

Asas yang kukuh penting untuk bacaan lebih lancar

Interaktif

Komunikasi 2-Hala semasa sesi pembelajaran amat penting untuk pemahaman pelajar

Pembelajaran Seronok

Keseronokan belajar dengan aktiviti santai ‘hands-on’ yang disediakan dalam kelas

Modul

Bahan pembelajaran yang dapat bantu memudahkan pelajar untuk belajar & ulangkaji pada bila masa sahaja.

Kenapa kena join Kelas Mengaji ni?

Kelas Mengaji Komuniti dapat bantu anak anda…

+ Belajar dengan bimbingan dari guru/tutor berpengalaman

+ Lebih seronok & ‘enjoy’ belajar dengan aktiviti menarik

+ Dapat kenalan baru yang berkongsi minat belajar & dapat semangat belajar bersama

+ Bilik kelas yang selesa

+ Manfaatkan masa yang terluang

+ Ulangkaji pelajaran atau asas yang ‘tertinggal’

Anda ada kerisauan kewangan untuk beri anak join Projek Mengaji Komuniti ni?

Jangan bimbang…

Yuran yang akan dikenakan adalah sangat minimum.

Mengaji komuniti dibangunkan untuk Mesra Pelajar dan Ibu bapa

Hanya RM20/bulan

Untuk Pendaftaran & Pertanyaan

Siapa Pengurus & Guru Pembimbing anak anda?

Digylearn

Ustazah Najihah

🔹️Berasal dari Padang Rengas, Perak.

🔹️Pendidikan tertinggi Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari UiTM

🔹️Pengasas An Najah sejak tahun 2016.

🔹️Berkecimpung sebagai Guru Quran sepenuh masa sejak 2016.

🔹️Menerima tauliah mengajar Quran daripada Institusi Pendidikan al-Quran pada tahun 2013.

🔹️Alumni protege CMN (2016-2018)
🔹️Alumni protege AUTP (Akademi Usahawan Tuisyen Profesional) dari tahun 2018-2020

🔹️Penulis buku Pro al-Quran & Tajwid

🔹️Mula bergiat aktif berkongsi pengalaman mengajar dan teknik pengajaran kepada para tutor dan pengusaha pusat pengajian sejak 2020 hingga hari ini.

Digylearn

Organisasi ini menyediakan perkhidmatan pengajian al-Quran dan Tajwid di
Manjung, Perak. Antara program yang ditawarkan adalah kelas Home Quran,
Komuniti Quran dan Talaqqi Online sejak tahun 2016 sehingga kini.

Akademi An Najah juga terlibat aktif dalam pelbagai program pendidikan seperti
seminar, bengkel dan karnival sekitar Perak bagi memperkenalkan kewujudan
organisasi kepada masyarakat setempat. Disamping itu, kami sedang pergiat
menghasilkan modul dan buku kerja berinovasi untuk kegunaan para pelajar dalam
pembelajaran al-Quran.

Kami berjaya membimbing dan melahirkan seramai 350 orang pelajar yang celik alQuran dan Tajwid sejak tahun 2016 hingga sekarang melalui program dan kelas
yang dijalankan setiap hari.

Modul yang telah dihasilkan:

  1. Buku kerja Bijak Iqra’ Basic (Latihan Iqra’ 1 & 2)
  2. Buku kerja Bijak Iqra’ Standard (Latihan Iqra’ 3 & 4)
  3. Buku kerja Bijak Iqra’ Advance (Latihan Iqra’ 5 & 6)
  4. Buku Penulisan Iqra’ Siri 1 (merangkumi Iqra’ 1 hingga 3)
  5. Buku Penulisan Iqra’ Siri 2 (merangkumi Iqra’ 4 hingga 6)
Digylearn

CMN Academy mempunyai rekod mengajar, membimbing, memantau dan membentuk para pelajar agar berkemampuan untuk meningkatkan prestasi dan minat yang mendalam bagi subjek-subjek akademik.
Bermula dengan Pusat tuisyen dan Home Tuition, kini CMN Academy telah menjadi pemain utama dalam industri pendidikan alternatif dalam bidang pembelajaran secara online yang turut memiliki pendidik dan pelajar di seluruh Malaysia.

Visi kami adalah untuk memberikan perkhidmatan pendidikan secara kreatif dan inovatif yang seiring dengan perkembangan teknologi terkini.
Dalam masa juga CMN mengadakan inisiatif untuk membantu pelajar-pelajar asnaf, anak yatim serta bekerjasama dengan pihak komuniti, surau, masjid dan sekolah-sekolah.

Digylearn

Anugerah dan pencapaian:-
+ Pingat Emas Inovasi UKM Bahasa Arab 2018
+ Pingat Perak ‘Teachers’ Innovation Carnival UIA (T-NOVATE) 2018
+ Pingat Perak EDUINNOVATION UKM 2018
+ Pingat Perak Computational Thinking Games Design Competition 2018
+ Pingat Perak KNOVASI UKM 2021

Untuk Pendaftaran & Pertanyaan

About Instructor

CMN Digylearn

181 Courses

Not Enrolled
× Boleh kami bantu? :)