Konsep ‘Baca Tanpa Bosan’ terbukti berkesan dalam membantu anak-anak MINAT, SUKA DAN SEMANGAT untuk belajar membaca.
Kelas secara 1-to-1 membantu tutor untuk FOKUS 100% kepada seorang pelajar sahaja.
Kepentingan kemahiran 3M kepada pelajar?
- 3M ialah kemahiran membaca, menulis dan mengira. Melihat daripada hasil kajian #untukMalaysia, 79.5 peratus atau lapan daripada 10 kanak-kanak yang dikenal pasti sebagai mereka yang tercicir.
- Tidak mahir membaca akan menyebabkan pelajar untuk SUSAH FAHAM dan SUSAH KUASAI subjek-subjek lain kerana memerlukan masa yang lama untuk membaca.
- Pelajar yang tidak mahir membaca juga cenderung untuk hanya sekadar menjadi PEMERHATI di dalam kelas kerana berasa rendah diri dan tidak yakin untuk berkongsi idea.
Scroll ke bawah…
Siapa saya?
Saya Nurul Aqilah Ahmad Tarmizi lebih mesra dipanggil Cikgu Aqilah.
Saya berkelulusan Bachelor in Environmental Science (Hons) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Suka melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti dan program di luar dewan kuliah untuk mempelajari dan menambah nilai diri supaya menjadi insan yang mempunyai well-rounded personality.
Saya bercita-cita untuk menubuhkan sebuah pusat akademik yang membantu ibu bapa dalam menyelesaikan masalah 3M anak-anak.
Saya yakin dan percaya bahawa tiada istilah ‘anak tidak pandai baca’ dalam hidup ini. Setiap anak dilahirkan dengan keupayaan dan tahap kebolehan yang tersendiri, apa yang diperlukan mereka hanyalah bantuan dan pendekatan yang tersendiri supaya bersesuaian dengan diri mereka.
Pengalaman
+ Ketua Pengarah Program Internship & Career Day (IICD UKM) 2018.
+ Salah seorang fasilitator aktif UPSM UKM daan mengendalikan kursus-kursus melatih fasilitator UKM (2016-2019)
+ Mengendalikan program motivasi dan kursus kepimpinan bersama sekolah di Selangor seperti SMK Kompleks KLIA, Kolej Vokasional Kuala Selangor, SK Jalan Parit 4, PRS Zon Tanjung Karang dan PRS Daerah Kuala Selangor.
+ Menjayakan program aktiviti kemasyarakat bersama komuniti Orang Asli di Kampung Ulu Chembong, Rembau, Negeri Sembilan dan Asnaf Kariah Masjid Kg Kuantan, Klang.
+ Menjadi personal tutor separuh masa pelajar Tahun 5 dan Tingkatan 3 bagi subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains (2019)
+ Mempunyai pengalaman mengajar pelajar Tingkatan 1 dari Singapura untuk subjek Bahasa Melayu (Julai-Oktober 2021).
Perkhemahan Perdana Pemerkasaan Kepimpinan Kolej Vokasional Kuala Selangor
+ Mempunyai pegangan ‘Mediocre is not my endgame‘ mendorong saya untuk terus meningkatkan kualiti diri dan menyertai program hebat iaitu Tutor Profesional Malaysia Certification anjuran CMN Academy.
Sijil
Bijak Membaca
Saya telah memulakan Bijak Membaca pada Julai 2021 dengan menawarkan kelas membaca BM & Jawi 1-to-1 session secara online.
Saya bersama seorang ustazah cemerlang SRITI Seri Iskandar dan bakal graduan pendidikan, IPG Kampus Ilmu Khas telah membina Modul Bijak Baca Tanpa Bosan khas untuk pelajar Bijak Membaca. Modul ini lengkap dengan asas kemahiran, latihan serta kaedah dan strategi yang disusun mengikut timeline yang tersendiri supaya kelas yang dijalankan berimpak.
Pendekatan yang kami aplikasikan melalui modul dan semasa di dalam kelas adalah penguasaan membaca secara berperingkat untuk mengalakkan kesediaan pelajar supaya membaca dengan seronok dan tidak tertekan.
Kelas secara personal juga memberi impak yang sangat positif kepada pelajar. Ini kerana tutor hanya fokus 100% kepada seorang pelajar sahaja untuk setiap sesi kelas.
Kini, team Bijak Membaca mempunyai 8 orang tutor yang komited dan 39 orang pelajar aktif.
Antara program yang telah dianjurkan oleh team Bijak Membaca ialah Kem Bijak Baca Siri 1 selama 2 hari untuk pelajar yang berumur 5-8 tahun.
SOP Pengisian Sesi Kelas
Strategi & Pendekatan Pembelajaran
Kelas BM Bijak Membaca
Pengukuhan Bacaan Tidak Bergred Secara Berperingkat
Kelas Jawi Bijak Membaca
Aktiviti Selingan Semasa Kelas
Sharing bersama Cikgu Aqilah di Tiktok
#1hari1tips di Youtube
Gamification Modul
Testimoni
Ingin dapatkan 1 sesi kelas secara PERCUMA?
Klik button whatsapp di bawah