Bangkit Dari Kesedihan Kehilangan Ibu Tercinta, Kini Jadi Speaker Dan Mengajar Klien Luar Negara

Digylearn

Bangkit Dari Kesedihan Kehilangan Ibu Tercinta, Kini Melebarkan Sayap Sebagai Kepada Speaker

Ustazah Wahidah bermula sebagai tutor home tuition 10 tahun yang lalu. Beliau terjebak dalam bidang tutoring bermula dengan mengajar Nahu kepada anak guru sekolah beliau sehingga dapat keputusan Mumtaz.

Beliau mula mengembangkan khidmat sebagai tutor dengan mengajar pelajar serata Johor. Beliau membantu pelajar dalam Bahasa Arab dan mengaji Al-Quran.

Beliau diuji pada 2019, dimana arwah ibu beliau disahkan menghidap kanser tahap empat dan tiada rawatan yang boleh dibuat bagi menyelamatkannya. Ada kata-kata arwah ibu beliau semasa di wad, yang amat terkesan di hati wanita bernama Nurwahidah ini “Inilah hikmahnya kamu kerja ajar tuisyen je, boleh fleksibel dan masih tiada anak, tapi kamu lah yang Allah pilih untuk jaga mak kat wad ni.” Beliau amat bersyukur kerana dapat menjaga ibu dihari-hari akhir sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Segala kata-kata dan semangat dari bapa dan arwah ibu menjadi pembakar semangat beliau untuk terus mendidik anak bangsa, terutamanya selepas mengharungi kesedihan kehilangan ibu tercinta.

Setelah beberapa tahun menjadi tutor, pelajar beliau berkembang bukan saja seluruh Johor & Malaysia, malah dari luar negara. Beliau mula mengajar secara Online dan mendapat permintaan dari pelajar dari Sabah, Sarawak, Singapura, Australia dan Arab Saudi.

Minat mendalam dalam bidang Bahasa Arab membuatkan beliau kini lebih fokus untuk kembangkan bakat dalam niche ini. Beliau banyak berkongsi di media sosial secara video & live. Masih lagi mengajar pelajar personal, beliau juga dah mula mengajar pelajar secara berkumpulan bersama Team Funtastic Online Tuition.

Disebabkan beliau ada cara tersendiri dalam pengajaran Bahasa Arab, beliau telah mula membina modul Mudahnya Belajar Bahasa Arab, seterusnya Berani Bercakap Bahasa Arab dan Kuasai MaHA untuk berkongsi tentang Bahasa Arab kepada lebih ramai orang.

Memulakan perkongsian sebagai Speaker dan Trainer Bahasa Arab apabila beliau menerima lamaran untuk berkongsi dalam Seminar BEST SPM di sebuah sekolah menengah. Sebelumnya juga, beliau pernah menjadi speaker untuk beberapa siri Seminar SPM secara online.

Digylearn

Berbekalkan Modul beliau ‘POWER Arab’, beliau telah dijemput untuk berkongsi di sekolah-sekolah yang turut berminat mendapatkan buku beliau dan telah dijemput berkongsi di Selangor International Book Fair 2022.

Digylearn

Terkini, beliau mengeluarkan modul ‘Kuasai Bahasa Arab SPM’ yang terhasil daripada idea sejak pkp. Antara sekolah yang beliau telah berkongsi ialah SMIT Pasir Gudang, SMITI Bangi, SMK KKB, SMI ABIM, SMA Alakhyar, SMAHMY RembaU & SMKDC Nilai.

Digylearn

Beliau juga telah menjalankan program berasaskan Arab bersama komuniti di Karnival Pendidikan Kanak-kanak di Ampang dan Klinik Bahasa Arab di Taman Tasik Cempaka Bangi.

Bukan itu sahaja, beliau juga telah berjaya membantu pelajar merubah result SPM mereka, walaupun dengan hanya kelas online yang dikombinasi dengan modul, mereka dapat mencapai peningkatan yang membanggakan antara ada yang gagal boleh dapat A!

Digylearn

Anda ingin kembangkan kerjaya dan bisnes dengan ilmu dan kemahiran yang anda ada di Modul Power

Related Articles

Responses

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Boleh kami bantu? :)