Masih tercari-cari kelas tuisyen? Jom, kami bersedia untuk membantu sama ada secara bersemuka atau online!
Kenali Pengasas Pusat Tuisyen Terbilang
Salam perkenalan dari saya…
Saya Ts. Dr. Ishak Johari atau lebih dikenali sebagai dR. iS / Cikgu Ishak
Seorang yang berdedikasi, berdisiplin dan berkomitmen tinggi disepanjang kerjaya sebagai guru dan pensyarah. Mempunyai PhD. atau Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Ijazah Sarjana dalam bidang yang sama dari Universiti Tun Hussein Onn (UTHM). Juga graduan Jurutera Awam, mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (UTHM), Diploma dan Sijil dalam bidang kejuruteraan awam (Pembinaan) daripada Politeknik.
Berpengalaman sebagai pensyarah dalam bidang kejuruteraan awam di sebuah politeknik dan berpengalaman mengajar tuisyen sejak Tahun 2001 hingga kini bagi subjek Matematik, Matematik Tambahan dan Bahasa Melayu serta subjek Geografi, peperiksaan bagi pelajar-pelajar UPSR, PT 3 dan SPM serta STPM. Sebagai Pengarah dan Pengerusi Pengelola sebuah syarikat pendidikan swasta terkemuka, (www.pusattuisyenterbilang.com) di Kuching, Sarawak dan kini mempunyai lima buah cawangan dengan bilangan pelajar antara 100-400 orang pelajar.
Terkenal dengan nama jolokan “Jutawan Tuisyen” setelah menerbitkan novel bertajuk “Jutawan Tuisyen” pada tahun 2010. Terlibat aktif dalam bidang penerbitan karya kreatif termasuk novel motivasi. Sehingga kini telah menerbitkan lebih 10 buah Jurnal, 37 buah buku ilmiah, latihan formatif dalam peringkat sekolah rendah dan menengah serta peringkat pengajian tinggi.
Kini, saya bergerak aktif dalam banyak pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) terutama sebagai Pengerusi Pertubuhan Kepimpinan dan Keterbilangan Pelajar Sarawak (PKKPS) untuk membantu pelajar miskin dan lemah di kawasan luar bandar serta program anak-anak yatim di Sarawak. Juga memberi ‘talk’ tentang motivasi untuk anak-anak muda supaya berjaya dalam kerjaya dan pendidikan. Selain itu, NGO yang disertai adalah Persatuan Pusat Tuisyen Malaysia (PPTM – Ahli), Persatuan Pengusaha Pusat Tuisyen Muslim Malaysia (PPPTMM – Wakil Sarawak), Dewan Ekonomi Melayu Sarawak (DEKOMS – Ahli), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS – Ahli Bersekutu) dan Persatuan Pengguna Muslim Nusantara (PPMN – Ahli Kehormat)
Saya juga merupakan ahli Persatuan Teknologis Malaysia (TAM) dan berdaftar sebagai Graduate Teknologist serta Teknologis Profesional dalam Bidang Bangunan dan Pembinaan (BC) dengan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).
Selain itu, saya juga merupakah seorang Graduate Jurutera yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) dan Senior Member berdaftar di Institut Juruter Malaysia (IEM)
Saya juga mempunyai Sijil Kelayakan Train The Trainer (TTT)
Already have an account? Log In
Penerangan daripada cikgu yang amat teliti menyebabkan pembelajaran lebih mudah dan menyeronokkan 👍