Tentang cikgu…..
Pengalaman cikgu…..
Cikgu mula mengajar pada tahun 2009 secara separuh masa di sekolah rendah (SK Kampung Idaman, Pelabuhan Klang), sekolah menengah (SMK Raja Lumu, Pelabuhan Klang) dan institut pengajian tinggi (International Education Centre, UiTM Shah Alam). Cikgu juga pernah berkhidmat sebagai seorang penyelidik di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Kepong.
Anugerah yang cikgu perolehi…..
Cikgu pernah menerima pingat emas dan perak dalam pertandingan Invention, Innovation & Design semasa di universiti. Pertandingan sebegini banyak mengajar cikgu untuk sentiasa bersedia dengan persoalan spontan yang diutarakan dan dapat menjawabnya dengan kreatif dan berfakta. Begitu juga situasnya bila cikgu berhadapan dengan pelajar di kelas, cikgu perlu sentiasa bersedia.
Aktiviti cikgu….
Cikgu banyak menyertai pertandingan di peringkat universiti serta konferens dan kursus di dalam dan luar negara bagi berkongsi hasil kajian dan dalam masa yang sama untuk menimba ilmu baru. Pengalaman ini banyak menguji cikgu untuk terus yakin bercakap di hadapan audien. Alhamdulillah keyakinan cikgu bertambah dari hari ke sehari. Cikgu juga banyak memberi dorongan kepada pelajar untuk yakin menjawab persoalan yang diberikan dengan baik.
Penerbitan jurnal saintifik cikgu….
Cikgu telah menerbitkan beberapa jurnal saintifik berkaitan projek kimia cikgu. Mohon sudilah membaca penerbitan cikgu yang tak seberapa itu. Dua lagi jurnal bakal diterbitkan insyaAllah tidak lama lagi. Cikgu bercita-cita untuk membuat dan menerbitkan buku formula ringkas untuk subjek kimia, mungkin suatu hari nanti,
Pengurusan pengajaran kelas kimia cikgu….
Kaedah pengajaran cikgu…
Untuk subjek kimia, cikgu akan menggunakan nota berbentuk infografik beserta formula bagi melancarkan kefahaman pelajar beserta rakaman video.
Gamifikasi santai
Apabila selesai setiap bab, cikgu akan membuat sesi menjawab soalan berdasarkan kertas SPM tahun-tahun lepas bagi memberi gambaran sebenar soalan yang bakal pelajar hadapi. Cikgu akan menerangkan jawapan bagi setiap soalan secara detail bagi memantapkan lagi kefahaman pelajar.
Kelas cikgu….
Cikgu menyediakan 1 to 1 class dan kelas berkumpulan…
Testimoni kelas cikgu…
Servis tutor cikgu ni berdaftar di bawah nama ‘SIKnature Enterprise’. SIKnature merujuk kepada ‘Signature’, menggambarkan cara penyampaian cikgu yang tersendiri dan berbeza dengan cara tutor lain…insyaAllah..