Wow… Funtastic Gamification!

CMN Digylearn · January 7, 2022

Jadikan Pembelajaran & Program Lebih Berkesan dengan Aplikasi Gamifikasi!

Anda seorang pendidik atau trainer?

Pernah tak terfikir bagaimana nak bagi penyampaian anda lebih berimpak & diingati kepada pelajar & audience anda?

Apa maksud berimpak?

Pelajar atau audience anda tertarik, seronok, faham & ingat apa yang kita sampaikan / mereka pelajari.

Tahu tak, ada satu kaedah yang kita boleh aplikasikan yang mampu membantu sesi pengajaran atau latihan kita lebih berimpak?

Anda enjoy, pelajar & audience pun akan turut enjoy.

Pernah dengar Gamifikasi?

Ada segelintir orang yang salah anggap bahawa gamifikasi ini hanyalah ‘main-main’ (play the game) semata-mata.

Gamifikasi lebih luas dari itu.

Gamifikasi yang merupakan salah satu pendekatan dalam Pembelajaran Abad ke-21, adalah pendekatan menarik yang menggunakan ‘game’ atau permainan dalam pembelajaran bagi menaikkan impak & mood.

Tapi masih ramai yang kurang tahu bagaimana nak aplikasikan Gamifikasi dalam sesi pengajaran & pembelajaran, serta latihan.

Anda nak kami bantu anda fahami & aplikasi Gamifikasi dengan betul & mencapai objektif?

Memperkenalkan…

Digylearn

Program yang dapat bantu anda sebagai pendidik & trainer untuk

Yang menariknya…. program ini akan diadakan secara offline & anda boleh belajar berdepan terus dengan Cgu Jinggo!

Profil Cgu Jinggo

Cgu Jinggo menjadi teraju utama kepada perlaksanaan Eco Kid Adventure & Pengasas ELAS.

Beliau mendapat pengalaman dan latihan di Universiti Pertanian Malaysia dalam bidang Perhutanan (B.Sc. Perhutanan). Mendapat pengalaman kerja melalui latihan praktikal di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) selaku Pembantu Pegawai Penyelidik dalam bidang Pendidikan Alam Sekitar. Seterusnya melanjutkan pelajaran melalui latihan kerja di Landsdale Farm School, Perth, Australia dalam bidang Pendidikan Alam Sekitar. Komitmen seterusnya, pada tahun 1995 , adalah menjadi Pegawai Pendidikan untuk MNS ( Malaysian Nature Society ) dengan kerjasama Shell dan FRIM di Pusat Pendidikan Alam Sekitar.

Beliau menjalankan program latihan berasaskan Pendidikan Alam Sekitar dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar untuk Modul Pendidikan Alam Sekitar Merentasi Kokorikulum.

Mula menubuhkan Eco Kid Adventure untuk menyediakan ruang kefahaman yang lebih praktikal kepada lapisan generasi melalui kerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar pada tahun 1997. Selain itu Eco Kid Adventure juga mendapat kerjasama dan sokongan mengendalikan program latihan berbentuk Train for Trainers (TOT) kepada guru-guru dan pelajar seluruh Malaysia dari Jabatan Pelajaran.

Beliau mendapat tawaran sebagai Jurulatih Program Latihan Khidmat Negara pada tahun 2004 , dan mula berkhidmat selaku Jurulatih dan Ketua Jurulatih untuk Modul Pembinaan Karektor, Kenegaraan dan Khidmat Komuniti. Bertugas di beberapa kem sepanjang tahun 2004 – 2007.

Sehingga sekarang, beliau mengendalikan program latihan dan jemputan ceramah berbentuk motivasi pelajar, motivasi pembinaan pasukan serta motivasi kemahiran komunikasi softskill secara sepenuh masa.

Melalui tahun 2012, beliau mula memberi fokus kepada program yang berasaskan kepada aktiviti, latihan dan permainan yang berkonsepkan kepada Effective Learning Activities (E. L. A) 

PENGKHUSUSAN BIDANG MELALUI PENDEKATAN E.L.A.

+ Sains, Ekologi & Alam Sekitar

+ Motivasi Pelajar

+ Komunikasi ( Soft Skill )

+ Kepimpinan

+ Permainan / Games Kreativiti, Motivasi, Kepimpinan

+ Jati Diri / Sahsiah Diri

+ Pembinaan Karektor

+ TOT Program Effective Learning Activities (E. L. A)

Siapa yang sesuai join?

+ Pendidik

+ Trainer

+ Sesiapa yang nak membuatkan presentation, serta sesi pengajaran & pembelajaran jadi ‘Wow’

Pakej Wow… Funtastic Gamification!

CHAMPION

Sesi 1 Hari bernilai RM100

Elearning ‘Amazing Energizer’ bernilai RM30

Sesi Funtastic Edugamers Certification bernilai RM200

Sijil Penyertaan

Total Nilai RM330

RM220

STANDARD

Sesi 1 Hari bernilai RM100

Elearning ‘Amazing Energizer’ bernilai RM30

Sijil Penyertaan

Total Nilai RM130

RM120

BASIC

Sesi 1 Hari bernilai RM100

Sijil Penyertaan

Total Nilai RM100

RM87

Ada sebarang pertanyaan atau masalah?

About Instructor

CMN Digylearn

181 Courses

Not Enrolled
This course is currently closed87
× Boleh kami bantu? :)