3 GAYA PEMBELAJARAN di dalam Modul Digital Jojo Arabi
1- CERITA JOJO
Setiap huruf akan diperkenalkan kepada anak melalui gambar aksi Jojo dan bentuk huruf berkait melalui kad interaktif. Ada butang audio yang membolehkan anak mendengar cerita dan bunyi huruf. Setiap kad mempunyai 3 huruf.
Objektif: Model ini akan memudahkan anak mengingat bunyi huruf berbaris fathah tanpa dia sedar bahawa dia sedang mengingat dan mengulang sebut bunyi huruf al Quran.
2- AKSI DAN BUNYI JOJO
Dalam setiap cerita, ada aksi dan bunyi yang boleh anak tiru dan lakonkan kembali.
Objektif: Model ini membantu anak menjiwai situasi dan mendapat makna daripada bunyi. Ini memudahkan proses ingat bunyi.
3- MISI KAWAN JOJO
Setelah anak mengingat cerita, mendapat makna dari bunyi huruf dan mengecam bentuk huruf, mereka perlu menyempurnakan misi dengan cara menjawab soalan dalam permainan interaktif online. Ada misi kecil sebagai latihan untuk setiap cerita. Dan ada misi besar sebagai penilaian selepas anak telah sempurnakan 2 misi kecil.
Objektif: Model ini adalah sesi latih tubi membaca dan mengingat bentuk huruf. Walaupun mungkin nanti anak ada salah dalam menjawab soalan, tetapi anak pasti akan mengulang cuba sehingga jaya memandangkan misi ini berbentuk permainan.
Mahu anak berteman dengan Jojo?
Mari! Kita ajak anak mulakan moment ngaji mereka di DUNIA DIGITAL JOJO. Bismillah.