Bagaimana Meningkatkan KBAT di Kalangan Pendidik & Pelajar

Digylearn


“Tuan-puan,Saya nampak kemahiran 3M yang disadurkan dengan amalan KBAT adalah satu cara untuk memastikan kemahiran 3M ini terpahat dengan baik.”

Jika hanya meminta pelajar membaca tapi tidak tahu apa yang dibaca, bahkan tidak boleh merumuskan apa yang dibaca, ia tidak mungkin dapat meningkatkan kemahiran membaca anak-anak.

Sama juga dengan menulis- kalau menulis sekadar salin-salin, tulisan hanya cantik, tapi itu adalah sekadar amalan copy paste.

Jadi kalau anak-anak yang masih di tahap 1 ini berdepan dengan sesuatu yang kompleks pada anda (sehinggakan anda tak dapat membantu mereka), jangan khuatir.

Satu hari nanti mereka akan sampai juga ke tahap itu kalau guru itu sendiri memang tahu perkaitan KBAT dan kepentingannya dalam meningkatkan kemahiran anak-anak.

Mungkin mereka nampak tertinggal pada awalnya, tapi lama-kelamaan they will bloom on their own. Trust the process. Saya sendiri melihat anak bongsu saya yang tak sempat pun belajar di London, masa awal-awal darjah 1 dan 2, memang saya nampak ketinggalan. Dahlah tengah-tengah darjah 1 baru boleh membaca, memang yang bongsu ni saya nak beliau grow naturally.

Tapi saya tetap teruskan dengan amalan KBAT di rumah. Tapi bila dia dah boleh membaca, menulis, mereka idea sendiri, dah masuk darjah 3 ni saya kagum dengan cara dia berfikir. Kadang-kadang saya ingat dia dah darjah 4

Namun begitu, ada yang komplen pada saya, kalau tak pandai menulis macam mana nak tulis ayat matematik semasa darjah 1?

Saya cakap betullah, kalau tak tahu tulis macam mana nak tulis, tapi sekiranya meminta pelajar mengarang dan menyebut secara lisan ayat matematik tersebut, adakah ia masih memenuhi objektif pelajar mencipta ayat matematik? Di sinilah saya rasa ia uji kreativiti kita para pendidik.

Apa yang saya nak highlight di sini ialah – amalan KBAT perlu seiring dalam meningkatkan kemahiran 3M pelajar. Tak boleh kita bagi alasan, biar pelajar membaca dulu, amalan KBAT datang kemudian masa darjah 4-6, sebab dengan KBAT itulah yang menguatkan kemahiran 3M itu- mereka akan lebih berkemahiran kerana ilmu 3M itu tersimpan kemas pada long term working memories mereka- kerana mereka ‘cognitively engaged’.

Perkara yang perlu kita lebihkan bukan kepandaian membaca, tapi faham apa yang dibaca

Bukan tulisan cantik, tapi idea yang ditulis

Bukan pandai hafal sifir, tapi faham bagaimana konsep sifir

Moga catatan ini membantu.”

Ini antara petikan perkongsian Dr Tazli Azizan, salah seorang speaker Simposium Tutor & Pendidik Profesional Malaysia 2022 #STPM2022

Digylearn

Setiap kali Simposium Tutor & Pendidik Profesional Malaysia berlangsung, pastinya menampilkan speaker yang berpengalaman luas dalam bidang masing2.

Kali ni kami nak kenalkan seorang insan hebat yang merupakan Pengasas Skolar Malaysia. Beliau sangat bersemangat dalam menyampaikan latihan dan pemudah cara berkaitan pengajaran dan pembelajaran.

Dr Mohammad Tazli Azizan merupakan bekas Profesor Madya di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) pada 2021 dan di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), di mana beliau berkhidmat di institusi itu sejak 17 tahun lalu. Beliau menamatkan pengajian PhD dalam kejuruteraan kimia dari Imperial College yang dibiayai oleh Biasiswa Komanwel pada 2014.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran (CETaL) di UTP, memperjuangkan inisiatif pedagogi pembelajaran berpusatkan pelajar (SCL) di institusi dari 2014-2019.

Beliau juga dilantik sebagai salah seorang anggota Ahli Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKDPN) yang ditubuhkan atas inisiaitif bekas menteri pendidikan yang lepas dari Oktober 2018 hingga April 2019.

Pada 2019, beliau telah dipinjamkan ke Perak ICT & Multimedia GLC, Digital Perak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Sehingga kini, beliau telah menyampaikan lebih 100 latihan dan sebagai penceramah pleno untuk pelbagai acara dan persidangan pengajaran dan pembelajaran.

dr tazli skolar malaysia

Pada tahun 2021 sahaja, beliau telah menyampaikan 25 webinar & bengkel dalam talian yang berkaitan dengan pembelajaran dalam talian, mempromosikan penglibatan kognitif, pembelajaran hibrid dan penilaian KBAT.

Selain itu, beliau juga bersemangat dalam memudahkan aktiviti pembinaan pasukan dalam kalangan rakan sekerja atau pelanggan dan memperkasakan pendidik kemahiran abad ke-21, kerana beliau secara jujurnya percaya bahawa pendidik berkolaboratif akan melahirkan pelajar yang berkolaboratif.

Nak ikuti perkongsian Dr Tazli dengan lebih dekat?

Dr Tazli akan berkongsi topik “Humanized Teaching for Meaningful Learning Experience” pada #STPM2022 yang akan berlangsung 3 Disember ini.

Anda nak join STPM2022?

Info lanjut/Pendaftaran :

Whatsapp Team CMN

atau klik Simposium Tutor & Pendidik Profesional Malaysia #STPM2022

Related Articles

Responses

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Boleh kami bantu? :)