Adakah anda?
*Pelajar yang mengambil subjek Sejarah di peringkat menengah.
*Pelajar di peringkat Diploma dan Ijazah yang memerlukan program pembangunan dan kemahiran diri.
*Pelajar lepasan SPM, Diploma dan Ijazah yang inginkan idea dan halatuju selepas pengajian.
Kami boleh membantu anda-
“Kami di Eduwira Communications bakal membantu anda”
Eduwira Communications ditubuhkan atas kesedaran kepentingan pendidikan dan pembangunan pengetahuan serta kemahiran dalam komuniti terutama pelajar dan juga belia. Bagi menyahut SDG 4 iaitu kualiti pendidikan, Eduwira diasaskan atas dasar bimbingan dan juga latihan serta perkongsian pengetahuan dalam membantu graduan dan juga belia menambah pengetahuan dan kemahiran diri yang mereka miliki. Walaupun tanpa produk tampak dan konkrit, Eduwira menggali produk sebenar dalam diri mereka adalah ‘pengetahuan, kemahiran, bakat dan juga sikap’ yang baik yang ada pada diri mereka. Program perkongsian pengetahuan seperti teknik temuduga serta kerjaya dan lain-lain lagi dilihat amat signifikan kepada misi dan visi penubuhan Eduwira Communications.
Scroll ke bawah…
Salam perkenalan daripada Pengasas Eduwira Communications
Kata pepatah, “Tak Kenal, Maka Tak Cinta”, izinkan saya memperkenalkan diri. Nama saya Mohd Hafedz Bin Bohari atau lebih dikenali sebagai ‘Sir Hafedz, Cikgu Hafedz atau Encik Hafedz’ dalam kalangan mereka yang mengenali saya. Oleh itu, saya akan kongsikan tujuh (7) fakta mengenai latar belakang dan pengalaman saya dalam dunia perkhidmatan bimbingan dan latihan serta pendidikan:
- Saya merupakan lulusan dan juga graduan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia).
- Kini, pada tahun 2022 saya telah melanjutkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang yang sama iaitu Pembangunan Sumber Manusia (HRD).
- Sangat mencintai dunia pendidikan dan akademik serta pernah berkhidmat sebagai Pensyarah bagi Program Diploma Pengurusan Sumber Manusia juga terlibat dalam akreditasi MQA.
- Pernah berkhidmat sebagai Pegawai Pembangunan Kerjaya dan Pelajar serta aktif dalam aktiviti pelajar.
- Merupakan seorang tutor aktif bagi mata pelajaran sejarah di peringkat menengah.
- Merupakan seorang ‘career coach’ dan penceramah jemputan bagi program pembangunan pelajar dan juga graduan IPT.
- Eduwira Communications merupakan platform beliau dalam meneruskan legasi bimbingan dan latihan kepada graduan dan juga belia bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta bakat.
Misi Eduwira adalah seperti berikut
1. Memperkenalkan Eduwira sebagai sebuah platform pilihan dan penggerak kepada graduan / belia untuk menambah nilai dan pengetahuan kemahiran yang ada pada diri mereka seperti:
- perkongsian pengetahuan,
-pendidikan,
-coaching
-training
dalam memperkasa soft skill (kemahiran insaniah) dan juga pembangunan diri kepada komuniti setempat.
2. Memperkenalkan EduWiRA team sebagai sebuah platform pilihan dan penggerak kepada klien untuk mendapatkan:
- pengetahuan,
-pendidikan,
-coaching
-training
dalam memperkasa soft skill (kemahiran insaniah) dan juga pembangunan diri.
3. Memperkenalkan EduWiRA team sebagai platform perkongsian kerjaya (career sharing) kepada mereka yang ingin mencari pengetahuan kepada kerjaya kemahiran khususnya belia yang berusia 18 tahun ke atas.
(Fokus: TVET).
Diundang sebagai penceramah jemputan dan juga panel penemuduga bagi program kerjaya pelajar anjuran Kolej Yayasan Pelajaran Johor
Sijil
“Percaya pada Proses untuk BERJAYA”
Kejayaan milik anda
Isikan detail ini untuk kami bantu
Dapatkan Tips Kerjaya dan juga Temuduga Disini