Program bimbingan pelajar ini sesuai untuk anak-anak seperti berikut:
- Anda pening tengok anak yang dah masuk umur 4 tahun tapi masih tak pandai ABC?
- Risau dan stress tengok anak asyik main fon aje dan tak nak belajar?
Dah cuba macam-macam kelas tapi tak ada nampak perubahan?
Scroll ke bawah…
Salam perkenalan dari saya…
Saya Che Hasnida Bt Ab Hamid atau lebih dikenali sebagai Tcer Niyda
Saya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia dengan dengan Kepujian (UUM) dan Diploma dalam Pengurusan dan Pentadbiran Islam (KUIM).
Telah memulakan kelas bimbingan untuk pelajar lemah secara kerjasama dengan JKK kampung dan penduduk setempat sekitar daerah Raub dan Kuala Lipis, Pahang sejak 2017 dan pada tahun ini 2022 maka tertubuhlah Niydztot Training and Consultancy yang menawarkan pembelajaran ‘Online Learning’ dan ‘Home-based Learning’ di seluruh Malaysia pengkhususan kepada kelas membaca online pelajar-pelajar pelat dan bermasalah dalam pembelajaran.
Yang terkini, saya sudahpun menyiapkan modul pertama saya dalam bentuk ebook iaitu modul Chapsule Mudahnya Membaca.
Saya dan Team Niydztot Training and Consultant juga menjalankan training dan coaching untuk Tutor dan Usahawan Pendidikan bagi mengembangkan kerjaya dan bisnes dalam bidang ‘Edupreneurship’.
Saya juga merupakan Master Trainer dalam Modul Pembinaan Karakter ,Jabatan Latihan Khidmat Negara di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia pada tahun 2005 hingga 2009.
Pernah menghadiri Bengkel Tutor Beyond Expectation di bawah anjuran CMN Academy pada tahun 2017
Ini pula ketika saya mengadakan program Bijak Kamus di Perpustakaan Desa Benta.
Ini ketika saya mengadakan program kerjasama Sekolah SK Benta Kuala LIpis,Pahang dan Mind Tech Education tentang pembelajaran hybrid Ilearnace di Pusat Internet 1 Malaysia di Kg Sama ,Benta Kuala Lipis Pahang.
Ini pula ketika saya menjalankan program bimbingan kelas tambahan kepada penduduk sekitar Raub dan Kuala Lipis dengan kerjasama JKK setempat sejak tahun 2017.
Pengalaman
+ Telah membantu lebih 3000 pelajar sejak 2005 melalui program latiham khidmat negara dan kelas bimbingan pelajar sekolah rendah.
+ Guru ganti sekolah rendah dan menengah sebelum bekerja sebagai jurulatih PLKN.
+ Mengendalikan program motivasi, teknik belajar di sekolah-sekolah semasa zaman belajar di Universiti Utara Malaysia
Setelah pkp disebabkan pandemik Covid 19 bermula awal 2020 saya tidak lagi membuat kelas secara bersemuka tetapi menumpukan sepenuhnya perhatian kepada kelas bimbingan one to one secara online seratus peratus bersama team saya. Maka dengan itu tertubuhlah NIydztots Training and Consultancy.
Kini saya telah mengorak langkah lagi ke hadapan iaitu pada 2 hb Ogos yang lalu saya telah menyertai program Legend Trainer Certification anjuran CMN Academy bagi menghasilkan Modul Kaedah Membaca 3S khas untuk tutor baru pula.
Tcer Niyda juga telah mendapat pengiktirafan award dalam LBM 9.0 dari Digylearn kerana telah berjaya menyiapkan Modul Kapsul Mudahnya Membaca dalam bentuk buku. Buku beliau juga telah didaftarkan ISBN oleh Perpustakaan Negara Malaysia.
Seterusnya pada bulan Mei 2023 yang lalu Buku Kapsul Mudahnya Membaca telah memasuki Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bertempat di PWTC Kuala Lumpur.
“Bolehkah anak anda lancar membaca dalam masa 30 jam?”
Live sharing di facebook
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=741503546837245&id=100000425358928
Gamification Modul
Nota
Pengajaran di You Tube
TESTIMONI
Pendaftaran Syarikat
Niydztots Training and Consultancy
202203080898( CA0343584-H)
Y
Yakin Sebelum Berjaya
Be The Legend
Isikan detail ini untuk kami bantu