Berani Berbicara Memukau Peserta
“Yang menakutkan bukan mikrofon.
Yang menakutkan adalah apa yang anda bayangkan di sebalik mikrofon tu.
Jika yang dibayangkan adalah sesuatu situasi yang mencemaskan, memalukan dan merisaukan, maka itulah hasilnya.
Jika yang dibayangkan adalah sesuatu situasi yang membuka peluang untuk berdakwah, menyampaikan maklumat penting dan memperingatkan diri serta ummah, maka ketakutan akan terus mengecil.
Yang tinggal adalah keyakinan.
Tips Public Speaking : Besarkan matlamat anda. Sucikan nawaitu anda. Ketakutan tidak akan mengganggu. InsyaAllah”
Salah satu petikan daripada perkongsian Tuan Badrul Sani, salah seorang speaker Simposium Tutor & Pendidik Profesional Malaysia 2022 #STPM2022
Anda nak lebih kenali beliau?
Jom kami kongsikan sedikit latar belakang Tuan Badrul Sani.
Tn Hj BADRUL SANI atau dikenali sebagai ABG BADR Master Trainer AMPAC Jurulatih Bertauliah, Penceramah Profesional Pengasas Modul Bijak Berbicara & Brilliant Students Penulis Buku-buku Komunikasi, Motivasi dan Parenting Selebriti Radio dan TV, Pempengaruh Tiktok.
Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan undang-undang. Dianugerahkan sebagai pelajar terbaik untuk undang-undang korporat, beliau merupakan seorang pelajar yang versatile, serba boleh dan menjadi contoh kepada rakan sebayanya yang lain.
Beliau mula berkecimpung sebagai penceramah sejak berusia 17 tahun selepas menjuarai Pertandingan Syarahan Peringkat Kebangsaan.
Berbekalkan secebis pengalaman dan kemahiran, beliau mula berjuang sejak 2007 dalam membangunkan modal insan di seluruh negara. Dari melatih pelajar sekolah rendah sehinggalah C.E.O. syarikat terkemuka, Tuan Badrul Sani melakar kecemerlangannya tersendiri dengan memimpin masyarakat dalam menguasai seni berbicara, teknik belajar dan kepimpinan.
Beliau juga popular dengan tulisannya yang kini memenuhi rak-rak jualan di kedai-kedai buku utama negara. BIJAK BERBICARA MENCUIT RASA merupakan buku sulungnya yang telah berjasa kepada ribuan pembaca dalam memahami dan mempraktikkan seni bicara yang cemerlang.
Juga dengan buku-bukunya yang lain, Brilliant Student, Langkah Bijak Komunikator Hebat, Coretan Pembicara Gemilang dan Perkenalan Pertama, Tuan Badrul Sani terus menginspirasi insan di seluruh negara.
Pernah dilantik menjadi jurulatih pidato rancangan realiti Adik-Adikku musim kedua dan ketiga serta dilantik menjadi juri pada musim keempat dan kelima, Tuan Badrul Sani juga bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang membantu generasi muda mencapai potensi sebenar.
Tuan Badrul Sani juga pernah dilantik oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai jurulatih dalam seni komunikasi dan pidato. Beliau turut dijemput sebagai jurulatih untuk latihan pidato, debat dan forum bagi sekolah-sekolah di Malaysia dan juga jabatan-jabatan kerajaan.
Beliau juga memberikan latihan kepada pegawai-pegawai kerajaan dan ahli-ahli korporat di seluruh negara. Juga berkongsi tips dan panduan bersama para guru, kaunselor dan guru besar dari seluruh negara!
Beliau juga menggunakan kesempatan yang ada untuk mencurahkan khidmat menerusi Majalah Gen-Q, laman blog dan juga akhbar bagi berkongsi kaedah untuk berjaya dalam pelbagai aspek.
Pernah muncul di kaca TV1, TV3, ASTRO OASIS, TV9 & BERNAMA TV, beliau juga merupakan Personaliti TV Alhijrah dan mengemudi rancangan bual bicara terkenal, PERSEPSI.
Sejak Julai 2007 sehingga Jan 2018, mengemudi perjuangan Akademi AMPAC, seramai 70,000 orang telah menyertai seminar/program dan menerima sentuhan motivasi beliau tanpa mengira batasan umur, bangsa dan agama!
Nak ikuti perkongsian dari Tuan Badrul Sani dan 4 speaker lain dengan lebih dekat?
Mereka akan berkongsi pada #STPM2022 yang akan berlangsung 3 Disember ini.
Anda nak join STPM2022?
Info lanjut/Pendaftaran :
Whatsapp https://www.wasap.my/601113172015/STPM2022
atau klik www.digylearn.com/stpm2022
Responses