Susah nak faham Tatabahasa kerana terlalu membosankan?
Mahukan pembelajaran Tatabahasa yang lebih mudah, menarik dan menghiburkan?
Klinik Tatabahasa Tahun 4-6 ini khas untuk anda yang…
- Sudah bosan menghadap nota tatabahasa yang tidak menarik.
- Ingin memahami tatabahasa melalui aktiviti dan permainan yang menarik.
- Inginkan nota yang ringkas, padat dan mudah difahami.
Scroll ke bawah…
Salam perkenalan dari saya…
Saya Fatin Anis Syakira binti Hilmy atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fatin.
Saya berkelulusan Bachelor in English Language Studies (Hons) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sekarang saya sedang menyambung pengajian dalam Master in Translation for Professional di Universiti Sains Malaysia (USM).
Saya merupakan pengetua Pusat Tuisyen Nur Ilm yang menawarkan tuisyen secara ‘Face-to-face’ untuk pelajar yang berada di sekitar Tanah Merah, Kelantan.
Pengalaman
+ Merupakan tutor subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk sekolah rendah.
+ Merupakan tutor subjek Bahasa Inggeris untuk sekolah menengah serta MUET Pra-Universiti.
+ Bergiat aktif dalam kurikulum serta ko-kurikulum sejak zaman sekolah yang telah membentuk beberapa kemahiran yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
Sijil
Award
+ Menerima Anugerah ‘Dean’s List Award’ serta Anugerah Pelajar Bersahsiah semasa belajar di UKM.